Romantika Di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah
Moment Indah Etuza's Family..
Ini kenangan indah semasa pergi menginap di Hotel Tabung
Haji Kota Kinabalu, Sabah bersama anak-anak tersayang.
Ambil kesempatan bergambar sebelum meninggalkan
Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu..
Bila bersiaran ke Kota Kinabalu, ibu Negeri Sabah yang terkenal ini, pasti yang Etuza fikirkan ialah tempat penginapan yang selesa untuk isteri dan anak-anak Etuza. Bukan menjadi masalah besar tempat penginpan di Kota Kinabalu, kerana adanya saudara iaitu rumah kakak di Inanam area. Tapi anak-anak mahukan kelainan dan citarasa yang mereka rasakan akan mejadi moment indah bersama ibu dan ayah mereka.
Lalu Etuza akan membuat perhitungan untuk memilih Hotel terbaik di Kota Kinabalu. Antara Hotel Zara's Hotel dan Hotel Tabung Haji di Kota Kinabalu. Kedua-dua hotel tersohor di Kota Kinabalu ini menyediakan pakej hotel khas untuk family's room.Selain menyediakan breakfirst yang percuma bagi dua orang pelanggan. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan penyediaan kitchen yang luas kalau di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu. Jika di Hotel Zara's agak kurang luas tetapi masih menyediakan beberapa menu hidangan yang cukup menyelerakan.
Etuza akhirnya memilih penginapan di Hotel Tabung Haji. Cukup berbaloi kerana Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu baru disiapkan renovations, kalau dahulu Hotel Tabung Haji hanya menerima tetamu atau pelanggan dari kalangan Muslim Muslimah, kini Hotel Tabung Haji ini lebih terbuka kepada menerima pelanggan secara antarabangsa tanpa mengira agama suku bangsa dan asal usul.Suasana Tabung Haji Kota Kinabalu sangat selesa. Harga berpatutan dan layanan mesra dari kakitangan Hotel Tabung Haji ini. Etuza juga suka ke Hotel Tabung Haji ini kerana boleh terus membuat simpanan tabung haji di pejabat tabung haji bersebelahan dengan bangunan Hotel Tabung Haji ini.
Kepada anda yang berminat ke Kota Kinabalu sila lah pilih Hotel Tabung Haji untuk penginapan yang selesa dan selamat untuk anda. Hotel Tabung Haji mempunyai kelengkapan merangkumi keperluan tempat mandian, serta keperluan yang lain. Pilih lah Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah. InshaAllah akan membantu merealisasikan percutian anda di Kota Kinabalu, Sabah.
15 Ulasan
tiga anak percutian ini tidak bersama..mereka bertiga berada di tempat belajar masing2..
BalasPadamTak apa Cik gu lain masa kalau ada rezki boleh bersama mereka lagi...
Padamsyoknya dpt bercuti bersama keluarga...
BalasPadamOh..Alhamdulillah jumpa blog ni, sekarang dah tau nak stay mana di KK tak lama lagi..TQ
BalasPadamJemputlah ke blog saya #projek2ribu
Wahh seronoknya.. alhamdulillah.. Salam ceria selalu buat cikgu sekeluarga.. :)
BalasPadamSeronokkan dapat bercuti ramai2
BalasPadamanak2 la yg paling seronok jika dapat jalan2 mcm tu...
BalasPadamYa betul2 :)
PadamOh ya, boleh tak Cikgu dapat berikan kadar sewa semalam? Sekurang2nya untuk rujukan di masa2 akan datang.
BalasPadambestnyer dapat bercuti sekeluarga...dah tentu macam2 aktiviti boleh buat bersama, jalan2 cari makan ...bersiar2 dan melawat berbagai tempat....
BalasPadamSelamat bercuti Cik gu...happy enjoy...
Wow pasti best :)
BalasPadambestkan hotel tabung haji....sy duduk kt th hotel alor star haritu...mmg selesa...dan diyakini halal makanannye...hehehehe
BalasPadamJM biasa tengok rancangan ROMANTIKA di Astro PRIMA..bila sebut je ROMANTIKA mesti percutian berdua bersama org tersayang..tetapi cikgu punya style lain sikit...perlu tukar percutian keluarga di KK..menginap di Hotel Tabung Haji :-)
BalasPadamBerapa rate per night..klau kadar semalam dalam RM150 and below mampu lagi JM nk stay kat sana tapi kalau lebih dari tu xlah kot. Makanan mcm mana sedap x?
BalasPadamHoney moon kt sana erkkk?
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.