Resipi Kuih Piang Aroma Bawang Putih Mama

Disediakan oleh mama hari ini..semua nak serba dua
dimakan dengan elcafe coffie Brand Elken
Oyesssa! Terima Kasih Mama.

Ini keadaan semasa dibuat dan selepas di goreng.
Lembut juga dan bolehlah sebagai alas perut SARAPAN PAGI hari ini.

Resipi Kuih Sakoi Aroma Bawang Putih.

Bahan2nya adalah.
1. 1 kg tepung gandum
2. secubit garam
3. secukup rasa gula..
4. air perahan bawang putih disaring.
5. kuantiti air yang sesuai 
6. setengah bungkus moripan ( ragi/yes)

Cara penyediaannya.

1. gaulkan semua dan perapkan selama 30 minit.
2. setelah 30 minit diperap cubit ke talam dan leparkan..
dan belah dua.
3. potong dan goreng ke kuali yang minyak sedia panas.
4. jangan lupa selalu tebalikkan agar kekuningan masak sama rata.
5. dah masak angkat sejukkan dan makan bersama 
elcafe coffie anda.

Selamat mencuba.

Banyak sampai sebesen besar..mama dah bagi kat rumah ibu dia
adik dia dan beberapa untuk ibu dan ayah Etuza.

Kuih bentuk lain tu ha ini kerja dua anak manja Etuza ..
tak mahu ketinggalan menguli do kuih sakoi mama tapi..
anda tengoklah lain betul bentuknya..ha masuk blog dah..
Anak-anak seronok belajar memasak dengan mama.

Minum lagi minuman brand marigold yogurt