Bawa Resipi Telur Masak Merah
Ayam Golek Hitam Manis & Nasi Hainan.
Majlis Doa Selamat Sejurus Selepas Maghrib
Doa Di Sampaikan Oleh Ustaz Rais Justi.
Bertudung merah itu ibuku..serta anak-anak
dan anak buah antaranya yang dah bujang
Takiudin..Esok flight ke Shah Alam..So ambil
gambar kenangan..gambar agak kabur..
ini disebab kan ..kamera Etuza terjatuh ..
Lensa kamera mengalami kecedraan hingga
sukar nak zoom...Sedih..
Ayah Etuza..kini mempunyai 39 cucu..dari
genarasi Etuza ada 7 orang cucu dia..3 p dan 4 L.
Tengok ramaikan cucu ayah dan mak Etuza..
Comel-comel bertudung manis..
Yang tiada bersama cucu ayah ada 4 orang.
Anak sulung perempuan Etuza ( di Mesir)
Anak sulung lelaki Etuza ( di Kelantan )
Anak sulung lelaki kakak Etuza ( di Kuala Lumpur )
Anak lelaki kedua kakak ( di Tawau Sabah )
( rasa lain bila berkumpul ramai-ramai ada
permata hati tidak ada bersama..urusan
pengajian dan kerja jauh-jauh memisahkan
seketika)
Ini lah barisan wanita pula..azie dan
anak buah yang lain dari anak adik-adik Etuza.
Mama juga turut ambil kenangan..
Bertudung hijau cream dekat mama bertudung
( mama tudung hitam ) dia kami panggil
ella - ramai anak dia 8 orang
3 perempuan dan 5 lelaki..
Anak kemi 7 ja..menang 1 lah dia..
Aliya, Eza Athiran Dan Sofie Adawiah..
memang tak renggang bila bertemu..
semua umur 9 tahun..
candid photography..agak kabur..
sedih tul..oh kamera...dah puas agaknya
berkhidmat dengan Etuza..
Tempoh hari jatuh gedebuk..sedih tul..
kamera tercinta jatuh berdentum..
dalaman kamera dan lensa bermasalah..
Memang mood ambil gambar hilang terus..
Gambar 3 tu kelihatan mak dan ayah di..
keremuni oleh cucu semua..adik bella yang
bertugas di Sandakan juga balik bercuti
jumpa mak dan ayah...
Resipi telur masak merah mama masak dan
Resipi ayam golek hitam manis masakan mama..
Dan nasi hainan ( Etuza masak )
Kerabu sayur pahit ..mama dan azie sediakan.
Puding di sediakan oleh adik Ella.
Rendang daging adik Bella
Acar timun - Adik Inab
Ayam masak merah kakak sulung Etuza.
Sayur campur masak kampung
di masak oleh En anak buah Nursakinah anak
perempuan sulung kakak Etuza.
Memang meriah kenduri di rumah mak.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang
hadir jiran-jiran mak di kampung.
Nota: Kepada JM dan UMI..tengok resipi telur masak merah.
Di rebus dan goreng ..betul bila di belah nampak kekuningan
sedikit dan tidak mudah pecah..sedap dan ternyata..
juadah yang paling cepat habis ..
Nota:Selesai kenduri balik ke rumah kemudian update satu entry
di blog untuk Etuza kongsikan kepada teman maya
yang Etuza hormati.
16 Ulasan
wah memang seronok bila bertemu sanak saudara. kena ramaikan umat Nabi Muhammad SAW
BalasPadambagaimana kamera boleh jatuh cikgu etuza. sayangnya
BalasPadamjuadah yang menyelerakan cikgu etuza. semoga emak dan ayah cigu etuza dikurniakan umur yang panjang dan sihat tubuh badan
BalasPadamAlhamdulillah selesai sudah kenduri kesyukuran, kami terus dihidangkan dengan telur rebus masak merah, sedapnya..
BalasPadamBertuah Cikgu masih punyai kedua orang tua yang masih lagi sihat.
BalasPadamKami suami isteri yatim piatu sejak berbelas tahun lepas, anak2 kami kecuali yang sulung tidak sempat merasai kasih sayang datuk dan nenek.
alhamdulillah...semoga majlis tersebut diberkati..amin...
BalasPadamMohon kongsi Nasi Hainan & Kerabu Peria (sayur pahit..), cam sedap jer..
BalasPadamalhamdullilah meriah
BalasPadamsdapnya..:)
BalasPadamAlhamdulillah.. bukan sahaja meriah, malah sedap2 makanannya tu.. Semoga diberkati kehidupan sekeluarga semua... aamiin.. :)
BalasPadamOhhh ni keluarga belah cikgu yer.....cikgu ikut muka sapa ye?....Muka atuk kot haha..... Adik beradik cikgu ada iras mak ayah cikgu...
BalasPadamSenang kan cikgu memasing bawak lauk dari rumah, bila dikumpul jadi banyak....best macam ni dpt rasa masakan org lain.
Berkenan jugak dgn telur masak merah tu....next time nak cubalah!
Alhamdulillah mak dan ayah cikgu masih sihat. Berapa umur mereka berdua tu. Ada 39 cucu? cikgu Etuza ada berapa beradik?..5 ke 6...JM ada 9 beradik..jika semuanya kahwin mesti mak ayah JM akan timang cucu lebih dari 39 org kan...ahha..itulah bergantung kepada rezeki..kadang tu nak dapat seorang anak pun susah..rezeki cikgu anak ramai..akan senang nanti bila dah pencen anak dah keje boleh tanggung mak ayah
BalasPadamBagi kes JM...kami 9 beradik..5 org dh keje alhamdulillah tiap bulan kalau sorang masuk duit kat mak RM200 sorang..alhmdulillah..waktu ni lah kita nk baca jasa mak ayah kan :-)
BalasPadamHa'a..betul..kalau telur tu di goreng terlebih dahulu sebelum di buat masak merah rasanya lebih umphh...
BalasPadamPetua supaya telur rebus cantik bila di belah dua.
BalasPadamBelah menggunakan benang, caranya: ambil selebar benang, panjangnya agak2lah.. ikatlah tersebut pada tingkap atau apa2 objek, janji stabil, kemudian lilit hujungnya pada jari, ambil telur yang sudah dikupas & potong lurus, cubalah..
best nye telur rebus tu...ermm...
BalasPadamcantik cantik anak buah perempuan encik etuza...
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.