Kota Kinabalu & Kota Belud Sabah Di Landa Banjir.
Pada 30hb Disember 2015.
gambar dari siaran berita TV 1..
Berita di TV 1, menyiarkan keadaan banjir yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu serta banjir di Kota belud, Sabah. Kawasan-kawasan yang dinyatakan banjir di Kota Kinabalu ialah di sepanjang jalan menuju ke Penampang serta di kawasan tebing jalan menuju ke arah jalan Istana dan jalan menuju ke arah UMS. Banyak kerosakan yang berlaku, apabila sebatang pokok besar menghempap kenderaan di jalan raya. Etuza melihat ketika siaran banjir di Kota Kinabalu di kaca TV 1 kelihatan hujan masih turun di Kota Kinabalu. Ombak laut bergerak amat deras sekali.
Nampaknya banjir di Malaysia belum berakhir kerana faktor cuaca yang sering hujan dan mendung yang berlaku di sana-sini. Keadaan banjir di Kelantan dan Terangganu kini semakin surut dan banyak kawasan boleh dimasuki. Namun kita kena terima hakikat apabila melihat dan menyaksikan kerosakan yang amat besar berlaku. Rumah yang ranap, kereta dan banyak lagi harta benda yang rosak amat memilukan hati. Keadaan banjir di Pahang juga memuncak. Jambatan yang tinggi kelihatan hampir dicapai oleh air banjir di Pahang apabila Etuza melihat di Facebook milik Umi Medic Mesir. Ya Allah mohon ya Allah berilah keampunan ke atas kami hambaMu di Malaysia. Mohon ya Allah andai ini isyarat dariMu, berilah kami keampunan dan memperbaiki kehidupan demiMu di masa akan datang.
Malam ini, kesempatan yang ada ini membolehkan Etuza melihat paparan di Facebook. Banyak perkongsian yang dapat dilihat. Pelbagai gambar keadaan banjir dan komen yang terkeluar dari suara individu di pelusuk Malaysia. Etuza dalam hal ini, terlalu bangga dengan mereka yang menghulur derma dan bantuan ikhlas makanan kepada mangsa banjir.Ramai yang menyahut cabaran untuk perbanyakkan amal jariah ini. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Najib Tun Razak juga giat membuat lawatan serta memberi semangat dan bantuan kepada mangsa banjir di tiap negari. Ini dikira tanggungjawab yang amat besar dilakukan oleh Perdana Menteri kita. Menyalur bantuan kewangan dan makanan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir.
Sebelum menutup Entry ini, Etuza mengajak anda semua agar sentiasa berwaspada dalam apa juga hal. Termasuk waspada di blog. usahlah kita menyalur informasi yang tidak betul kerana perbuatan kita menyalur infor yang salah akan di kesan oleh SKMM. Sebaliknya sampaikan berita atau infor yang pasti dan jelas.Selain itu, mari kita berhati-hati agar selalu ingat keadaan cuaca yang tidak menentu. Mari amalkan agar sentiasa berdoa dan berharap pada kuasa Allah agar dijauhkan kita dari musibah banjir. Menyediakan dari awal makanan kita agar sentiasa mencukupi. Elakkan dari pergi ke sungai atau ke laut, kerana kita tidak dapat menjangkakan keadaan banjir secara mengejut. InshaAllah tindakan berhat-hati akan memberikan kita keselamatan walau di mana berada.
sesungguhnya kami adalah milik Allah
dan kepada-Nya lah kami kembali.
11 Ulasan
ya cikgu..bagaimana mangsa2 banjir nak mulakan hidup baru bila segala harta benda musnah...
BalasPadamKena mulakan hidup baru semula, sedihkan..
Padamya allah..byk betul bencana alam melanda... mgkin ada hikmah
BalasPadamSubhanallah, lepas satu, satu peristiwa menyayat hati, mudah2an mereka yang terlibat cekalkan hati menghadapinya..
BalasPadamMoga kedatangan 2015 keadaan bertambah reda, aamiin
Padambanjir kat sabah lak.. moga tak teruk lah
BalasPadamsemoga Allah melindungi kita semua...aminnn
BalasPadamamin jgak!
PadamSemoga banjir beransur pulih...
BalasPadamno other word cuma simpati dengan nasib mereka dan semoga mereka tabah hadapi dugaan ini
BalasPadamadakah itu salah satu tanda dunia semakin 'berusia' dan kedudukan muka bumi mula teralih dari paksinya...kita serah kepada yg pakar
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.