Kembali Di Arena Blog Maya.
Alhamdulillah telah selesai kerja hari ini..
Amanah yang harus digalas selagi ada kesempatan.
Alangkah sukar hendak capai semua ini apabila
Sudah tiada lagi kesempatan ini...
Ini Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Dan Perusahaan Ternak Keningau.
Ruang menunggu dan ruang Farmasi bersetentangan
Manakala bilk rawatan ada beberapa bilik..
Bulat, Comel, Barut dan Tompok 1 dan Tompok 2
di masukkan ke Bilik 2. Pegawai berbaju hijau
yang beri suntikan. Diberi suntikan anak-anak
kucing peliharaan Family Etuza kerana
hendak pastikan anak-anak kucing ini sihat
dan tidak dijangkiti kutu. Kalau anak kucing ada kutu
akan menggaru garu. Cepat-cepat bawa ke
klinik haiwan.
** Kos rawatan pada 5 ekor anak kucing ialah RM 25.00.
Ada ramai pemelihara kucing datang semasa Etuza juga
datang ke JPHTP Keningau ini. Ada kawan dari
Kampung Bayangan Keningau bersama anak bujang dia..
Kucing peliharaan tidak bermaya..tak berdiri..macam
lemah sekali Etuza tengok di dalam kotak.
Rupanya macam ni bila kucing di bawa ke klinik.
Mujur ada Ibnu Mustaqim..tolong pegang
manakala Alya pula tolong buka kan penutup
keranjang tempat anak kucing kami ini.
Inilah genarasi kucing di laman Etuza..
ada lima Ekor semua..menjadi AMANAH ialah si BULAT.
Kenalah jaga baik-baik anak kucing ini..sebab
semasa lahir hampir mati kerana tidak diperdulikan
oleh ibu Bulat. Kerat pusat jaga hingga besar
sekarang adalah kerja anak sulung Etuza yang kini
berada nun jauh di Mesir. Bulat lah antara amanah
dia ( jaga baik-baik bagi makan kalau sakit beri rawatan)
Aikkk!!! bunyi macam Doktor ja..alamak kenalah jaga
amanah dia.
Selain kami ada lagi teman dari kampung Biah
bawa 4 ekor anak kucing..semua berbulu putih..
telinga teruk berkudis..sayang betul keluarga
ini dengan kucing mereka. Katanya di rumah ada 32
ekor anak kucing mereka pelihara semuanya datang
sendiri..mereka jaga dan beri makan..inshaAllah
katanya..Ha Ibnu Mustaqim ( dah sembuh bersunat )
dan Alya ambil kesempatan bergambar dengan
family ini..
Kepada sesiapa yang ada pelihara anak-anakkucing di rumah, jangan di sakiti ya, beri kucing anda makanan, usah samakan pemikiran kita dengan kucing.Kucing ni binatang maka kita yakni manusiajauh lebih baik pemikiran dari haiwan ini..
InshaAllah anda akan menemui rasa kasih sayang
kepada haiwan ini secara luar biasa. Pulangkan
kepadaNya inshaAllah dia laha maha memberi pahala.
Wllahualam.
12 Ulasan
selesai sudah :)
BalasPadamCikgu Etuza tinggal mana di Keningau?
BalasPadamAs'salam. lega rasa selesai hantar dapatkan suntikan untuk kesihatan anak-anak kucing family Etuza..
BalasPadamTu dia..32 ?/banyak tu..mak saya yang bela 15 ekor pun saya dah rasa cukup banyak tu..heheh
BalasPadammemang seronok ada kucing di rumah. teringat semasa saya masih di bangku seklah rendah. Saya ada seekor kucing yang saya namakan "sayang". Setaip pagi bangun dari tidur pasti "sayang" ada di sebelah saya.
BalasPadamAkhirnya selepas "sayang" mati, saya tak hilang minat untuk memelihara kucing
BalasPadamrajin betul cikgu Etuza
BalasPadamSaya pun ada 3 ekor kucing... Memang seronok bela kucing ni. Ada masa terluang boleh main2... :)
BalasPadamBertuahnya kucing2 tu berada di dalam jagaan Cikgu Etuza..
BalasPadamsuka pelihara kucing sbb manja...datang gesel2 di kaki...ee geram..tapi kat umah x de kucing...rumah kg ada sekor, ayah yg rajin beri mkn
BalasPadamKucing pon ada persaan nak disayangi ..Bela kucing ni bagus juga..Tapi Lya tak dapat nek bela kucing la Cikgu alah sikit dengan bulu kucing selalu bersin ...
BalasPadamdekt umah ayie pon ad kucing dan mmg pelihara kucing.. ad 5 ekor gak
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.