Entry 82
( Cabaran 100 Entry Oktober 2014 )
Etuza kongsikan gambar kenangan ini..
diberi penghargaan Guru Penyayang 2013
( Semoga benar2 ada nilai itu dalam diri Etuza )
Terima kasih yang percayakan sikap Etuza..
Entry kali ini Etuza hendak kongsikan 
permainan bahasa dalam bentuk PEPATAH.


Kata Pepatah bermula huruf A

1. Ada pasang, ada surut
( Sesuatu yang dilakukan, ada masanya memperolehi keuntungan dan ada masa rugi )
Contoh ayat: Perniagaan pak Hamid ada pasang, ada surut tetapi dia tabah menguruskan perniagaannya.
2. Ada sampan hendak berenang.
( Orang yang sengaja mencari kesusahan, sedangkan ada cara yang boleh memudahkannya.
Contoh ayat: Aziz sanggup berpanas menjaja kuihnya dengan menaiki basikal, sedangkan lebih senang sekiranya menaiki motosikal, dia umpama ada sampan hendak berenang.
3. Akal tak sekali datang,runding tak sekali tiba.
( Tidak ada sesuatu kerja pun yang terus mendapat hasil paling baik )
Contoh ayat: Setiap perkerjaan yang kita lakukan harus dipertingkatkan dari masa ke semasa kerana akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.

Ok lah hanya 3 saja ya..nak rest
( Mohon maaf tak dapat BW - Jika ada masa akan balas 
kunjungan anda )