Entry Ke 98 
( Cabaran 100 Entry Oktober 2014 )
Inilah Panorama Keningau Kini


Ada tak blogger kenalan Etuza yang teringin benar nak tengok Bandar Keningau di Pedalaman Sabah!. Ha ini lah Panorama Keningau ya, harap terpadam lah anggapan tanggapan dan mengangap Keningau ni tersorok di nun Pedalaman yang dikatakan ketinggalan  hingga ada yang takut nak travel ke Keningau.
Tak mahu banyak cerita tapi setakat ini, the lates panorama Keningau ha ini lah, Etuza ambil view ini di atas bangunan tingkat satu dekat Round About dekat bangunan IT Base di tingkat atas. 





Inilah daerah kami, Keningau. Sedang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan. Semuanya menjurus untuk masyarakat di Keningau. Segalanya boleh ada dan boleh di dapati di Keningau. Nak naik lif ( ada ) nak ke hotel bertaraf 5 bintang ( ada ) nak shoping sakan ( ada ) nak nonton wayang di pawagam ( ha ada juga ) nak ke cyber internet ( ada ) nak makan sedap sedap ( ada naik ke Gmart Ke Restoran Al Fath ) nak ngap bedal KFC ( ada bah) nak ke tepi laut...alamak ( tak ada lah laut ) hahahaha....