Rahsia pokok dan bunga kantan untuk kesihatan lelaki.


Hai bertemu kembali dalam ruang catatan mustika.
Tengok gambar cantik seperti baru hendak kembang mengharum. Pasti anda tahu sangat bunga apa itu, tepat tekaan anda bahawa bunga ini namanya bunga kantan. Sejenis tumbuhan yang boleh dimakan dan rasa enak sekali jika dicampur pada sayur dan bahan ditambah pada sup untuk juadah keluarga.
Mustika suka sangat hendak kongsikan pada anda di luar sana tentang khasiat bunga kantan pada lelaki seperti mustika. Selama ini mustika makan begitu sahaja bunga kantan ini, ikut resipi isteriku. Rupanya banyak khasiat yang tersembunyi pada bunga  kantan ini. Bunga kantan ini juga di kenali dengan nama Torch Ginger atau bunga kecombrang kalau di Indonesia. Menurut info yang mustika baca bunga kantan dipercayai boleh:
1. Diguakan untuk tujuan mengawet muda.
2. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan wanita yang baru lepas bersalin.Dengan cara potong batangnya pendek2 tumbuk dan rebus, air rebusan selepas sejuk dijadikan air mandian.
3. Biji pokok kantan dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya ialah tumbuk biji kantan hingga  lumat, toskan biji itu untuk mendapatkan air, air kantan campur pula dengan air suam. Nah! minumlah air itu pada waktu pagi . Amalkan untuk beberapa kali.
4. Ha ini yang  menarik iaitu dikatakan buah kantan juga mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok dan bunga kantan, namun begitu penggunannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


Sekian satu info dari mustika lelaki ini.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Salam damai admin... tq atas ulasan2 dlm blog saya tempoh hari. Hari ni baru ada kesempatan berlegar2 di sini... semoga blog ini dapat menjalin ukhuwah dan silaturamin antara kita. Salam

    BalasPadam
  2. Wasalamualaikum ..C Jafran..pounsikou..aktifkan diri kio..tapi saya faham masalah sana..jauh..tu apapun ada cara jg kan dapat line..

    BalasPadam
  3. feveret saya, kadang2 buat ulam2an..

    BalasPadam
  4. JM suka mkn bunga kantar terutama masuk ke dalam kuah laksa atau buat nasi kerabu...sedapnya..bau yg wangi tu menyelerakan betul

    BalasPadam
  5. Goreng belacanpun sedap JM..

    BalasPadam
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.