Sebelum menutup tirai pada malam ini, iaitu jam sudah 11.51 malam mustika mahu kongsikan beberapa petua yang sesuai untuk di ketahui oleh para lelaki baik yang bujang , yang sudah kahwin atau yang dah tua. Petua ini amalan turun temurun sejak nenek moyang kita. Mengamalkannya dan cara betul serta niat kita dan pohon berkat dari Allah insyaAllah cara ubatan tradisional sedikit sebanyak membantu memberikan kita keselesaan dalam memantapkan kesihatan diri.
Saya tidak mahu buang masa lagi, nah! inilah petua pilihan mustika untuk kita semua yang bergelar lelaki. Lelaki kena banyak info barulah menjadi pujaan si gadis idaman dan si isteri tercinta. Usah ego ya. ketahuilah bahawa ego lelaki itu boleh pada tempat yang betul. Sudut petua in kena baca..jangan ketinggalan membacanya.
* Mengetahui jantina dalam kandungan- Anda tentu tidak sabar untuk mengetahui jantia anak dalam kandungan isteri anda.Untuk mengenalinya CUBA perhatikan pada kedua-dua BUKU LALI isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih bersih berkemungkinan anak lelaki tetapi jika kelihatan seakan kehijauan ia berkemungkinan anak perempuan. Kita hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah yang menentukan.
Tidur berdengkur- Amalkan setiap kali sebelum masuk tdur dengan meminum air sususuam yang dicampur dengan sedikit serbuk buah badam.
Melebatkan jambang- Dapatkan telur ketam yang masih mentah kemudian lumurkan pada jambang anda. Ulanginya selalu sehingga anda nampak hasilnya.
Mewangikan peluh- Rebus 20/30 daun sirih dengan 3 gelas air dan jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selama 3 hari. InsyaAllah, anda bukan saja dapat mewangikan peluh di badan malah dapat menerangkan penglihatan mata. Kan bagus petua ini. Cubalah mulakan.
Menyegarkan badan- Amalkan meminum air perahan pegaga yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu. InsyAllah setelah mengamalkannya anda akan berasa segar semula.
Mencegah lebih baik dari mengubati ( info kesihatan )
3 Ulasan
tidur berdengkur.. tapi masalahnya suami saya tidak suka minuman bersuam, dari dulu hingga kini, minuman berais kegemarannya.
BalasPadamPetua mewangikan peluh festime dgr biasa petua mengilangkan bau badan :-)
BalasPadamTerima kasih info nya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.