Cintaku menjadi nyata & Takdir dia memang untuk aku sebagaimana Adam memliki Hawa a.s.






Asalamualikum semurninya seikhlas hati lelaki ini.


Lelaki dilahirkan memang untuk pendamping   wanita. Lelaki dan wanita memang dua insan berbeza jantina memang saling memerlukan. Sayang sekali masih ada lelaki yang menolak hakikat bahawa wanita perlukan lelaki dalam hidupnya. Samalah juga ada wanita tidak menyukai lelaki hadir dalam hidupnya. Apa yang mereka inginkan adalah perkara yang melanggar tabie hidup sebagai manusia yang menjadi makhluk paling sempura tubuh badan dan akalnya.
Mustika, saya lelaki yang pernah jatuh cinta. Di usia belasan tahun sekitar 19 tahun baru aku( Mustika) jatuh cinta. Cinta yang mulanya aku tidak kenal, malah aku malu untuk mengungkapkan cinta. Masa itu cintaku hanya untuk ibubapa dan pelajaranku. Aku syukur nikmat Allah bahawa aku punya paras rupa dan adalah peminat dikalangan wanita melayangkan cinta. Ada wanita muda dan remaja secara terang-terangan memikatku dengan warkah cinta dan jelingan mata. Aku malu semua itu. Aku langsung tidak tahu bercinta, kadangkala tertanta2 aku ni lelaki kah apa? kenapa aku langsung tidak tertawan dengan si L, si A dan si H, walhal mereka menjadi bahan bualan para sahabat lelakiku. Ada yang cuba pikat si L, tapi si L tak mahu. Kelihatannya si L begitu terangan mengoda aku dengan sengaja melawat kakak aku di rumah padahal aku tahu niatnya untuk mendekati aku. 
Ah! lelaki ini, inginkan kerjaya dulu, keluargaku miskin dan hina, nak bercinta memang bukan niat aku diusia muda. Aku langsung tak suka keluar malam semata-mata nak dating dengan wanita seperti para sahabat aku. Aku jijik semua itu. Aku belum baligh dalam hal cinta. Aku tidak romantis, pertaruhkan muka saja tak cukup kalau memboringkan sidia yang mengharap.
Alamak!...secara tidak sengaja aku terpandang mata seorang gadis berrambut mencecah bahu, rambutnya terurai di tiup bayu pagi. Dia berseorangan dengan baju merah bercorak bunga dan bersarung hitam. Kulitnya putih kuning wajah bujur sireh halus pipi tanpa setitik noda hitam. Hai! wanita ini cantik sekali aku tengok, dia malu melihatku dan menundukan kepala sehingga sampai si satu peka di daerahku. Sebenarnya secara kebetulan aku dan dia naik satu kereta ke pekan yang dituju. Anehnya tiada seorangpun penumang yang ada di tepi jalan selain aku dan gadis manis ini. Bagaimana ini terjadi. bagaikan satu petanda.
Sejak terpandang wajah gadis itu, lelaki ini makan tak kenyang tidur tak lena. Adui! inikah cinta yang sering aku dengar, inikah cinta satu rerasa yang terlalu ganjil dan aneh di hati lelakiku. Adui! ku lihat bayangannya tersenyum di depanku. Aku sungguh merasakan keanehan perasaanku. Sahlah aku sudah jatuh cinta pandang pertama.

Aku sering mengharap akan tersua lagi dengannya dan aku akan berkenalan dan mengharap dia suka akan diriku. Aik! aku sudah pandai pula lagi berdandan sebagai lelaki, pilih pakaian yang smart dan memperlihatkan kelelakianku. Berkasut dan rambut disikat rapi. Adui! sahlah aku sudah jatuh cinta. Adui! lagi hebat bila aku sudah berani menegur tiap gadis di depanku, aku cuba berbuat begitu agar gadis itu juga aku sapa demikian, konon belajar berkawan dengan kaum wanita. Lebih parah lagi ada gadis lain pula yang hantar warkah nak dating dengan aku, masa ini aku sudah masuk Maktab Perguruan di Sabah. Adui! aku takut pula, semua kawan tertawakan aku. lelaki apa u ni? Hai! diorang tak tahu aku suda jatuh cinta pada sidia. Aku benar-benar tidak dapat melupakannya. Aku rasa dialah gadis paling cantik aku jumpa. Ha! paan muka itulah cinta sesama manusia tau!. 
Lastly, tercapai juga hasratku,  dia rupanya meminati aku sejak di bangku sekolah, aku di sekolah lain di di tempat lain bukan seumur, aku tua setahun darinya. Adui! lagi hebat rupanya bercinta amat manis, harum dan mengasyikkan. Aku sudah memiliki cita wanita di dunia ini. Jiwa lelakiku terisi dengan bunga cinta seorang gadis cantik. Dan bukan aku saja kumbang hendakkan dia, lagi hebat jeaka lain mencuba meminta cintanya, tetapi akulah katanya lelaki pujaan yang ada ciri yang diidamkan tiap wanita. Cinta berputik 4 tahun bayangkan lamanya, dia tunggu aku mantapkan kerjaya. Dan sepanjang 4 tahun itu aku tak pernah sentuh tubuhnya, aku pasti dia akan ditakdirkan untukku. Sentuh tangan pun tidak jika tidak terdesak, cuma adalah berpegangan tangan ketika diambil photo oleh adiknya yang kini menjadi adik iparku. Dah kami kahwin selepas 4 tahun dan ada anak, tengoklah anak-anak kami dalam entri saya yang lama.
Bercinta atas dasar nafsu itu amat bahaya, membinasakan diri, dan hanya diulit dosa sahaja. Remaja yang sempat membaca paparan mustika sila contohi kisah cintaku dan dia. Haram menyentuh wanita yang bukan muhrim. Sebagaimana si nabi Allah Adam yang pada suatu masa Adam  menemui seorang manusia sepertinya, tetapi Adam lihat orang itu ada beza dengan dirinya, lalu timbul berahi Adam dan cuba mendekati dan cuba merangkul wanita itu. Tetapi Allah berfirman "Jangan engkau sentuhnya sebelum Aku nikahkan dikau"bernikahlah Adam dan Hawa dengan mas kahwin dari emas dan perek yang Allah ambil dari syurga. Hebat betul kuasa Allah.
Untuk itu, saya hendak katakan di sini bahawa lelaki yang pertama jatuh cinta pada wanita ialah Nabi Adam.a.s. Lantas aku lelaki mewarisi cinta Adam kepada Hawa. Cinta yang suci akan menjamin kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Kepada lelaki lain, carilah cinta yang terbaik untuyik kita dan selami sedalamnya juga cinta kita aggung kepada Allah yang satu.


Wasalamualaikum.





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah pilihan Cikgu tepat, mudah2an kebahgian ini berkekalan hingga ke akhirnya, aaminnn..

    BalasPadam
  2. Ohhh baru tahu rupanya waktu muda dulu cikgu ramai peminat org ensem katanya heeee itulah namanya cinta pandang pertama. Semoga jodoh cikgu berpanjangan hingga ke syurga aminnn

    BalasPadam
  3. rupanya banyak entri menarik kat sini yg saya tertinggal...yalah saya biasa menghadapi masalah internet..

    semoga jodoh ciku hingga ke Jannah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.