Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #1
Pilihan Etuza.
Etuza sudah khabarkan akan membuat Review blog kesemua yang mengikuti Program Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia November Anjuran Etuza 2014. Pertama kalinya dengan rasa berani, takut serta berdebar Etuza gigihkan diri Etuza gagahkan seluruh jiwa dan raga untuk merealisasikan penganjuran yang berlangsung sehingga sebulan lebih itu.Akhirnya Etuza berjaya menyelesaikan penganjuran ini Etuza tarik nafas LEGA.Tiada sudah debaran tetapi berdebar pula untuk melihat aksi si Juara, Naib Juara dan Ketiga serta yang mendapat saguhati menggayakan dan menjulang TROPI apabila sampai di rumah kediaman mereka. Nantikan!!
( amboi panjangnya intro! - Gambar mohon dihalalkan ya )
Kepada yang baru mengenali blog Etuza ini, anda harus tahu sesuatu yang unik pada blogger Etuza ni. Ya...penting ke tak penting inilah cara Etuza. Etuza sebenarnya ada blogger dan blog milik blogger itu Etuza Paling Minat dan kalau tidak melihat blog kegemaran Etuza ini Etuza tidak sah berada di on air. Blog ini penuh gaya, ada klas ada style nya tersendiri dan sangat-sangat hidup di dunia maya. Blog yang Etuza maksudkan ialah blog DETIK-DETIK INDAH DALAM HIDUPKU dari BLOGGER MADAM KAMSIAH. Sejak 2009 bulan Ogos Etuza dan keluarga mengenali blog Madam Kamsiah ini. Etuza tertarik pada tajuk blog dia tau!. Tengok "Detik-Detik Indah Dalam Hidupku" Pilihan tajuk yang sangat luarbiasa hebat dan terbaik Etuza bagi A+++ markah blog dia. Ha itu baru markah tajuk ya.
Tengok pula paparan tiap entry blog ini, klik pada pautan berwarna biru. Nampak tak ada aura dan pesona blog ini. Hebat sangat, ditambah lagi dengan entry-entry resipi dari air tangan Madam Kamsiah. Klik ni ya SINI ( jangan tak klik pula ) Itu resipi puding Madam Kamsiah. Dan esok ( inshaAllah ) ada doa selamat, kenduri kesyukuran sempena anakanda Etuza lulus cemerlang UPSR 2014 dan dia selesai dah bersunat Etuza ada hajat buat kenduri. Dengan itu Etuza dan anak-anak hari ini akan membuat resipi dari Koleksi Puding Madam Kamsiah.
Tengok gambar puding ini. Inilah PUDING SUSU BUAH-BUAHAN karya cipta Madam Kamsiah. Sangat mengujakan . Petang ini nak buat lah banyak-banyak puding buat pembasuh mulut para tetamu yang datang ke teratak Etuza. InshaAllah.
Etuza akan buat sendiri tanpa suruh mama, mama dah lah nanti memasak lauk pauk mana lah masa nak buat puding ni. Etuza dan anak gadis Etuza Azie yang akan buat. Madam Kamsiah semoga family madam Kamsiah sejahtera dan sentiasa bahagia di dunia hingga ke akhirat. Etuza bangga dengan hasilan di blog Madam Kamsiah yang sungguh mendatangkan banyak manfaat kepada pengunjung setia blog anda. Etuza harap akan berterusan ukuhuwa antara kita di dunia maya. Segala komen Etuza kalau ada tersilap tersinggung dan kata-kata yang tidak difahami mohon maafi Etuza ya.
Etuza amat menghormati Madam Kamsiah dan keluarga, maka Etuza amat serasi memanggil blogger ini dengan panggilan MADAM KAMSIAH YUSOFF. Orangnya baik dan amat menyayangi suami dia dan anak-anak dia. Alhamdulillah. Teruskan usaha di blog dan kali ini Etuza nak minta Madam Kamsiah perlihatkan Blog Etuza Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #1 kepada suami Madam Kamsiah. Sampaikan salam Etuza sekeluarga kepada dia dan anak-anak.
* Untuk resipi puding akan salin bahan-bahan dan caranya.*Pantun Etuza untuk blog kesayangan Etuza dan Family ini.
" Datang bertandang ke rumah maya,Terlihat banyak blog mewangi sekali, Kalau ada kata - kata silap Etuza, Mohon Etuza keluarga Madam Kamsiah maafi "
Salam 1 Malaysia. Nantikan " Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #2"
16 Ulasan
salam
BalasPadamaduiii malunya saya cikgu...dipuji sebegitu rupa..
ya..makin lama hidup..makin berusia..saya makin mengambil berat soal ukhuwah..hati rasa tenang..damai..
terimakasih cikgu..
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi
hari ini anum baru masuk keja setelah 2 hari bercuti
hehe
selalu juga berkunjung ke blog puan kamsiah ni.
BalasPadam@❤Kamsiah❤
BalasPadamWasalamualaikum..apa nak malu, memang ternyata dah terbaik..teruskan usaha dan jadikan satu flat-form melonlog jakkan lagi pengurusan blog ke arah yang lebih baik. Etuza kini sangat menghargai blog Madam kamsiah. Ramai yang menyukai blog Madam K sebenarnya.
Etuza harap happy ya...Tahniah
sy paling xleh lupa bila kak kamsiah tunjuk bihun sup utara...dan2 tu gak p carik...punya laa teringin..hahhahaha
BalasPadammasa untuk berjln2..
BalasPadamnice revew cikgu etuza
Alhamdulillah Cikgu Etuzadag start meREVIEW dah ..Tahniah untuk Madam Kamsiah ..blog pertama yang diREVIEW hehehe ..Seronok baca nantinak terjah blog akak Kamsiah laaa..
BalasPadamdah singgah ke blog madam kamsiah. wow memang terbaik. banyak resipi dan gambar yang mencairkan.
BalasPadamRasanya madam kamsiah boleh buat ebook resipi. tentu ramai yang cari.
BalasPadamRasanya SP belum pernah singgah lagi..:(
BalasPadamSebut pasal k.kamsiah, Tiba2 teringat resepi kerabu sotong, teringin nakcuba tapi belum sempat lagi.
BalasPadamOh ya kiriman sudahpun sampai tapi saya belum sempat buka, bizi sgt, insya allah kejap lg, nantikan model cilik saya bergambar dengan tropi, tunguuu...
BalasPadamTerima kasih banyak2 buat Cikgu, Isteri dan keluarga, gembiranya tak terucap dek kata2..
Salam kenal..
BalasPadamDatang dari Segmen "Nak URL Blog #11"..
Jemput singgah blog eyza sbb ada GA yang berlangsung.
Bagusnya Etuza plan nak buat puding dengan anak.
BalasPadamNanti boleh suapkan pada mamanya - tanda kasih-sayang.
Jenuh cikgu menggeledah rumah madam ni nampaknya....tengok ajelah review yg padat dan mampat. Nampak cikgu.... madam dah suka dah tu
BalasPadamBlogger kamsiah!! ye JM mengenali blog pesona dan mustika daripada beliau :-)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.