Ngeri Apabila Blog Tiba-Tiba Dihilangkan.

Terbaru di Hospital Keningau, Sabah. Alhamdulillah selesai urusan rawatan.

 Terasa Ngeri Apabila URL Blog Hilang Dari Carian Google.

Tiba-tiba petang hari ini 5.08.2026, klik whatssup, ada seorang teman blogger memberi mesej, bahawa blog Pesona Etuza telah dihilangkan.Terkejut membaca dan segera mengesan Pesona Etuza menerusi Google Search, ternyata benar apa teman blogger yang baik hati itu katakan. Lalu Etuza menarik nafas dan hembus sekali untuk legakan perasaan dan minta Allah tenangkan hati yang gundah bersedih atas apa yang terjadi. Terfikir terus kata-kata dari teman blogger katanya " BLOG BUKAN MILIK KEKAL".

Mengapa blog biasa dan tidak setanding dengan blogger lain di Malaysia di padam kan dari radar maya. Etuza mengambil langkah untuk berfikir positif, bahawa Google dan Team Blogger kini amat tegas dan tidak lagi berkompromi dalam menyiarkan paparan blog secara tidak teliti. Team Blogger menjalankan tugas dengan teliti dan melihat tiap apa kandungan blog yang bagaikan cendawan tumbuh setiap masa dalam layar online maya.

Tidak terkecuali Blog Pesona Etuza telah di kaji, disiasat dan di tapis, lalu pada mereka Blog Pesona Etuza kelihatan tidak melakukan kesalahan serius dan mengikut garis panduan sebagai pemblogger, maka pihak Team Blogger aktifkan semula blog Etuza ke dunia maya yang menakjubkan. Terima kasih team Bloger.

Your blog titled " PESONA ETUZA " has been reinstated.

Kemudian Etuza klik email gmail, jika ada apa-apa mesej atau informasi. Benar ada Team Blogger memberi infor bahawa setelah mereka membuat kajian dan meneliti blog biasa biasa ini,Pesona Etuza telah dipulihkan dan selamat dari melalui fasa penilaian Google Search juga. Di bawah ini ialah mesej Team Blogger dalam terjemahan Melayu. 

Salam,
Kami telah menilai semula blog anda berdasarkan Garis Panduan Komuniti Blogger ( https://blogger.com/go/contentpolicy ). Setelah disemak, blog tersebut telah dipulihkan. Anda boleh mengakses blog tersebut di https://madey09.blogspot.com .
Terima kasih kerana memahami.

Yang ikhlas,
Pasukan Blogger.

Etuza sangat berterima kasih kepada Team Blogger kerana telah membuat kajian secara keseluruhan blog Etuza. Bagaikan Team Blogger telah membedah siasat Blog yang bermula dari 2009 hingga kini 2026 aktif beroperasi.Terima kasih Team Blogger dan Google kerana memberikan peluang kepada Etuza beraksi terus dalam Dunia Indah iaitu Dunia Blog.

Semoga apa yang terjadi PEMBEDAHAN terhadap halaman pengisian di blog Etuza menjadikan kita berusaha sedaya upaya mengikut garis panduan kepada setiap blogger.Agar tidak melanggar etika dalam mencatat apa juga di Wall. Pemeriksaan tentang isi kandungan blog ini menjadikan Etuza insaf dan tidak lagi membuat catatan yang seolah dipandu Google Search. Team Blogger terima kasih sekali lagi telah membuat penilaian terhadap Blog Pesona Etuza. Sebelum off ada tak blogger lain pernah blog dihilangkan oleh Team Blogger?.

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Cikgu ada buat rayuan pada pasukan Google ya?
    Alhamdulillah dah ok sekarang.

    BalasPadam
  2. samalah, blog me pon kene removed dan dah dpt reinstated balik., huhu

    BalasPadam
  3. Blog Etuza pun kena ya? Sama lah kita.. tapi tetap kekal tenang ok. Blog Aynora pun blogger dah reinstate

    BalasPadam
  4. Sama Cie pun kena semalam. Ingatkan Cie je rupanya ramai lagi kena.

    BalasPadam
  5. Sy pun sama juga cikgu, semalam termenung skjp memori dr tahun 2008 dihilangkan begitu saja.. tp alhamdulillah mlm td dh dipulangkan semula... sy dh standby dh blog baru in case blog x dikembalikan.. hehehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tumpang happy dan syukur. Terkejut juga bila jadi begini kpd kawan² blogger. Mudah-mudahan tiada lagi kes begini hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  7. Kecoh juga semalam.. alhamdulillah, dapat semula blog nya..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dapat semula ye... mungkin team blogger tengah buat audit berkala kot

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, gembira mendengar blog Cikgu Etuza dah kembali beroperasi seperti biasa! Bila blog yang kita bina bertahun-tahun tiba-tiba hilang memang rasa gabra. Terima kasih atas perkongsian pengalaman ini, sekurang-kurangnya jadi peringatan mesra buat kami rakan blogger lain. Teruskan berkarya Cikgu

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Pelik la team blogger tu kan?

    BalasPadam
  11. ramai bloggers yg kena smlm...blog lydiamiza, cie, ezna, shaizhar, sis lin, etc etc..pg ni, blog carneyz pulak kena

    BalasPadam
  12. mereka mahu delete blog yang tidak aktif untuk clearkan server mereka...nasib baik blog tuan dapat kembali seperti biasa.

    BalasPadam
  13. oo..dah 2 blogger yg kena mcm ni...Alhamdulillah, dah okay semula..strict jg Team Blogger..

    BalasPadam
  14. Terkejut tiba² kena bedah siasat ek. Alhamdulillah, tak melanggar peraturan kandungan dan blog telah dikembalikan.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah selamat sudah syukur.. dapat kembali berkarya di blogspot.com

    BalasPadam
  16. ALHAMDULILLAH BLOG CIKGU MUNCUL SEMULA SEMALAM MASUK JUGA

    BalasPadam
  17. alhamdulillah...moga blog kita semua tak lenyap lagi lepas ni.panik juga semalam .huhu

    BalasPadam
  18. Syukur Alhamdulillah. Memang ngeri memikirkan blog yang disayangi diang san malam selama bertahun-tahun boleh hilang.

    BalasPadam
  19. Ngeri betul bila blog tiba-tiba hilang! Nasib baik dapat semula, lega rasa penulisan dan kenangan blogspot terpelihara.

    BalasPadam
  20. alhamdulillah dapat semula, kalau tidak menangis tak berlagi

    BalasPadam
  21. Rupanya bukan blogf saya ja dihilangkan, blog teman2 lain ada juga sama dihilangkan..

    BalasPadam
  22. Patutlah uncle gagal nak masuk blog ni hari tu... Ingatkan cikgu merajuk...

    BalasPadam
  23. Salam kenal Kak.
    Ada beberapa kawan blogger Indonesia yang bognya juga mendadak hilang, tapi alhamdulillah 1-2 hari setelahnya kembali.
    Ternyata terjadi juga di Malaysia.

    Semoga blog kakak aman terus.

    BalasPadam
  24. Ramai yang kena Cikgu. Macam berjemaah pulak dia buat audit semakan pada blogger tak pernah jumpa kes berjemaah kena macam ni. Alhamdulillah semua nya dapat balik semula. Maknanya sekarang penulisan kita kena hati2 ikut kehendak team blogspot

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah cikgu telah mendapat blog nya kembali. Rasanya ramai bloggers yang terkena kes begini semuanya mendapat kembali blog mereka

    BalasPadam
  26. Blog power ni, sebab tu terpilih. Hehehe. Alhamdulillah berjaya diselamatkan.

    BalasPadam
  27. Alhamulllah.. Berjaya dikembalikan blognya..

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah, 'panik' seketika. Akhirnya kembali seperti biasa.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.