| Cantik bulu ayam arab ini. Tengok ada tiga ekor lagi. |
Garden Etuza Part 004 Ogos 2026.
Kali ini memaparkan kenangan manis kami memasak soto di Laman Etuza Garden. Kami sekeluarga menikmati masakan soto hasil air tangan anak lelaki Afif. Ada vedio sedang memasak soto tersebut dengan usaha gigihnya petang hari Sabtu tanggal 15.08.2026.
Sebelum meneruskan pembacaan anda, Etuza hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca maya dan teman bloggers yang masih terus setia melihat paparan blog ini hingga statistik view blog terus mencanak tingga ke angka ribu. Terima kasih Google.
Turut datang menikamti soto yang lazat ini ialah dua orang ipar Etuza yang kebetulan pergi ke kebun mereka. Semoga suatu masa akan datang dapat lagi kami mengabadikan kenangan makan bersama seisi keluarga di Laman Etuza Garden yang kini ditanami dengan bunga-bunga yang pelbagai serta membekalkan bibit bunga kertas dan anak pokok buah-buahan serta tanah organik.
Ayam Penelur Ayam Arab.
Kini hanya tinggal tiga Ekor ayam penelur ayam Arab di Garden Etuza.Anak ayam penelur yang tersisa setelah dibaham oleh ular sawa hanya ada 5 ekor dari 14 ekor semuannya. Ada yang mati sakit dan ditelan oleh ular sawa. Diharap ayam penelur ini masih berterusan kerana cucu Etuza sangat suka makan telur rebus. Telur rebus fresh dari Garden Etuza. Tiga ekor ayam penelur ayam arab ini setiap hari bertelur dengan saiz telur grade C dan bercengkerang putih bersih.
Dulu di Mekah dan di Madinah selalu ambil sebiji telur rebus, telur itu kulit putih dan besar saiz grade A. Rupanya itulah jenis telur ayam arab, sebagaimana warna kulit telur ayam arab yang Etuza pelihara. Bulu ayam arab cantik, seolah kelihatan seperti burung. Kepada yang datang ke Garden Etuza dapat lah melihat ayam arab peliharaan Etuza yang masih hidup hingga kini. Alhamdulillah.
| Setiap hari bertelur tiap seekor satu biji telur. Alhamdulillah.. |
| 7 biji telur ayam arab kulit telur warna putih bersih, masih saiz yang sama grade C. |
| Bunga-bunga mekar kembang indah di Garden Etuza..alhamdulillah ramai yang datang dan suka melihat bunga2an di laman ini. |
Vedio soto sup soto petang 15.08.2026 di Garden Etuza
22 Ulasan
Siapa agaknya tanpa nama dalam ruangan komen ini. Etuza tak tahu mana satu komendia hingga naik teratas. Mohonbagilah nama kan dan link blog..
BalasPadamCantik garden Etuza. Boleh buat tempat lepak anak beranak sambil makan soto serta ditemani bunga kertas yg berwarna warni 👍👍
BalasPadamIni kalau saya bawa mak saya pergi melawat laman rumah cikgu, agaknya boleh berjam-jam dihabiskan untuk dia belek-belek bunga kat situ 😜
BalasPadamPutih bersih telurnya ye.. Ada beza ke rasa dia..
BalasPadamDulu arwah mak suka tanam pokok bunga kertas ni.Tiap petang sy la yg jadi tukang siram pokok2 ni =)
BalasPadamMemang seronok menikmati waktu bersama keluarga tersayang. Ada pula makanan airtangan anak sendiri, pasti lebih bermakna.
BalasPadamCantik ayam penelur tu
Cantiknya bunga di taman etuza.. sangat cantik, hati pun turut berbunga riang
BalasPadamCantik bunga kertas tu.
BalasPadamtengok foto ayam -ayam ni.. terigat zaman budak-budak dulu.. saya di antara budak kampung suka pelihara haiwan dan berkebun.. mcm haiwan peliharaan. jadi macam terapi minda..tenang je bila tgk haiwan dan pokok
BalasPadambaru first time dengar adanya spesis ayam arab. cantik juga ayamnya
BalasPadamcantik ayam arab rajin bertelur kena tambah lagi jumlahnya
BalasPadamTeringat hari tu cikgu sempat beri tips untuk pemula berkebun... Terbaik cikgu!
BalasPadamComel betul tiga ekor ayam Arab kat Laman Etuza.
BalasPadamSeronoknya lepak di Laman Etuza Garden! Paling menarik bila dapat nikmati soto hasil air tangan anak sendiri (Afif), memang terasa lebih bermakna dan berharga kenangan tu. Semoga Laman Etuza terus menghijau dan ceria
BalasPadamMoga makin berkembang ayam-ayam cikgu... cantik bunga merah tu
BalasPadamIndahnya taman dengan bunga - bunga penuh warna warni
BalasPadamCantiknya pattern bulu ayam tu. Kalau bela ayam, ular sawa memang suka datang. Kat kebun baba, besar gila.
BalasPadamWah ayamnya besar-besar ya uncle. Telurnya pun nampaknya punya kualitas terbaik.
BalasPadamSaya pun mauuu satu hari nanti pelihara ayam di depan rumah.
Meriah betul laman Etuza. Warna warni pokoknya. Dan ayam penelur yang diharapkan dapat berkembang biak lagi
BalasPadamishhh byk tu cikgu dia baham.smpi 5 ekor! dr mn ular tu dtg?.ke mmg dia dah aim ayam2 cikgu? kn tangkap ular tu kalau x nnt habis ternakan org lain dibahamnya pula
BalasPadamAyam arab ni kira ayam kampung yang produktif bertelur
BalasPadamSatu pusingan musim bertelur boleh mencecah 30 biji.
Telurnya pun kategori telur ayam kampung yang boleh mencecah harga seringgit sebiji.
cantik dan indah semua bunga di taman cg. telur ayam arab tu...rasa dia berbeza dgn telur biasa ker?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.