| Itulah dia dalam gambar gambar bujir terjuntai antara intia dan menu untama Shawarma di Damascus Bukit Bintang, Kuala Lumpur. |
Damacus Sajian Arab Syria Metropolitan Bukit Bintang .
28.07.2026, kami di bawa oleh ipar Wan sekeluarga di Bukit Bintang, katanya ada Shawarma makanan Arab yang sedap dan makanan yang sentiasa dikerumuni tanpa sedikitpun masa berkurangan pelanggan atau penggemar makanan Arab yang sekian lama VIRAL di Bukit Bintang katanya. Terfikir apa benda makanan di Damascus ini, dan segera GOOGLE untuk melihat dan pastikan makanan yang viral di tengah Kuala Lumpur di Bukit Bintang. Ada yang kata Bukit Bintang ini tempat titik JANTUNG Kuala Lumpur IBU NEGARA MALAYSIA.
Jaringan Manusia Lalu Lalang Tanpa Henti Di DAMASCUS, Bukit Bintang.
Pertama kali datang dan melihat persekitaran kiri dan kanan gedung atau bangunan yang mencakar langit sini sana. Hari kami datang di Damascus adalah menjelang waktu petang dan apabila sampai ternyata sangat-sangat ramai menunggu giliran berbaris mahu membeli Shawarma makanan berteraskan AYAM DAN DAGING disajikan bersama kambing juicy, serta pencuci mulut popular seperti KUNAFA. dan kami bawa nanti ke Dataran Merdeka pula. Ramai sekali lalu lalang dan seolah berhimpun dalam skala ruang di hadapan Damascus ini. Ada juga Etuza ambil vedio di depan Damascus tepi jalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpar.
Saya sangat bersyukur saudara Wan sudi bawa kami ke Bukit Bintang yang digelar JANTUNG KUALA LUMPUR.
Apabila keluar dalam kenderaan, di mana kenderaan betul-betul parking di hadapan DAMASCUS kami terlihat satu benda memanjang seolah kelihatan piramid di hiris dari atas hingga ke bawah. Itulah dia antara inti utama makanan Shawarma sejenis makanan Arab. Apa kah rasanya dan harganya. Tak pasti harganya kerana Ipar Wan yang belanjakan kami.
Mengambil Gambar Sekitar Yang Di Lihat Di Bukit Bintang.
Bukit Bintang sebenarnya sangat hebat, bangunan tinggi dan permis pintu-pintu tempat yang Etuza lihat adalah moden dan sangat cantik untuk di ziarah. Tapi oleh kerana petang dan semakin malam maka tidak dapat berjalan-jalan, hanya sekitar depan Damascus menunggu makanan Shawarma siap. Mari lihat gambar tangkapan Etuza, sebagai kenangan dan untuk kami baca juga anda di blog Pesona Etuza ini. Selamat membaca, jumpa lagi.
| Anak-anak Ipar Izwan keluarga adik bungso , happy semua pakcik ( Etuza ) belanja makan aiskrim sedap lazat sekali tu . Anak lelaki ialah Qoid.. |

2 Ulasan
Damascus....tempat yang abak saya nak bawa ke sini tapi belum asa kesempatan.
BalasPadamTak apa ada masa lagi, lain masa kan..pasti dapat ke sini, seolah tempat ni Bukit Bintang wajib orang kita datang tengok..saya nak ke sini lagi mahu round2 ..sampai puas..hehehe
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.