Ayam Arab di Laman Etuza Garden.
Etuza Garden Part 002.
Kali kedua membuat infor tentang Etuza Garden. Usaha untuk memperkenalkan dan mempromosi tentang ada apa Laman Etuza Garden. Untuk makluman semua pembaca, belum siap semuanya projek di Etuza Garden, tetapi akan teruskan usaha dari masa ke semasa dan tak perlu GiveUp. Tetapi adalah lebih elok dan lebih baik buat promosi awal dan bersedia menerima kunjungan tetamu.
Etuza Garden kini memiliki ayam betina ( Ayam Arab ) yang kelihatan bulu sangat cantik bercorak putih dan hitam. Ayam Arab betina ini sudah mulai bertelur.Pengunjung boleh datang melihat keunikan ayam arab ini. Selain itu, masih ada ayam kampung yang terlepas dari serangan penyakit, iaitu empat ekor ayam betina dan seekor ayam jantan. Ayam kampung tiga ekor telah menetas telur dan kini anak sudah membesar seperti dalam gambar. Kepada yang sering mengikuti persembahan blog Etuza, jemput menjadi yang terpantas TEKA BILANGAN ANAK AYAM KAMPUNG DALAM GAMBAR.Selamat mencuba.
Tanah Organik Boleh Terus Guna.
Sabatian tanah organik ialah kandungannya, tanah hitam yang gambut, sekam padi di bakar dan sebahagian lagi sekam padi tidak di bakar, serbuk kokopit dan tinja ayam. Sedikit pasir halus untuk menjadikan tanah yang di gunakan mempunyai ronga udara dalam pasu dan tidak menakung kan air sehingga akar bunga-bungaan akan rosak dan layu serta mati. Harga tanah organik adalah mampu milik, iaitu plastik kecil RM6.00, plasti saiz besar RM12.00.
Sentuhan Inspirasi
Etuza dan isteri amat teruja melihat Garden dari dua insan berbeza iaitu Garden Andriana Ans dan Carl Garden. Keduanya menjadikan Bunga Kertas sebagai tanaman utama. Mereka menjayakan Garden Bunga Kertas ini dengan sangat berjaya sehingga menjual anak bunga kertas ke serata negara luar.Etuza sesungguhnya bertambah bersemangat membina Garden Etuza secara perlahan-lahan tanpa henti.Saya yakin dengan usaha yang berterusan pasti ada kejayaan dan hasil yang baik Allah kurniakan. Etuza Garden Part 001. ( Klik )
| Gril pagar sebelum siap di cat. |
| Ayam kampung, ayam betina punya anak ayam . Ada berapa Jumlah anak ayam ? |
| Perlu ada infor agar pemandu kereta perlahankan kereta depan rumah Etuza. |
| Mendapat sentuhan inspirasi di Taman Carls Garden |
| Taman milik Carl Garden |
| Taman milik Puan Andriana Ans. |
| Bunga kertas ID Lady Bird |

14 Ulasan
cutenya ayam arab! saya suka semua gambar bunga tu. terapi mata sgt!
BalasPadamCantik ayam arab tu.
BalasPadamAlhamdulillah, tenang dan damai melihatnya
BalasPadamHobi yang memberi manfaat!
BalasPadamSemoga terus sukses cikgu. Terapi mata tengok banyak pokok menghijau dan bunga warna warni
BalasPadamwahhhhh sangat2 berseri
BalasPadamsuka sy tengok bunga yg macam2 jenis tu
dah mcm nursery dah ni ;-)
inda laman cikgu dihiasi flora pelbagai jenis
BalasPadamDeus caritas est!
BalasPadamWaaah, makin lengkap je kebun uncle ini. Tak hanya tumbuhan yang indah, namun haiwan pun bisa hidup damai di dalamnya :D
BalasPadamSejuk mata melihat semua koleksi bunga2 Abang 😍. Memang bikin saya semangat utk membuat juga taman kecil di rumah
BalasPadamGeram tengok Ayam Arab tu Cikgu, memang unik betul corak bulunya! Macam eksklusif sangat tengok dia berjalan kat laman. Hmm... nak teka bilangan anak ayam kampung dalam gambar tu macam ada 5 @ 6 ekor ya? Hehe. Semoga projek Etuza Garden ni berjalan lancar dan tak sabar nak tengok hasil penuh nanti.
BalasPadamTak jelas pula nak kira anak ayam tu disebalik watermark. Wah meriahnya taman banyak pokok bunga. Meriah bunga pokok kertasnya.
BalasPadamComey gebu jer tgk ayam betina baka arab tu.. kalau ayam ada mesti jadi musuh pd tanaman sebab kena patuk selalu.. seronok tgk tanaman dgn ayam tu..
BalasPadamGoof luck untuk Taman Etuza.
BalasPadamSaya kira ada 6 anak ayam kampung.
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.