Etuza Garden Part 002 & Inspirasi

Ayam Arab di Laman Etuza Garden.

Etuza Garden Part 002.

Kali kedua membuat infor tentang Etuza Garden. Usaha untuk memperkenalkan dan mempromosi tentang ada apa Laman Etuza Garden. Untuk makluman semua pembaca, belum siap semuanya projek di Etuza Garden, tetapi akan teruskan usaha dari masa ke semasa dan tak perlu GiveUp. Tetapi adalah lebih elok dan lebih baik buat promosi awal dan bersedia menerima kunjungan tetamu.

Etuza Garden kini memiliki ayam betina ( Ayam Arab ) yang kelihatan bulu sangat cantik bercorak putih dan hitam. Ayam Arab betina ini sudah mulai bertelur.Pengunjung boleh datang melihat keunikan ayam arab ini. Selain itu, masih ada ayam kampung yang terlepas dari serangan penyakit, iaitu empat  ekor ayam betina dan seekor ayam jantan. Ayam kampung tiga ekor telah menetas telur dan kini anak sudah membesar seperti dalam gambar. Kepada yang sering mengikuti persembahan blog Etuza, jemput menjadi yang terpantas TEKA BILANGAN ANAK AYAM KAMPUNG DALAM GAMBAR.Selamat mencuba. 

Tanah Organik Boleh Terus  Guna.

Sabatian tanah organik ialah kandungannya, tanah hitam yang gambut, sekam padi di bakar dan sebahagian lagi sekam padi tidak di bakar, serbuk kokopit dan tinja ayam. Sedikit pasir halus untuk menjadikan tanah yang di gunakan mempunyai ronga udara dalam pasu dan tidak menakung kan air sehingga akar bunga-bungaan akan rosak dan layu serta mati. Harga tanah organik adalah mampu milik, iaitu plastik kecil RM6.00, plasti saiz besar RM12.00.

Sentuhan Inspirasi 

Etuza dan isteri amat teruja melihat Garden dari dua insan berbeza iaitu Garden Andriana Ans dan Carl Garden. Keduanya menjadikan Bunga Kertas sebagai tanaman utama. Mereka menjayakan Garden Bunga Kertas ini dengan sangat berjaya sehingga menjual anak bunga kertas ke serata negara luar.Etuza sesungguhnya bertambah bersemangat membina Garden Etuza secara perlahan-lahan tanpa henti.Saya yakin dengan usaha yang berterusan pasti ada kejayaan dan hasil yang baik Allah kurniakan. Etuza Garden Part 001. ( Klik )


Gril pagar sebelum siap di cat.



Ayam kampung, ayam betina punya anak ayam . Ada berapa Jumlah anak ayam ?

Perlu ada infor agar pemandu kereta perlahankan kereta depan rumah Etuza.





Mendapat sentuhan inspirasi di Taman Carls Garden

 Taman milik Carl Garden

Taman milik Puan Andriana Ans.




Bunga kertas ID Lady Bird









Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. cutenya ayam arab! saya suka semua gambar bunga tu. terapi mata sgt!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tenang dan damai melihatnya

    BalasPadam
  3. Semoga terus sukses cikgu. Terapi mata tengok banyak pokok menghijau dan bunga warna warni

    BalasPadam
  4. wahhhhh sangat2 berseri
    suka sy tengok bunga yg macam2 jenis tu
    dah mcm nursery dah ni ;-)

    BalasPadam
  5. inda laman cikgu dihiasi flora pelbagai jenis

    BalasPadam
  6. Waaah, makin lengkap je kebun uncle ini. Tak hanya tumbuhan yang indah, namun haiwan pun bisa hidup damai di dalamnya :D

    BalasPadam
  7. Sejuk mata melihat semua koleksi bunga2 Abang 😍. Memang bikin saya semangat utk membuat juga taman kecil di rumah

    BalasPadam
  8. Geram tengok Ayam Arab tu Cikgu, memang unik betul corak bulunya! Macam eksklusif sangat tengok dia berjalan kat laman. Hmm... nak teka bilangan anak ayam kampung dalam gambar tu macam ada 5 @ 6 ekor ya? Hehe. Semoga projek Etuza Garden ni berjalan lancar dan tak sabar nak tengok hasil penuh nanti.

    BalasPadam
  9. Tak jelas pula nak kira anak ayam tu disebalik watermark. Wah meriahnya taman banyak pokok bunga. Meriah bunga pokok kertasnya.

    BalasPadam
  10. Comey gebu jer tgk ayam betina baka arab tu.. kalau ayam ada mesti jadi musuh pd tanaman sebab kena patuk selalu.. seronok tgk tanaman dgn ayam tu..

    BalasPadam
  11. Goof luck untuk Taman Etuza.
    Saya kira ada 6 anak ayam kampung.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.