Buah tangan rakan guru travel ke Korea.



Korea' s unique traditional clothes.

Jumaat, pada 26.06.2026, tiba-tiba diberikan hadiah ( buah tangan, ole-ole ) katanya dari Korea. Selama 5 hari melancong di Korea. Mereka pergi sekeluarga.Rupanya di sekolah Etuza ada dua orang pergi melancong keluar negara. Cikgu Rissa dan keluarga pergi Korea dan Ustaza Fiona sekeluarga pula pergi melancong ke Batam, Indonesia.

Rasa happy saat menerima hadiah dari Korea dari Cigu Rissa. Hadiah itu untuk dijadikan penanda muka surat pada buku bacaan yang kita baca. Etuza ada bertanya kepada Ustaz, bolehkah gunakan penanda buku dari Korea untuk al quran yang mana hingga ke muka surat kita baca letak penanda ini. Ustaz memberi respon boleh saja tiada masalah. Alhamdulillah, nampaknya akan Etuza gunakan penanda muka surat al- quran. InshaAllah. Kepada Cikgu Rissa terima kasih atas pemberian yang berguna dan ada manfaatnya ini. Alhamdulillah.