Penanda Muka Surat Buku Dari Korea.

Buah tangan rakan guru travel ke Korea.



Korea' s unique traditional clothes.

Jumaat, pada 26.06.2026, tiba-tiba diberikan hadiah ( buah tangan, ole-ole ) katanya dari Korea. Selama 5 hari melancong di Korea. Mereka pergi sekeluarga.Rupanya di sekolah Etuza ada dua orang pergi melancong keluar negara. Cikgu Rissa dan keluarga pergi Korea dan Ustaza Fiona sekeluarga pula pergi melancong ke Batam, Indonesia.

Rasa happy saat menerima hadiah dari Korea dari Cigu Rissa. Hadiah itu untuk dijadikan penanda muka surat pada buku bacaan yang kita baca. Etuza ada bertanya kepada Ustaz, bolehkah gunakan penanda buku dari Korea untuk al quran yang mana hingga ke muka surat kita baca letak penanda ini. Ustaz memberi respon boleh saja tiada masalah. Alhamdulillah, nampaknya akan Etuza gunakan penanda muka surat al- quran. InshaAllah. Kepada Cikgu Rissa terima kasih atas pemberian yang berguna dan ada manfaatnya ini. Alhamdulillah.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Waah cantiiiiik bookmark nya 😍😍😍. Saya pun suka mengoleksi bookmark seperti ini 😄👍

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, seronoknya bila ada rakan sekerja yang ingat kat kita masa travel. Comel dan unik betul penanda buku tradisi Korea tu! Memang sesuai sangat buat penanda Al-Quran, jadi lebih bersemangat nak mengaji hari-hari.

    BalasPadam
  3. cantiknya bookmark tu...Alhamdulillah, rezeki

    BalasPadam
  4. cenderahati korea cantik-cantik cikgu dan kadang buatan tangan. Yang best sebab tradisional buatan dia. Kalau dapat sudu atau set sudu lagu best cikgu sebab sudu dia cantik dan lebih panjang dari yang biasa kita beli. Saya dulu borong set sovenir set sudu. habis duit beli sovenir

    BalasPadam
  5. cantiknya penanda buku ni! sesuai utk dijadikan buahtangan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. cantik penanda buku

    BalasPadam
  7. Banyak betul pahala Cikgu Rissa sebab Cikgu Etuza guna untuk tanda al-Quran. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. Wahhhhh cantiknya bookmark dari Korea itu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.