Hari ini 04.06 bersamaan Khamis, kami sekeluarga menggunakan dua kenderaan melakukan perjalanan jauh ke Kundasang Ranau, Sabah. Perjalanan darat antara Keningau ke Tambunan dan Ranau. Memang agak lama Etuza tidak ke Ranau khususnya ke Kundasang kerana tidak merasakan ada keperluan ke Ranau, setelah anak menamatkan zaman persekolahan mereka di SMK Agama Muhammad Ali Ranau.
Hari ini, memandu kereta menuju ke Kundasang, di mana kami menginap di Homestay Kumawanan Homestay no 3. Memandu ke Ranau agak mencabar apabila keadaan Jalan Raya bersimpang siur dan berlubang serta lantai jalan raya tidak rata dan berlubang akibat selalu mengalami gegaran dan bukit yang mampat akibat kesan air dari bukit tinggi. Pemanduan harus hati - hati semasa menuruni bukit dan lurah jalan yang bonjol dan agak berbatu akibat permukaan bertar terkoyak.
Kami singgah mengalas perut di Suraya Cafe 2 Liwagu kerana sebelah permis makan ini ada Sungai Liwagu yang masih terjaga kebersihan dan batu-batu yang melata di dalam Sungai Liwagu. Kami masing-masing meminta menu pilihan masing-masing. Menjamu selera di Suraya Cafe 2 Liwagu nampaknya kami merasa puas hati dari segi rasa makanan, kuantiti makanan dan layanan yang sopan dari pelayan. Alhamdulillah, selesai makan tengahari kami ambil gambar kenangan. Alhamdulillah kami sampai di Homestay Kumawanan No 3 tepat jam 5.30 minit petang.
Sebelum ke Kundasang kami singgah membeli bahan mentah untuk di masak di Homestay. Kami berniat untuk terus berehat dalam Homestay dan esok akan melakukan aktiviti riadah ke tempat-tempat yang menarik. Kepada teman blogger dan pembaca senyap kami kongsikan gambar kala berada di Pekan Ranau, Sabah dan dalam perjalanan memandu ke Kundasang.

1 Ulasan
Teringin nak pergi Sabah. Cantiknya Sabah.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.