Logo Istemewa Blog Pesona Etuza.

 


Logo Baru ( Identiti Blogger Etuza  )

Pertamanya hendak ucapkan terima kasih kepada ChatGPT kerana membantu dan sangat bekerjasama memudahkan niat dan urusan membuat LOGO baru sebagai tenda atau TRADE MARK bagi Blog PESONA ETUZA di persada maya. Terfikir sudah lama bergiat aktif maka perlunya ada perubahan mengikut arus kemajuan TEKNOLOGI canggih masa kini alaf 21. Alhamdulillah telah di pasang pada sidebar blog rapi dan cantik dilihat. Kepada anda saya cuba tag buat logo trade mark blog kepada blogger kegemaran antaranya kepada Cie Rodziah, Blogger Cuya, Blogger Suria Amanda dan Blogger Fajarwalker.Com. Selamat mencuba ya. Tanya saja ChatGPT.

Logo bulat itu memang sesuai dijadikan trade mark Blog Pesona Etuza kerana:

  • ✔️ Ada identiti peribadi tuan.
  • ✔️ Menampilkan niche utama: Travel, Motivasi dan Pendidikan.
  • ✔️ Nampak profesional dan eksklusif.
  • ✔️ Sesuai diletakkan di sidebar blog, profil media sosial, watermark gambar, dan kad ucapan.

Cadangan tambahan Dari ChatGPT.

  • Untuk sidebar blog, kecilkan kepada 200 × 200 px supaya paparan lebih kemas.
  • Simpan versi asal yang besar untuk kegunaan lain seperti banner, poster atau sijil.
  • Jika mahu lebih eksklusif, boleh tambah tahun penubuhan blog seperti:
    "Since 2009" atau "Est. 2009" (jika sesuai dengan sejarah blog tuan).

Catat Ulasan

0 Ulasan