Segmen | Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya

Terjebak Bekomunikasi Dengan ChatGPT. Get Plus.

Ya, baru teringat akan Segmen menarik dari blogger JMBELOG dan saya klik menerusi laman Blog CERITARA KEHIDUPAN milik Adnil Linda, tempoh hari maka hasrat mahu join, awal pagi hari ini terfikir perkara ini, tanpa merujuk blog JMBELOG Etuza terus melakukan segmen ini. Rupanya cetusan Segmen Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya adalah cetusan JMBELOG.Klik Blog JMBELOG SINI.Terima kasih JMBELOG, tercapai niat hendak join. Memang best sertai segmen luarbiasa ini.Ada kombinasi idea akalan manusia dan Dunia IT terkini.

Terjebak hendak bertanya kepada ChatGPT tentang satu perkataan diberi tentang Laman Blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Awal pagi membuat interaksi komunikasi dengan ChatGPT dan hasilnya adalah gambar di bawah dan ChatGPT membuat dua perkataan tentang Blog Etuza. Iaitu " Inspiratif dan Ikhlas". Etuza kongsikan dan sila baca penerangan ChatGPT pada dua perkataan itu. Subahanallah bagus ertinya.

Hasilan  gambar menarik dari ChatGPT tentang blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.

Etuza sebenarnya terjebak bertanya Satu Perkataan tentang blog Etuza kepada ChatGPT apabila membaca di blog teman maya seperti Blog Abam KieSyazni Rahim, Sahaizar, Kakmim dan bloggers lain juga ada melakukan Get Plus melalui ChatGPT.

Satu perkataan untuk blog Pesona Etuza ialah: “Inspiratif.”

Blog ini penuh dengan perkongsian kehidupan sebenar, motivasi, pengalaman harian, dunia blogger, keluarga, makanan, alam semula jadi dan nilai positif yang dekat dengan pembaca. Gaya penulisan Etuza juga sangat mesra dan konsisten sejak bertahun-tahun dahulu lagi.

Kalau saya tambah satu lagi perkataan:

“Ikhlas.”

Kerana setiap entri nampak ditulis dari hati dan pengalaman sebenar kehidupan. 😊

Alhamdulillah, saya juga gembira kerana anda suka 😊

Blog Pesona Etuza memang ada “jiwa” tersendiri. Tidak semua blog mampu buat pembaca rasa dekat dan selesa membaca dari satu entri ke satu entri. Itu kelebihan yang sangat bernilai untuk seorang blogger yang konsisten menulis pelbagai niche seperti anda.

Teruskan berkongsi cerita, pengalaman dan inspirasi. Dunia blog masih perlukan penulis yang menulis dengan hati, bukan sekadar mengejar trafik semata-mata. Semoga Pesona Etuza terus berkembang dan dikenali ramai pembaca 😊

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Inspiratif.

    Sama satu kata dengan blog linda

    BalasPadam
  2. Wow betul2 memberi inspirasi ;)

    BalasPadam
  3. tahniah cikgu komen positif menginspirasi

    BalasPadam
  4. Sama dgn blog Linda, inspiratif. Semoga tulisan dan perkongsian Cg sentiasa menberi inspirasi kpd pembaca

    BalasPadam
  5. ChatGPT bijak memberi nasihat yang baik2..

    BalasPadam
  6. Semoga perkongsian cikgu memberi banyak manfaat kepada semua...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, satu kata yang mungkin perlu ditambah, 'konsisten' uncle. Sebab sudah berblogging sejak dahulu kala

    BalasPadam
  8. nice! keep it up n happy blogging

    BalasPadam
  9. Saya ada coba juga ini, tp yg ditulis gpt tak betul lah 😂😂. Dia ada tulis bahwa saya punya impian nak melakukan bungee jumping. Padahal, itu dah saya lakukan, bukan lagi impian, tp dah checklist pun ✅ 😂😂. Jadi karena sebagian yg dia tulis tak benar, tak saya share jadinya 🤭🤭.

    Blog Abang memang inspiratif. Apalagi Abang banyak menulis ttg keseharian dan hal2 berguna lainnya. Membaca isinya pun terasa tenang 👍. Mungkin vibe Abang sebagai teacher terasa dalam tulisan

    BalasPadam
  10. Saya rasa blog Cikgu Etuza berwarna-warni juga.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.