| Ada yang menyambut hari ulang tahun kelahiran..di raikan di Restoran Mewah Cirta Dilight, Keningau. |
| Kakak belikan kek hari lahir buat adik bongsu..alhamdulillah. |
| Kasih Sayang seorang ibu tiada tara..ibu adalah permata hati, anak-anak adalah permata hati ibubapa. |
| Ibu ratu hatiku, anak-anak permata hati.. |
Gembira, Bahagia Bersama Permata Hati.
Bersiaran lagi di wall blog. Agak sepi dan tidak berkesempatan untuk terjah blog sendiri. Bukan tidak berminat untuk menulis, tetapi kesibukan dan masa begitu cemburu, di mana ada ada saja hendak dibuat disiang hari.
| Kegembiraan kebahagiaan terlihat dari senyuman..senyuam itu sedekah terindah tidak berbayar, tetapi dibeli dengan rasa bahagia dan gembira melihat. |
| Abadikan kenangan bersama insan yang disayangi, dikasihi. |
| Tekak segar sekali setelah menikmati minuman ini..Alhamdulillah. |
Apa Dibuat Sebaik On Blog?.
Ya memang happy bila on blog, yakni kita log in ke laman blog kita. Terpapar semua pintu-pintu khas wall blog, klik ulasan dan sebagainya. Etuza pertama kali nak baca catatan sendiri, aduhai ada saja typo kesilapan ejaan yang membuat hati tidak tenang, malu pun ada. Ok, segera dibaiki, maaf kepada semua pembaca dan TEMAN BLOGGERS yang PRIHATIN hal ejaan ini. Maaf sekali lagi.
Keduanya membaca blog kawan-kawan bloggers, blog yang di sukai atau digemari. Dan paling gemar BLOGGER yang tidak sombong, riang dan sangat setia dengan persahabatan maya. Blogger yang mendiam dan mungkin tidak lagi merasa ada keperluan dengan blog kita, mungkin perlahan akan kita lupa dan tidak akan klik lagi blog dia. Kerana kehadiran kita di blognya tidak di perdulikan lagi.
Ketiganya, memberikan komentar di blog teman bloggers, sejujurnya tidak semua dapat klik atas masa begitu cemburu dengan ada -ada saja kerja di hadapan.Komen akan kemudian dan mohon maaf andai ada blog tidak terjah, pasti akan terjah dan drop komen setelah membaca catatan anda. Jika lambat terjah blog sahabat, mohn dimaafkan.
Keempat, mulai memikirkan apa tajuk catatan di wall blog sendiri. Memikirkan Kata Kunci tajuk di wall blog agar, kononnya hendakkan paparan blog laju apabila kita gunakan Kata Kunci yang padu di blog ini.Tajuk ringkas padat, katanya punca blog cepat di klik di alam maya.Tapi selalunya Tajuk Blog Etuza agak panjang. Tidak berapa pakar hendak catat tajuk ringkas, kerana Etuza merasa ayat tergantung jika ringkas sangat tajuk pada pengatas catatan kita di blog.
Kelima, ucapan Terima Kasih dalam hati kepada GOOGLE dan semua pembaca maya yang sudi mambaca di laman Etuza ini. Terima Kasih teristemewa yang selalu datang dan gigih mendropkan komentar pada setiap sesi catatan di blog Etuza. Sungguh saya AMAT menghargainya. Kadang saya fikirkan untuk khuhsuskan masa hendak membalas komen atau membuat komen di blog sahabat bloggers setelah selesai membaca, tetapi belum menemukan masa yang paling tepat, melainkan klik dan klik semasa bersamaan menaikkan catatan di wall blog ini.
Hakikitnya kita ketandusan masa berlama-lama di blog. Maafkan saya jika belum klik blog anda. Kehadiran anda amat menyuburkan semangat dan menyemarakkan kegembiraan dan rasa bahagia bila membaca komentar anda semua. Terima kasih sedalam-dalamnya kerana anda menymbangkan rasa kegembiraan Etuza meneruskan karya di blog personal ini. Semoga kita semua tetap diberikan akal fikiran yang waras dan dapat fikirkan idea yang bernas di blog sebagai paparan bertajuk di wall blog kita sendiri.Aamiin.
| Istemewa untuk anak permata hati " HAPPY BIRTDAY to you" SEMOGA SENTIASA SIHAT, CERIA DAN CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.Aamiin. |

17 Ulasan
Selamat Hari Jadi buat anak cikgu.
BalasPadamSemoga sentiasa cemerlang dunia dan akhirat . Aamin
selamat hari lahir buat anak cikgu. semoga sihat selalu.
BalasPadamPokcik sentiasa hadir baca.. terbaik dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat anak semoga terus cemerlang..
BalasPadamHappy Birthday permata hati ayah ibu. Moga cemerlang dunia akhirat. Berkumpul dengan keluarga memang saat yang paling seronok
BalasPadamyang keempat tu selalu menghantui... susah betul nak mencari tajuk yang sesuai..
BalasPadamselamat menyambut ulang tahun buat anak yang bongsu...semoga menjadi anak seolehah, penyejuk mata...aamin
Wah, ikut senang melihat kehangatan yang terjalin antar anggota keluarganya uncle.
BalasPadamSelamat ulang tahun juga yaa tuk nak cikgu. Semoga sehat dan sukses selaluuu. Amiiin
Happiest birthday buat anak bongsu cikgu.
BalasPadamSanah helwah utk anakanda Cg.
BalasPadamKadang sempat baca saja, tak sempat tinggalkan jejak. Begitulah, masa sentiasa mengejar
Selamat Hari Lahir buat anak cikgu. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
BalasPadamBila blogwalking, singgah mana yang sempat sebab dalam masa menjengah blog, ada kerja lain yang menanti. Juga mohon maaf jika tidak sempat singgah di blog kawan-kawan.
Kecik2 dah dilatih pakai kopiah... terbaik!
BalasPadamSelamat hari lahir buat anak bongsu Cikgu. Seronoknya dia dapat menyambut hari lahir dengan keluarga tersayang 😊
BalasPadamHappy belated birthday buat permata hati. Semoga riang dan sihat selalu.
BalasPadamsanah helwah buat anak cikgu, moga sihat selalu dalam Rahmat Allah sentiasa
BalasPadamHappy belated birthday untuk anak Abang Etuza yaaa 🎉🎉🎉.
BalasPadamBlog ini sarana silaturahmi di alam Maya. Krn itu saya tetap suka membaca blog teman2, laku berkomen . Harap2 bisa menambah pertemanan juga. Tp bagi teman2 yg tak sempat singgah, itupun tak apa. Paham, Krn banyak di antara kita yg memang sibuk kegiatannya ☺️. Jangan diambil berat jika memang tak sempat
Selamat hari lahir buat anak bongsu cikgu...semoga dirahmati allah semuanya...
BalasPadamHappy beday to anak cantik, Cikgu Etuza. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
BalasPadamprecious moment indeed. happy bday to ur daughter
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.