Undangan Perkahwinan Di Kasturee Vanue Keningau Lagi.

Kedua mempelai beramah mesra dengan tetamu dari meja ke meja
lalu menuju ke pentas pelamin.Selamat pengantin beru kepada pasangan 
pengantin.

Undangan Perkahwinan Di Kasturee Vanue Lagi.

Asalamualaikum semua, apa khabar ? dalam beberapa hari tidak sempat update blog ini. Kesibukan rutin kehidupan membantut acara acara online. Pasti ada yang tertanya kenapa sunyi blog Etuza ini.

Kesempatan awal pagi ini, updated blog menerusi paparan Undangan Perkahwinan anak lelaki saudara sepupu Rapini Hj Arinen yang bertempat di Kasturee Vanue lagi. 12.04.2026 acara persandingan Taheen dangan wanita pilihannya Nadia berlangsung meriah dan kehadiran tetamu jemputan yang memenuhi ruangan meja ke meja di dalam dewan terbuka ini. Kemeriahan berlaku apabila sanak saudara saudara sepupu jauh dan dekat membanjiri kawasan Dewan Kasturee Vanue.Kehadiran tetamu yang ramai pada Etuza harus disyukuri, pasti ramai dari kelangan keluarga mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke JannahNya.

Etuza bersama suri hati dan ipar dua orang serta keluarga adik beradik juga datang menyantuni acara perkahwinan Tahreen dan Nadia. Bertemu berbual mesra dengan saudara lain kemudian mengambil gambar kenangan di majlis perkahwinan ini.Semoga Tahreen dan Nadia bahagia dan gembira , ceria serta sentiasa ada kesabaran dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan rukun dalam kehidupan berumah tangga ini.

Jemputan mereka bermula jam 1.00 petang dan berlangsung hingga ke malam pada jam 7.00 malam. 


Sempat mengambil gambar ..kenangan..
Selamat Pengantin Baru kepada Tahreen & Nadia
pada 12.04.2026.





Keluarga Tahreen serba hijau muda di atas pentas pelamin,abadikan kenagan
bersama keluarganya.

Berjumpa dengan ramai keluarga, alhamdulillah tertunai hajat 
menghadiri perkahwinan anak lelaki saudara Rapini Hj Arinen.




Catat Ulasan

0 Ulasan