| Kedua mempelai beramah mesra dengan tetamu dari meja ke meja lalu menuju ke pentas pelamin.Selamat pengantin beru kepada pasangan pengantin. |
Undangan Perkahwinan Di Kasturee Vanue Lagi.
Asalamualaikum semua, apa khabar ? dalam beberapa hari tidak sempat update blog ini. Kesibukan rutin kehidupan membantut acara acara online. Pasti ada yang tertanya kenapa sunyi blog Etuza ini.
Kesempatan awal pagi ini, updated blog menerusi paparan Undangan Perkahwinan anak lelaki saudara sepupu Rapini Hj Arinen yang bertempat di Kasturee Vanue lagi. 12.04.2026 acara persandingan Taheen dangan wanita pilihannya Nadia berlangsung meriah dan kehadiran tetamu jemputan yang memenuhi ruangan meja ke meja di dalam dewan terbuka ini. Kemeriahan berlaku apabila sanak saudara saudara sepupu jauh dan dekat membanjiri kawasan Dewan Kasturee Vanue.Kehadiran tetamu yang ramai pada Etuza harus disyukuri, pasti ramai dari kelangan keluarga mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke JannahNya.
Etuza bersama suri hati dan ipar dua orang serta keluarga adik beradik juga datang menyantuni acara perkahwinan Tahreen dan Nadia. Bertemu berbual mesra dengan saudara lain kemudian mengambil gambar kenangan di majlis perkahwinan ini.Semoga Tahreen dan Nadia bahagia dan gembira , ceria serta sentiasa ada kesabaran dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan rukun dalam kehidupan berumah tangga ini.
Jemputan mereka bermula jam 1.00 petang dan berlangsung hingga ke malam pada jam 7.00 malam.
| Sempat mengambil gambar ..kenangan.. |
| Keluarga Tahreen serba hijau muda di atas pentas pelamin,abadikan kenagan bersama keluarganya. |
| Berjumpa dengan ramai keluarga, alhamdulillah tertunai hajat menghadiri perkahwinan anak lelaki saudara Rapini Hj Arinen. |

11 Ulasan
Mula petang eh? Selalu buat pagi atau malam.
BalasPadamSemoga berbahagia pengantin baru ke Jannah. Amin.
selamat pengantin baru buat kedua mempelai.
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSelamat berbahagia buat kedua-dua mempelai.
cantik dan hensem pasangan mempelai..bagai pinang dibelah dua gitu
BalasPadamselamat pengantin baru kepada kedua mempelai
BalasPadamCantik pengantin dalam busana kelabu...sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah 2
BalasPadamAda alasan khusus kah memakai kacamata hitam di dalam ruangan? Cuma penasaran saya saja 😅. Krn di sini tak biasa melihat orang memakai sunglasses hitam di dalam ruangan 😅
BalasPadamApapun untuk kedua mempelai semoga menjadi pasangan yang selalu rukun, diberkati pernikahannya, semakin banyak rezeki halal yg didapat dan dikaruniakan keturunan yg baik dan taat.
Tahniaah. Sungguh cantik dan hensem sekali yaa pasangan mempelainya. Dan acaranya pun terbilang megah, istimewa. Semoga sakinah mawaddah warahmah selalu tuh keduanya.
BalasPadamsemoga kedua mempelai bahagia till jannah...seronok dan bahagia tengok orang kahwin
BalasPadamPelamin cantik..mempelai pengantin sama padan ..smaa cantik
BalasPadamSemoga ceria dan bahagia sentiasa hingga ke syurga amin..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.