Pagi Khamis Mengurus Tanaman Bunga Kertas Di Laman.
Hari ini cuti peristiwa Good Friday, cuti sekolah nampaknya hari khamis dan Jumaat serta hujung minggu Sabtu dan Ahad. Awal pagi sesudah subuh, dalam jam 6.00 pagi mkeluar rumah menuju ke laman. Melihat lihat, kawasan mana dan pa a kerja yang hendak dibuat dahulu.Etuza awal pagi bangun pagi se awal jam 4.00 pagi untuk bersahur menunaikan puasa ke 2 hari di Bulan Syawal.Syukur kepadaNya kerana diberikan kesempatan berpuasa di Bulan Syawal.
Di laman memang banyak kerja hendak dibuat. Pasu pasuan yang mempunyai rumput perlu dibersihakna tanah di gambur dan diletakkan baja subur dan menyiram anak pokok bunga kertas. Pasu-pasuan agak pudar cat putih, perlu dicat putih semula agar pasu nampak bersih baru dan menarik. Laluan jalan menuju ke lorong lorong tanaman Bunga Kertas juga rumput semakin panjang dan perlu ditrim rumput tersebut agar napak kemas dan cantik landscap di laman Etuza.
Anak pokok bunga kertas dari bayung dan dari pasu kecil perlu ditanam dan dipindahkan ke pasu yang besar dan sesuai.Pasu-pasu besar yang belum di masukkan tanah perlu di buat agar pembelian pasu berbaloi apabila diguna semua pasu yang sudah bertahun belum dimasukkan tanah.Memang bayak kerja yang sepatutnya dilakukan.
ID Bunga Kertas Tanaman Baru DiLaman Etuza.
Tanaman baru Bunga Kertas di laman Etuza, memilih bunga kertas yang berbunga rimbun walaupuan ID Bunga Kertas adalah produk lama tetapi kini tidak menghampakan apabila bunga kertas berbunga lebat terutama di musim panas.
ID Bunga Kertas tanaman baru ialah:
1. Id Queen Roxie ( Bunga keemasan )
2. Id Eva Pink Daun Batik.(Bonzai)
3. Id Surat Khabar Mix Daun Batik Dan Daun Hijau.
Kerja-Kerja Di Laman Hari Ini.
1. Membuang rumput di pasuan bunga.
2. Gembur kan tanah di pasu.
3. Meletakkkan baja subur dan sedikit baja berbuah atau baja bunga.
4. Menyiram anak pokok bunga kertas di pasuan.
5. Meletakkan bahan organik cocopit atau serbuk kelapa sebagai agen penyuburan.
6.Menyusun atur pasu-pasuan, agar lebih kemas dan menarik.
Alhamdulillah dapat melakukan kerja-kerja di laman walaupun berpuasa. Panas cahaya matahri setelah menjelang jam 11 pagi serta jam 12.00 tengahari sehingga kedengaran Azan Zohor barulah Etuza naik ke dalam rumah untuk menuiakan solat Zohor.

10 Ulasan
berbunga cantik semuanya. daun pun cantik ada 2 warna.
BalasPadamcantik semua bunganya... saya tak berapa menjadi tanam bunga kertas... bunganya pun tak keluar banyak
BalasPadamCantik semuanya!
BalasPadamcantik2 semuanya! terapi mata sgt! salam 14 syawal utk cg etuza
BalasPadamcantik semua warna bunga kertas koleksi cikgu
BalasPadamBunga yang berwarna merah, mengingatkan saya terhadap rumah Almarhum Kakek Nenek aya dahulu kala. Dulu kala saya masih kecil, sering sekali saya membantu merawat dan menyiram tanaman tersebut. Ya Allah.. Alfatihah.
BalasPadammakin berseri2 laa halaman rumah ya👍
BalasPadamWah... seronoknya tengok bunga-bunga kertas yang mekar di laman rumah cikgu Etuza. Macam-macam jenis dan warna ada. Berseri-seri rumah kalau ada bunga-bunga yang cantik.
BalasPadamBunga kertas memang cantik..SA suka semua warna..dulu arwah mak ada tanam...suami dan SA plan nakntanam bunga kat rumah x lama lagi..harap2 boleh selitkan bunga kertas juga nanti...
BalasPadamCantik berwarna warni pelbagai spesies pokok bunga kertasnya. Terapi mata ni
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.