Tidak Berbaloi Cukur Misai Masih Tersenarai Dalam Rutin Harian.

Gambar ketika Umrah 2019,tak cukur misai masa itu.

Misai Lelaki Mulai Tumbuh Bila Suara Garau ( Petanda Baligh Lelaki )

Kali ini entri adalah berkisar tentang hal lelaki berkaitan misai. Belum lagi hal janggut lelaki dan bulu lain iaitu jambang lelaki. Harap boleh terima blogger wanita tentang entri ini, dan tidak merasa janggal membaca entri ini, kerana agak lain dan mungkin tiada berkaitan dengan kehidupan wanita. Sesiapa para wanita yang ada anak lelaki mungkin enrti Etuza boleh mengingatkan anda bahawa anak lelaki anda juga akan alami situasi yang Etuza alami ini.Semoga entri ini ada juga manfaatnya.

Lelaki mulai tumbuh misai halus dan nampak kesan jelas hitam pada atas bibir kerana terbit alur misai hitam pada wajah lelaki yang mulai baligh. Selain suara garau lelaki sebagai tanda mulai baligh akan ada tanda lain seperti mulai tumbuh misai halus pada wajah. Dahulu, Etuza agak risau apabila tumbuh misai halus dan mulai mencabut satu persatu. 

Tetapi perlakuan mencabut bulu halus itu segera Etuza hentikan apabila mak dan ayah tegur, selain Etuza rasa amat sakit bila bulu misai atas bibir terasa amat sakit dan ada kesan merah bila dicabut secara paksa. Kata mak dan ayah cabut bulu misai tak baik, kerana akan menjadikan penglihatan mata cepat kabur, lebih baik biarkan saja, kerana itu tanda lelaki baligh kata ayah dan mak. 

Etuza masa itu selalu memencilkan diri kerana risau nampak bulu di kaki juga mulai tumbuh panjang dan mulai banyak. Keganjilan itu tambah lagi terasa apabila suara garau dan sukar nak bercakap.Bila ustaz di sekolah bercerita tetang proses lelaki baligh barulah faham, Etuza bukan lagi kanak-kanak tetapi semakin meningkat remaja. Lucu sekali bila ingat kisah lalu zaman baligh dan meningkat remaja.

Pengalaman Cukur Misai Tahun 2026.

Sebelum pergi umrah dan sehari sebelum flight ke Arab Saudi, Etuza nekad cukur misai. Misai tak tebal pun, misai ala kadar saja dan semakin bertukar ke misai putih dalam usia Etuza kini. Misai ada yang putih tanda lelaki kian berusia dan itu normal bagi lelaki bermisai. Etuza sebenarnya sejak remaja membiarkan misai tumbuh dan nampak sangat hitam misai Etuza apabila menjelang umur 30an. Nampak kemas dan memang Etuza jaga rapi dengan cara hanya guting pendekkan dan kemaskan agar tidak melimpasi bibir.

Etuza cukur misai atas faktor:-

1. Misai semakin banyak putih dari hitam.
2. Ingin mengurangkan kerja kemaskan wajah, di mana bila cukur misai tidak ada lagi acara menggunakan pisau cukur dengan kerap. Maka akan cepat beribadah di Mekah dan Madinah nanti semasa UMRAH.
3. Wajah akan kelihatan lebih bersih.
4. Tidak lagi perlu rapikan misai setiap awal pagi.

Tidak Berbaloi Cukur Misai, Perit Dan Sakit  Terasa.

Rupanya anggapan Etuza bila tidak bermisai meleset dan diluar jangkaan. Kenapa Etuza kata tidak berbaloi cukur misai?. Esok pagi bila bangun dan selepas mandi, Etuza melihat misai Etuza kembali tumbuh dan kesan bulu berputik kembali dengan cepatnya tumbuh. Etuza sentuh kasar dan agak sakit bila di ulis dengan jari.Lalu Etuza ambil pencukur misai dan cukur misai yang mulai tumbuh. Tetapi apa yang berlaku kulit terasa sakit semua bahagian yang ditumbuhi misai ( kumis ). Ada kesan luka berdarah dan sangat sakit bila Etuza bersihkan  menggunakan air atau tisu basah. Baru Etuza sedar cukur misai atau kumis setiap hari menjadikan kulit Etuza sentiasa perit dan sakit serta ada kulit tercalar akibat mata pencukur yang tajam. 

Baru lah Etuza tahu rupanya lebih baik misai tidak perlu dicukur, biarkan dan hanya gunting kemaskan sahaja agar tidak cecah ke bibir. Gunting kumis yang agak panjang tidak sakit berbanding mencukur misai seolah hendak hapuskan misai yang tumbuh. Kepada semua lelaki yang bermisai mungkin ada juga yang alami seperti yang Etuza alami. Dan tidak nafikan juga ada yang mencukur misai tidak merasa sakit seperti yang Etuza alami kerana menggunakan alat pelembab pada aluran kumis pada wajah.Dan telah menjadi kebiasaannya mencukur misai. Pada masa ini, misai Etuza kembali tumbuh dan membiarkan sahaja kerana Etuza tidak berapa menyukai bila mencukur misai ada kesan luka dan berdarah terasa pedih dan sakit. Itulah sebab Etuza katakan TIDAK BERBALOI MENCUKUR BERSIH MISAI INI.Sebelum keluar anda Klik SINI baju kurta lelaki. Murah jual di Shopee.
Infor Zakat juga anda boleh klik SINI.

Gambar berpakaian tradisional Sabah.

                          Gambar umrah kali pertama 2019, rambut dicukur ..tapi misai tak cukur                                                                      
Gambar kenangan bersama anak sulung lelaki. Nampak ceria bermisai..

Bersama salah seorang Jemaah Umrah dari Semenanjung Malaysia.Hj.Yakob namanya.
Wajah bila tiada misai.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. CIkgu itu kan memang kejadian yang Allah beri khas buat orang lelaki

    BalasPadam
  2. bila cukur tumbuh baru lebih kasar kan cikgu? tajam pula tu haha.anak kecil pasti mengelak dari digomol jika ada orang yang misai baru nak naik semula sebab tajam(ni saya la zaman kecil dulu).

    BalasPadam
  3. Misai kena cukur, janggut kena simpan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.