Sajian Makanan Di Hotel Elaf Al Khair, Mekah Melakar Rindu Di Nubari Ini.

Melihat gambar ini, teringat kemeriahan kami Jemaah Umrah yang menginap di Elaf Al Khair, Mekah.

 Sajian Makanan Di Daining Hotel Elaf Al Khair Mengundang Kerinduan.

Salam Ramadan kali ke 28 Ramadan.Catatan ini bertarikh 17 hb Mac 2026. Melihat banyak gambar di galary phone terasa ada kerinduan apabila melihat berbagai sajian di tempat makan kami di Hotel Elap Al Khair di Mekah semasa mengerjakan Umrah.

Lebih rindu bila bersma dengan semua jemaah Umrah, tersenyum berbual dan kadangkala kongsikan pengalaman semasa berada di Tanah Suci Mekah dan di Masid Nabawi, Madinah.Namun Etuza banyak menyimpan cerita dan pengalaman sendiri kerana bukan semua perlu di ceritakan demi mengelak pandangan dan tanggapan atau tafsiran seseorang. 

Hakikat manusia ini, punya sekeping hati yang tidak sama, ada yang terbuka meneria, ada yang tak sependapat, ada juga yang buruk sangka dan ada yang berfikiran positif. Justeru Etuza ambil jalan tengah iaitu kurangkan bercerita demi menjaga hubungan baik dengan ramai orang. Biarlah hanya Dia yakni Allah yang tahu cerita pengalaman dan pengetahuan yang Etuza alami. Bukan lokek ilmu dan pengalaman, tetapi bukan semua orang terima cerita kita, itu sebabnya kita simpan cerita yang agak ajaib, pelik dan membuat kita tertanya-tanya.

Hal Juadah Makanan Semasa Umrah.

Bagi saya yang biasa dengan makanan kampung, dan duduk di kampung, apa saja makanan Etuza terima dan makan dengan berselera. Apatah lagi makanan semasa Umrah, semua sajian adalah halal dan tidak ada keraguan pada penyediaan sajian makanan itu. Hanya soal rasa masin dan tawar itu normal juga pada Etuza. Memang hal makanan Etuza tidak pernah komen, walaupun ada di kalangan kawan-kawan terus terang makanan kali itu kurang enak, masin dan sebagainya. Etuza biasa tersenyum dan seperti biasa makan dengan penuh selera. 

Jemaah umrah kena makan juga kerana bekalan tenaga untuk mengerjakan Umrah amat di perlukan.Umrah ini banyak lakukan pergerakan dengan cara berjalan kaki. Langkah kena cepat dan hati-hati. Soal siapa masak, suku arab ke, orang Indonesia kah, orang dari mana Etuza tidak ambil tahu kerana semuanya Islam dan sama saja di sisi Allah. Tambahan lagi sajian makanan adalah yang kita sangat biasa memakannya di Malaysia. Cuma jika hendak makan lauk lain seperti daging Unta, kita kenalah gerak ke restoran melontar rial baru dapat makan danging unta hari-hari.Terinta kawan bagi lauk daging unta semasa Umrah, dapat lah Etuza makan daging unta. Rindunya dengan kawan yang baik hati.

Hidangan Makanan Menjadi Dua Set, Mulanya Keliru.

Daining room makan kami makan bertanda R bermaksud Restoran, so, kena tekan R pada pintu lif baru sampai ke RTempat makan. Mulanya ada dua set, dan langsung Etuza cuba kaut nasi dan masa itu memang lapar sangat. Tiba-tiba di tegur " haji ini bahagian Jemaah Umrah dari Indonesia ya" " Yang ini Jemaah Umrah Dari Malaysia" Pelayan lelaki berbaju T' Sihrt merah memberitahu. patut ada leval Malaysia atau Indonesia. Dan ternyata bukan Etuza sahaja yang keliru tetapi hampir semua, bila Etuza lihat jenis sajian memang ada perbezaan. Kadang jemaah Indonesia ada hidangan koropok dan sajian untuk Malaysia ada buah pisang dan ada tambahan telur rebus. Berbeza kan.

Keesokan harinya datang ke R tempat makan sudah ada leval bertanda Malaysia dan ada Indonesia. Penat agaknya pelayan itu menegur. Tapi ada juga yang terlanjur ambil menu di sajian Indonesia. Pelayan hal akhirnya redah dan buat tak tahu dah.Hahaha..halal semua. Dah pun bayak pakej makan di R Restoran Elap Al Khair.

Adab Manjamah Makanan 

Pertama kali setiap melihat sajian yang dihidang Etuza akan berzikir Subahanallah dan baca selawat dan alhamdulillah, syukur nikmat makan yang sangat lazat dan menombulkan selera. Segalanya disediakan dengan bersih dan kemas teratur meja dan kerusi serta berhawa dingin ada aircond. 

Baca bismilah dan sambil selawat ketika menyedok atau kaut makanan nasi dan lauk yang disajikan. Baca doa sebelum makan dan ingat Allah amat sayang kita, Allah maha pemberi dan kaya dengan nikmat makanan berbagai jenis.  Seusai makan lafazkan alhamdulillah bersyukur pada nikmatnya. Dengan cara adab ini, mungkin itu sebab Etuza tidak pernah merungut hal makanan sekali pun ada teman depan mata memulakan komen tentang makanan di R Restoran Hotel tempat menginap.Mendengar mereka komen Etuza tidak tahu nak cakap apa,kerana pada Etuza amat sedap lazat dan secukup rasa. 

Tiap juadah di atas pinggan Etuza licin dan tak bersisa. Allah hu akbar. Etuza teringat makanan di rumah tak seperti di sini, sajian makan di sini adalah mewah dan berbagai jenis.Sebab terfikir sebegini juga Etuza tidak tahu nak komen apa lagi sajian yang diberikan di R Restoran. Kepada anda yang klik blog Etuza silakan tengok beberapa sajian makanan kami di Mekah ini. Selamat membaca dan melihat gambar yang Etuza kongsikan.

Ini lauk daging kambing masak kari.

Telur ayam masak dadar campur sayur bawang

Hirisan timun segar..

                                                                                                                                                                                                                                                                                                             








Set makanan Etuza " Nikmat apa lagi yang didustakan" Alhamdulillah






Selalu Etuza datang ke sini,lepak menunggu waktu solat, sejam kemudian ke Masjidil Haram
atau ke halaman Ka'abah.



Berdiri di hadapan pintu masuk  utama Hotel Elap Al Khair di Mekah.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Nampak simple tapi lazat juadah yg hotel sediakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat lazat tuan..saya no komen, terbaik..

      Padam
  2. Menyelerakan makanan2 di gambar. Selamat berpuasa utk cikgu sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..semoga puasa diterima Allah ya..

      Padam
  3. sedap2 semua menunya tu. alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Padahal sebenarnya, masakan Indonesia dan Malaysia ini mirip2 saja, digabungpun tak apa 😄.

    Saya suka Orang2 yg punya adab terhadap makanan begini. Reminder bagi saya juga utk tidak menghina makanan seperti apapun rasanya. Selagi dia halal, cukuplah bagi kita

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, sedap2 belaka mknn tu..kenangan terindah pastinya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.