Akuan Berkanun Apabila Dua Nama Berbeza.


Terkejut apabila ada arahan harus ke Mahakamah Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.

Akuan Berkanun Tentang Nama.

Akur dengan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, apabila mereka mendapati Kad Sijil Nikah Etuza ada dua nama. Nama pertama merujuk nama yang ada di Kad Pengenalan dan nama kedua nama setelah memeluk Agama Islam. Satu-satunya dokumen yang nama ada @ yang tertera iaitu di Kad Sijil Nikah.

Balik dari Kota Kinabalu, Sabah ke Keningau, esoknya pergi ke Mahkamah Keningau. Risau juga jika disoal siasat. Bukan tidak pernah ke Mahkamah, Mahkamah Syariah Keningau dan di Kota Kinabalu juga pernah masuk berurusan apabila ada malah adik dahulu. Memang masuk Mahkamah ini ada rasa lain, seolah kita rasakan kita ada membuat kesalahan besar, walhal inilah jalan untuk murnikan keadaan pada sesuatu masalah dari menjadi lebih parah. Harus ke Mahkamah.

Pengalaman Kehidupan & Titik Berakhir.

Sebagai kakitangan kerajaan yang menjawat apa sahaja, AWAK tidak akan kekal berkerja hingga ratusan tahun pada BIDANG KERJAYA anda. Akan tiba dengan IZINNYA kita dipersarakan, bermaksud kita akan meletakkan jawatan dengan terhormat. Akan melalui berbagai proses pada laluan dua jalan. Pertama bersara dengan memilih PILIHAN AWAL bersara. Kedua, ialah BERSARA WAJIB yakni umur telah sampai 60 tahun.Mana-mana kedudukan kita satu tujuan satu jalan iaitu kita mahu BERSARA dari kerjaya kita yang selama ini menjadi PERIUK NASI kita dalam menjalani kehidupan. Justeru itu KERJAYA kita rezeki yang harus dan WAJIB dihargai, disyukuri dan difahami. 

Kerjaya kita yang kita tinggalkan, bukan BERAKHIR tetapi akan ada pengganti yang meneruskannya. Begitulah hendaknya bahawa BUKAN selamanya kita pegang hingga keusia senja kerjaya yang kita galas selama berpuluh tahun.PASTI tiba BERSARA. ( melepaskan tugas murni kerana kehendak USIA tiba masa bersara).

Kesempatan Melihat Sekeliling Permis Mahkamah Keningau.

Cuaca mendung, dingin dan awan agak kelabu memayungi BUMI masa kami ke Mahkamah Keningau. Kawasan permis ini benar-benar bersih dan sekeliling tenang aman damai kerana bukan ramai orang berurusan. Terpikat pada satu sudut rekriasi berasaskan batu, simen dan dihias bunga-bungaan serta ada ikan dalam kolam.

Kerana ada kolam dan ada ikan berenang dan kawasan cantik indah maka menarik perhatian Etuza. Lalu ambil kesempatan duduk BERDUA dengan suri hati.Ambil gambar seadanya. Etuza dijemput ke Mahkamah Keningau dan dapat pula hadiah menikmati keindahan di luar Mahkamah Keningau, Sabah., satu NIKMAT kehidupan ini bagi Etuza. 

Inilah sajian ENTRI indah pada blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan hari ini, pada pagi 14.05.2026 jam 9.30 pagi di Mahkamah Keningau. Tanpa pengalaman kehidupan ini maka mungkin tiada WARNA ENTRI baru dalam blog personal Etuza. Selamat berkarya di BLOG kepada sahabat bloggers saya di mana juga anda berada.

Perkhidmatan kaunter permis Mahkamah Keningau.


Keadaan Bangunan Mahkamah Sivil Keningau, Sabah.










Catat Ulasan

0 Ulasan