| Subahanllah, bagaikan melihat bayangan Syurga penuh dengan keindahan bunga kertas berwarna warni. Hebatnya kuasaNya menciptakan keindahan alam ini. |
Tertarik Setelah Melihat Vedio Garden Bunga Kertas Andriana Ans Di Facebook.
Klik SINI. Awal pagi kemarin pada 30.03.2026, terlihat tanpa sengaja vedio Taman Bunga Kertas milik Andriana Ans di Facebook. Melihat dengan penuh khyusuk kerana tertarik cara trim bunga-bunga kertas yang berbagai bentuk. Anda boleh klik untuk melihat vedio tersebut melalui link FB Andriana yang Etuza selitkan dalam wall blog ini.
Gigih Mencari Di mana Tempat Andrina Ans Garden Bunga Kertas.
Drive menuju jalan ke Apin-Apin Keningau, masuk ke kawasan SMK Apin-Apin dan bertanya. Ramai orang tidak tahu tempat Garden Andriana Ans. Teruskan lagi perjalanan sampai di Apin-Apin sebelum masuk kawasan ST James Apin-Apin. Lalu bertanya setelah membeli kuih pisang goreng RM2.00. Penjual yang berbahasa Dusun juga kurang pasti di mana tempat Andriana Ans.Kecewa juga bila mereka tidak mengetahui di mana tempat Andriana Ans.
Klik Facebook Untuk Mencari Lokasi Taman Bunga Kertas Andriana Ans.
Etuza akur dan hanya mampu bersabar, rupanya ramai tidak tahu tempat atau lokasi Taman Bunga Kertas Andrina Ans di kawasan berdekatan Apin-Apin. Etuza mesej di Facebook Andriana Ans, Dan tidak lama dengan Izin Allah ada respond. Rupanya tempat Andriana Ans Garden ialah di Kampung Liau Darat. Kembali menuju ke Liau Darat dan terjumpa seorang wanita bertudung, alhamdulikllah kami dimudahkan ke Taman Bunga Kertas ini. Etuza dengan gigihnya menuju ke Liau Darat dan akhirnya sampai setelah sesat banyak kali.
Kami tidak tahu simpang jalan arah ke Garden Andriana Ans kerana belum ada papan tanda. Syukurlah akhirnya sampai dalam masa yang agak petang. Dari jam 1.00 petang kami tiba di Andriana Ans pada jam 4.00 petang,gigihnya kan. Tapi amat berbaloi.Akan datang tidak akan sesat lagi.Inilah yang dikatakan tidak berputus asa.
Melihat Taman Bunga Kertas, Nampak Kehebatan atau Zat Allah.
Apapun yang menarik pada keindahan alam, semua itu adalah atas kuasaNya. Kita hanya memelihara dan menjaganya serta memuliharanya. Allah ciptakan keindahan atas dasar memberikan kebahagiaan dan kegembiraan, serta Allah ciptakan segala sesuatu yang indah cantik dan menarik itu melainkan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Benar, bila melihat keindahan sebegini di laman Andriana Ans, hati bergetar dan kagum kepada kuasaNya. Lalu berzikir dalam hati " Subahanallah" Hebatnya Allah ciptakan kecantikan alam ini.
Terhias menarik dan suasana bertukar mejadi damai dan tenang melihat keidahan di hadapan yang nyata. Etuza membayang kan keindahan di Syurga walaupun tak sebegini, indahnya Syurga Allah tak terjangkau oleh minda kita harus bagaimana di Syurganya Allah. Tempat Andriana Ans sekadar di Dunia yang bersifat sementara ini.Teruja, tertarik dan tabik hormat penjagaan Andriana Ans terhadap bunga-bungaan peliharannnya.
Akhirnya kami bergerak balik tepat jam 5.40 petang dengan membawa beberapa bunga kertas ( Anak Pokok ) yang kami beli. Terima kasih layanan mesra dan pasti akan datang lagi nanti.
| Halaman hadapan rumahnya tersusun kemas segala pasuan kecil besar, berbagai bentuk. Rimbun dengan kuntuman bunga-bunga kertas beraneka warna.Hidup dan segar. |
| Terima kasih kepada Andriana Ans, kerana mengambil gambar kami ini. Nampak menarik..lalu di hantar melalui FB Andriana Ans. |
| Alhamdulillah, tertunai hajat dan niat berkobar-kober hendak ziarah kebun bunga kertas Puan Andriana. Petang 30.03.2026 kami sampai dan di sambut dengan senyuman mesra walau mereka terkejut. |
| Nikmat apa lagi yang didustakan..subahanallah tersusun indahnya melihat..sejuk mata memandang. |
| Semua bunga kertas berbunga..lebat seolah tidak kelihatan dedaun lagi. Amat hebat penjagaan rapi saya kira.. |
| Lihat dan tengok tu..Subahanallah.. |
| Terharu anak perempuan Andriana berusia 8 tahun menyajikan minuman kepada kami. Anak yang baik dah di lentur budi perkertinya sedari kecil. Ini hasilnya. |

20 Ulasan
Bunga kertas ni kalau panas lagi dia berbunga cikgu. Kena cadangkan pada tuan rumah buat signboard supaya boleh ramai datang berkunjung. Jika ianya nursery dapat membantu jualan pokok.
BalasPadamMusim panas memang berbunga lebat..
PadamKat putrajaya ni ada banyak pasu bunga kertas sepanjang jalan. Kalau panas nampak bunga je yang berkembang daun tak nampak. Jadi cantik pulak jalan di Putrajaya.
BalasPadamcantik kelihatan kan..menyerikan alam
Padamcantik2 bunga kertas tu ada pelbagai warna.
BalasPadamSangat2 cantik tu Cie..
Padamcantik sungguh taman bunga kertas ni! MZ love flowers!! bunga kertas ni antara fav flowers utk my mom dan memang kat rumah kat kampung, ada byk jugak pokok bunga kertas ni yg my mom tanam
BalasPadamTanam di tanah lagi membesar dan sangat cantik jika kena cara trim..dalam pasu tak lah membesar sangat mudah nak urus lah..
Padamwow cantiknya bunga kertas musim panas ni mmg galak berbunga
BalasPadamBunga kertas ni tahan lasak..rajin berbunga kala musim panas..kena hati2 pokok ada duri tajam hehehe.
PadamCantik warna-warni bunga kertas. Semakin panas, semakin bertambah mekar.
BalasPadamBetul, kena siram awal pagi..pasti berkembangan bunganya..
PadamIndah betul taman bunga kertas ini.. Saya pun suatu saat nanti, rasanya ingin memiliki taman seindah ini di halaman rumah jika sudah tua nanti. Amiiiin
BalasPadamSemoga terlaksana niat dan hajat Fajar ya..InshaAllah pasti boleh.
PadamCantik betul..arwah mak SA suka sangat tanam bunga kertas dulu masa dia masih sihat..skrg satu pokok bunga pun xde kat rumah...
BalasPadamCantik2 nya pokok! Kalau dihiaskan di depan rumah pasti lagi berseri
BalasPadamBunga kertas atau Bougenville namanya. Mama saya pernah juga menanam bunga ini. Cantiiiiik di saat tengah mekar. Apalagi kalau punya banyak warna
BalasPadamcantiknya bunga kertas tu semua. saya memang sangat minat bunga kertas sejak dulu
BalasPadamMasyaallah... Indahnya ciptaan Allah, lihat bunga-bunga kertas yang begitu banyak dengan pelbagai warna dan rupa tersusun rapi. Kalau dekat, mau juga saya ke sana.
BalasPadamWahhh ..cantik ..macam² warna bunga kertas yang ada .. boleh jadi port ootd ni
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.