Menjadi Pengerusi Perjumpaan Kali Pertama Keluarga Sungkalid.Lihat Anugerah Kepada Blogger.

Cucu dan cicit Moyang Songkalid dari anaknya bernama Rubini dan Mahisina.

Pertama Kali Pertemuan & Perbincangan Majlis Keluarga Sungkalid 2026.

Sebagaimana yang Suri Hati maksudkan bahawa mereka akan mengadakan pertemuan pertama kali di rumah kami pada 31.01.2026. Pertamuan dari rumpun anak-anak, anak menantu dan cicit Keluarga Sungkalid.Suri hati awal pagi pada hari tersebut bersamaan 31.01 datang ke Tamu Ground Keningau membeli ikan yang digemari, untuk hidangan makan tengahari nanti. Etuza ambil kesempatan mengambil gambar ikan jualan untuk diborong. 

Semua Sepakat Meminta Etuza Menjadi Pengerusi Perbincangan.

Agak keberatan menerima amanah sebagai Pengerusi kerana Etuza bukan dari kalangan Keluarga Sungkalid. Namun saya akhirnya terima dan sedaya upaya memegang tugas ini, dan menjadi pemudah cara dan sentiasa sabar.Etuza secara langsung berkait rapat Keluarga Sungkalid kerana Suri Hati merupakan cucu kepada Moyang Dungko yang merupakan anak Sungkalid. Mereka cadangkan Etuza mempengerusikan Mesyuarat hari itu. 

Antara yang dibincangkan ialah:-

👉 AJK Keluarga Sungkalia 2026

👉Perbincangan hari dan tarikh Majlis Hari Keluarga Sungkalid.
  
👉 Kewangan, pungutan atau sumbangan setiap ahli keluarga. 
 
                                                              
👉 Tuan rumah Majlis Keluarga Sungkalid 2026.                                                                                  
👉
 Tema warna pakaian setiap Genarasi Keluarga Sungkalid.                                                                                                                                                              

👉
  Aktiviti pengisian Majlis Keluarga Sungkalid.
                                                                                                                                                                                                                                                   

Tidak dapat elak, diminta sebagai Pengerusi perjumpaan ( mesyuarat kali pertama) 
31.01.2026 ( Rumah Etuza menjadi tempat perjumpaan.

Pangkat bapa mentua bernama Matimin @ Dahan, seorang pesara Polis dari Telupid, Sabah.
Yang berdiri ( lelaki )

Cucu dan cicit  serta menantu moyang Dungko ~  Lelaki.

Anak dan cucu serta menantu Puan Kamisi cucu kepada Moyang Dungko

Perrtemuan yang tidak di sangka kan, dari Telupid, Sook, Karanaan Sook. Apin-Apin,
Magatang, Penagatan Laut dan Penagatan Ulu serta dari Tambunan.Sepakat membuat
perbincangan untuk mengadakan Majlis Keluarga tahun 2026.

Saling beramah mesra, bertanya sesama sendiri dari mana asal dalam salasilah keluarga Sungkalid.

Mojariti datang adalah dari kalangan wanita.

Awal pagi 31.01.2026, menemani Suri Hati membeli ikan untuk sajian hari ini..
Pertemuan Keluarga Sungkalid.
Juadah lauk pauk yang sempat di masak..ada juga kuih muih tetapi lupa di ambil gambar.

Anugerah Top Komentar Bulan Januari 2026. 

KLIK SINI untuk mengetahuainya. Pembaca maya dan warga bloggers Malaysia. Jom Ucapkan Tahniah Kepada Blogger Lydia ( Hidup Itu Indah )

( Hadiah akan di urus penghantaran sekembalinya dari Kembara Merentas Benua, doakan kami selamat kembali di Tanah Air tercinta ini ) 

Klik juga Produk hebat Shop Shoppee SINI.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Semoga perancangan Majlis Keluarga Sungkalid 2026 dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terbaik!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.