Bukan Mudah Memasuki Raudah Di Masjid Nabawi Kota Madinah.

Jam masa solat lima waktu di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawara

Raudah ( Taman-Taman Syurga )

Alhamdulillah dengan berkat rahmatNya, dapat sekali lagi ke Madinah Al-Munawara pada 4.2.2026. Mendarat terus ke Airport Madinah, sebagai tetamu Allah. Debaran ketika hampir mendekati hari penerbangan semakin terasa dan membayangkan situasi lautan manusia yang menumpukan hanya beribadah di Masjid Nabawi dan di Mekah. Ya Allah syukur ke hadratMu atas kesempatan dan takdirMu pada keluargaku, kami berdua sebagai suami isteri, anak sulung dan iparku ke UMRAH lagi.

Catatan ini merujuk kepada Raudah ( Taman- Taman Syurga ) di Masjid Nabawi, Madinah. 2019 memasuki Raudah boleh acap kali dengan berkat kesabaran dan kemahuan sendiri dengan mengikut jadual masuk lelaki dan perempuan. Sujud solat dan berdoa penuh khyusuk dekat makan Nabi SAW. Kali ini 2026 tidak semudah pada tahun 2019,tetapi memasuki Raudah perlu daftar NUSUK dahulu secara online, jika masa itu belum penuh jemaah daftar Nusuk ke Raudah akan tersenarai nama anda sebagai seorang jemaah yang akan mendapat tiket ke Raudah.

Peruntukan Masa Ke Raudah Hanya 10 Minit.

Kepimpinanan dan undang-undang masuk ke dalam Raudah ditetapkan sama rata hanya 10 minit tiap individu. Peraturan ini sebagai jalan keselamatan dan kepantasan serta kecekapan kepimpinan di Raudah, lebih ramai dapat memasuki Raudah apabila ada daftar online NUSUK akan tetapi tidak mustahil ada jemaah yang tidak mendapat peluang ke Raudah. 

Kami diberitahu hanya lakukan dua jenis solat dan semasa sujud lebihkan masa berdoa banyak-banyak. Solat Taubat dan susuli dengan Solat Hajat kemudian berdoa sungguh-sungguh semasa sujud. Sebaik berakhir 10 minit Polis atau Pengawal yang bukan lagi seorang tetapi ramai akan bersuara dengan panggilan menyeru Haji Haji agak keras tanda memohoin dan meminta keluar jemaah yang sudah selesai di Raudah.Jika tidak berganjak akan di tarik keluar.Bagi jemaah lelaki sambil memegang bahu dan sedikit menarik tangan sebagai tanda untuk kita keluar segera. 
Ya Allah, maafkan Etuza, ampuni Etuza, rahmati berkati Etuza dan semua keluargaku. Di RaudahMu bukan mudah mendapat tiket masuk ke Raudah tetapi dikawal penuh ketat disebabkan jutaan Jemaah dari pelusuk Dunia mahu mendapatkan SyurgaMu.
Cabaran Dan Rintangan, Tapi Kasih SayangMu Masih Sangat Terasa.

Sebaik nama tersenarai menunggu ( waiting ) masuk di Raudah, hati mula lagi berdebar, berusahalah mendamaikan jiwa anda, kerana dalam 10 minit apakah kita mampu KHYUSUK, BERDOA ringkas tapi padat dengan kata hati inginkan kasih sayang Allah,keampunan Allah dan  memberi Salam kepada Nabi SAW,Abu Bakar dan Saidina Umar, semua itu antara anda dengan Allah. Masuk di Raudah itu satu peluang hebat bagi anda apabila ke Masjid Nabawi. Dan bukan mudah memasuki Raudah ini andai kita tiada kesungguhan beribadah ketika berada di Madinah.
Catatan ini ketika Etuza berada di Madinah saat ini hari 6.2.2026. Etuza doakan sesiapa teman blogger yang yang Etuza kenali menerusi blog, Etuza doakan semoga anda juga bakal menjadi TETAMU ALLAH untuk jalani UMRAH.Aamiin.
Kelihatan Pengawal meronda mengawal keadaan semasa berada di lorong
Babussalam, kami memberi SALAM kepada Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar.


Subahanallah " Ya Allah kami datang ziarah Makan Nabo SAW "


Jemaah yang duduk tenang dan aman menunggu kebenaran  giliran 
solat dan sujud dekat makam Nabi SAW di Raudah.

Teman ketika memasuki Raudah. " Terimalah Ibadah kami ya Allah,
Kami bersyukur selesai masuk, solat dan sujud berdoa di Raudah dambaan 
semua Jemaah di Majsid Nabawi"

Mutawwif Ustaz Khairuddin, yang sangat baik hati sabar dan penuh
tanggungjawab memberikan informasi, panduan dan ilmu kepada 
kami Jemaah UMRAH Andalusia Travel seramai 48 orang
dari pelusuk Negara Malaysia.



Kongsi ikhlas kami di Masjid Nabawi, bergambar dekat Kubah Hijau 
dan Kubah Putih

Suri hati berjubah hijau. Subahanallah.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum etuza.selamat berumrah. terima kasih segala perkongsiaan. Semoga segala doa makbul.Indahnya taman2 Syurga Raudah. Doakan kmi dpt ke sana suatu hari nanti.Aamoon

    BalasPadam
  3. Allahuakbar. Rindunya pada Rasulullah. SemugaCikgu etuza mendapat umrah yang makbul. Cikgu etuza doakan supaya Saya mendapat panggilan haji pada tahun ini ya. Aamiin

    BalasPadam
  4. alhamdulillah beribadah umrah di tanah suci moga Allah permudahkan urusan cikgu isteri n kawan2 di sana selamat semua

    BalasPadam
  5. Aamiin... Semoga ada rezeki Umrah tahun ni ..

    BalasPadam
  6. "MasyaAllah, memang besar nikmat dapat peluang masuk ke Raudah walau cuma 10 minit. Walau singkat, doa dan sujud di sana terasa begitu mendalam.
    Syukur bila Allah beri kesempatan jadi tetamuNya di Masjid Nabawi.

    BalasPadam
  7. tapi pada sy orang lelaki lagi senang nak masuk raudhah berbanding org perempuan... org lelaki pun ruang solat (juga dibuka) di raudhah juga

    BalasPadam
  8. Tumpang seronok, Cikgu dan keluarga dapat pergi menunaikan umrah kali kedua.

    BalasPadam
  9. Ya Allah sedang umroh ternyata Abang dan keluarga yaaa.ikut senang saya membaca ceritanya 🤩🤩. Semoga selamat dilancarkan selama ibadah hingga balik ke tanah air.

    Teringin sangat saya nak ke tanah suci lagi

    BalasPadam
  10. SA tumpang gembira membaca entry ni Cikgu..bukan mudah nak masuk Raudhah kan..perlu booking awal..banyak SA baca dari blog kawan-kawan yang dh pergi umrah baru2 ni...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..syukur dapat peluang jadi tetamu Allah di Tanah Suci

    BalasPadam
  12. kami geng gegirl (saya dan 2 anak perempuan) pilih ke raudhah pagi. anak lelaki pilih masa petang. alhamdulillah pagi okey lagi tak la rasa bahang sangat beratur masa scan nusuk tu. masa kami sampai 9 lebih pagi tu tak ramai sangat walau masa giliran kami 1020 pagi

    BalasPadam
  13. memang sgt mencabar nak ke sini org sgt ramai...tp now dh ada sistem nusuk tu ..better la dari zmn dulu2 (thn 2012)--tak de sistem, just beratur ikut turn dan ikut nasib jugak

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.