 |
| Rupanya hari lelaki ( Kaum Adam )jatuh pada 19November |
 |
| Hanya lelaki sahaja yang dapat merasakan BESTnya mejadi lelaki. |
Ucapan Khas Kepada Semua Lelaki ( Kaum Adam) Seantero Dunia.
Selamat Hari Lelaki, kepada yang bergelar lelaki di seluruh Dunia, di Malaysia, di negara lainya dan di mana-mana juga berada. Jadilah lelaki yang bewawasan dan berkarisma, mempunyai daya usaha untuk majukan keluarga majukan generasi sendiri dan mengamalkan etika hidup yang bertamadun dan berakhlak mulia.Etuza.
Jadilah lelaki yang tahu membahagiakan isteri dan anak-anak, keluarga kembangan dan menghargai semua insan disekeliling. Bersyukur dengan apa yang ada tanpa merungut. Jadilah lelaki yang mengagungkan Allah, menjaga solat, menjaga maruah diri dan jauhilah amalan yang memudaratkan kesihatan Langsungkan kehidupan dengan nikmat kebahagiaan sepanjang masa. Sesungguhnya hidup ini amat membahagiakan, menggembirakan dengan tidak melupakan Akhirat negeri abadi. Lelaki itu insan yang HEBAT dan Kamil apabila tahu menghargai diri dan orang lain. Etuza.
 |
Lelaki hebat bagi Etuza adalah ayah Etuza yang berbaju Melayu itu.
|
Ayah Adalah Lelaki Hebat.
Lelaki hebat bagi saya adalah Ayah saya sendiri, dia dan ibu yang melahirkan Etuza dan membesarkan saya, ibu menyusukan saya dengan penuh kasih sayang. Mereka adalah hebat, insan yang begitu berharga. Teringat masa dahulu sedang belajar ayah lah yang memberikan wang belanja, memberi nasihat yang tidak pernah putus asa memberi dorongan agar Etuza rajin belajar masa itu. Terima kasih buat arwah ayah atas semangat yang tak pernah luntur masa itu.
Ayah saya seorang yang sabar dan berkata lembut kepada kami semua anak-anaknya. Namun akan berlaku letupan gunung berapi jika kami anaknya ada yang tidak mendengar kata semasa hayatnya. Niat dia baik untuk mendidik tegur dengan ikhlas. Al fatihah buat ayah terhebat ini.
 |
Kaum lelaki kena ada usaha untuk pastikan sentiasa sihat dengan amalan pemakanan yang betul dan menjana kesihatan. |
 |
| Pelengkap bagi seorang lelaki adalah surihatinya( Wanita ) |
 |
Saling bertimbang rasa, menghargai dan menerima kakurangan, lengkaplah pasangan suami isteri. |
 |
| Nasihat dan pesan yang jelas harus baiki solat . |
13 Ulasan
Hari lelaki pun ada ye. Selamat hari lelaki.
BalasPadamselamat hari lelaki
BalasPadamoo.. baru tahu.ada rupanya sambutan hari lelaki.. . jadi nak ucapkan selamat hari lelaki kepada semua lelaki termasuk diri saya..jadilah lelaki yang bertaqwa...amiin
BalasPadamselamat hari lelaki utk semua kaum adam seluruh msia dan seantero dunia
BalasPadamSelamat Hari Lelaki buat semua kaum lelaki. Semoga semua lelaki dalam dunia ni kenal erti peranan seorang lelaki sebagai khalifah di muka bumi ni..
BalasPadamSelamat menyambut hari lelaki, cikgu
BalasPadamselamat hari lelaki cikgu
BalasPadamselamat hari lelaki hebat tiasa berjasa
BalasPadamEh ada juga hari lelaki yaaaa. Isssh kalau tak baca tulisan abang, memang tak tahu laaah. Sebab ini pun tak pernah dirayakan di Indonesia.
BalasPadamselamat hari lelaki walaupun dah lepas 2 hari ;-)
BalasPadamIstimewa sudah ada hari lelaki.
BalasPadamFirst time dengar ada Hari Lelaki. Ini barulah adil sebab selama ini hanya dengar ada Hari Wanita sahaja.
BalasPadamWalaupun terlewat 5 hari, saya juga ingin ucapkan "Selamat Hari Lelaki". Indahnya dunia ini, ada hari wanita dan ada hari lelaki
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.