Rezeki Ahad 23 Nov Buah Nangka Madu Masak Di Pokok.

Sempurna buah nangka masak di pokok nangka. Alhamdulillah.

Ahad, 23.11.2025, tidak ke mana-mana, hanya berlegar di halaman rumah, membuat penggemburan tanah di pasu pasuan sekitar awal pagi. Melihat langit cuaca cerah dan cahaya mentari bersinar seolah membenarkan kami melakukan aktiviti sihat di siang hari. 

Bersihkan rumput, tanam bunga-bunga kegemaran, menyiram, meletakkan baja subur dan baja bunga,mengubah alih pasuan ke tempat lain agar kelihatan menarik. Seusai kerja -kerja ini, Etuza ke kebun hendak mebuat pemeriksaan buah nangka madu yang sarat buah seolah menunggu jatuh ke tanah.

Rezeki Buah Nangka Madu , Masak Di Pokok Nangka.

Pokok Nangka ini, seingat Etuza nama benih nangka ini ialah Bibit nangka madu yang Etuza beli di Tamu Ground Keningau. Pokok nangka ini rajin berbuah hingga pokok condong agak kebereatan buah-buah nangka yang besar semuanya.

Dari jauh seperti terhidu nangka masak.Etuza tidak berharap sangat, kerana biasa buah nangka selalu di tebuk tupai dan di cakar ayam. Tetapi petang Ahad, Etuza gembira melihat dua buah nangka saling berdekatan masak dan mengharum. Kulit nangka agak lebam dan itu petanda buah nangka ini sudah di tahap masak yang sesuai untuk di kutip.

Buah nangka yang masak ini berada di bawah batang pokok nangka. Oleh kerana agak besar kami sekeluarga pastilah tidak dapat habiskan. Lalu Etuza memberikan anak buah nangka yang masih ada 1/4 isinya belum disentuh. Etuza memberi kan kepada teman-teman sekerja anak Tuaran, Sabah. 

Buah nangka madu kali ini sangat  cantik dan tidak sedikit pun di rosakkan oleh ulat perosak. Baiklah jika anda ingin melihat dan membaca khasiat buah nangka sila klik SINI. Semoga jumpa lagi di entri akan datang.

Buah nangka yang masak memiliki banyak khasiat, termasuk meningkatkan kekebalan tubuh dan kesehatan jantung berkat kandungan vitamin C dan kaliumnya. Manfaat lainnya termasuk melancarkan pencernaan karena serat yang tinggi, menjaga kesehatan kulit berkat antioksidan, serta mengandung sumber energi dan dapat membantu mencegah anemia. Selamat Blog Walking.
Sumber dari Ikhtisar AI

Tidak ada secalit kesan dirosakkan oleh ulat atau serangga perosak.
Melapah buah nangka petang ini, teruja hendak melihat isinya ada kesan buruk akibat serangga.

Alhamdulillah benar-benar gembira ..buah nangka masak di pokok, setiap ulas 
kuning keemasan isi tebal dan manis. Inilah nangka madu tanaman di kebun.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sampai sini boleh bau harumnya. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah nampak gambar, bayangkan aroma kan..hehehe

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki hujung minggu ye Cg 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat happy, biasanya buah nangka selalu ada sengatan serangga ..hitam dalam rosak..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.