Hiasan pentas simple tapi menarik dengan corak warna-warni, selain menggunakan hasil seni murid.
04.11.2025 bersamaan hari Selasa, diadakan Program Jalinan Melayu Seni Reka yang di anjurkan oleh 5 orang guru pelatih IPGM Kampus Keningau bersama dengan Panitia Seni Visual.
Program Menarik Dengan Berbagai Pertandingan.
Program ini menyajikan aktiviti pamerah hasil karya seni reka murid dari tahun 1hingga murid tahun 6.Menampilkan juga pameran seni muzik serta tanyangn Montaj dari guru pelatih. Selain itu diadakan pertandingan Membaca kategori tahap 1 dan pertandingan Bicara Buku murid tahun 4 dan pertandingan melukis khas murid tahun 5 dan tahun 6. Pelancaran program dilakukan oleh P. Kanan HEM EN. Handry Yamurong dan gimik dilakukan bersama PK Hem, PK Ko-KUm dan Guru GPM Sekolah.
Selain pertandingan tersebut di atas, acara persembahan pembukaan yang dilakukan oleh murid tahun 1 Bijak dan persembahan oleh murid 2 Bijak.Acara penyampaian hadiah juga disampaikan kepada semua pemenang. Terdapat beberapa ibubapa datang menyokong program Jalinan Melayu Srni Reka ini. Diucapkan syabas dan tahniah kepada:-
💪 Guru Pelatih 5 orang. 💪 Guru Panitia Seni Visual.
💪 Guru Panitia Reka Bentuk
💪 Pembersihan yang terlibat menyediakan Dewan Terbuka.
💪 Semua Guru /AJK yang dilantik membantu menjayakan Program Jalinan Melayu Seni Reka.
Program yang penuh bermakna ini telah tamat jam 12.30 pagi, dan semua guru-guru serta AJK Pembersihan di mudahkan. Semoga jumpa lagi.
|
23 Ulasan
program2 begini memang sgt bagus dan kita kena bagi sokongan penuh dan padu!
BalasPadamBetul, menghargai seni karya murid..menerapkan nilai menghargai bakat semua ada..
Padamkreatif2 pelajarnya
BalasPadamGuru dan guru pelatih serta murid kreatif..ada seni halus yang terpamer..
PadamMenarik pengisian program..
BalasPadamTerima kasih ya wak..
PadamWah, bersemangat guru pelatih IPGM Keningau anjurkan program. Tahniah.
BalasPadamBetul, mereka 5 orang sangat membantu menjayakan program ini..
PadamAssalamualalikum cikgu.. meriah sambutan program ni.. seni reka murid-murid pun cantik.. dan hakim pertandingan bicara buku memang terbaik!
BalasPadamWalaikumsalam..terima kasih ya ustaz, rajin membaca di blog saya..terharu sangat
Padammenarik programnya
BalasPadamHasil usaha sama dengan guru pelatih..
PadamIni team-team kreatif semua ni...
BalasPadamBetul wak, ramai guru kreatif, murid kreatif guru pelatih juga kreatif..
PadamNampak semua gembira dalam program ni. Terutama anak-anak murid yang menang.
BalasPadamcantiknya hasil reka bentuk murid2! semangat guru2 IPG tu :D
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih ya
Padamwahhhh terbaiklah!
BalasPadambersemangat semua nak jayakan program yg dianjurkan...
Rajin semua GP tu..program mereka berjaya
PadamBerbakatnya semua sebab cantik dan unik hasil seni semua. Paling suka dekat seni yang macam pada dulang tu
BalasPadamAlhamdulillah, ramai murid kreatif ..berbakat mereka
PadamKalau ada program macam ni kat sekolah dulu memang saya sokong. Kadang2 jadi sukarelawan untuk membantu juga jika diperlukan.
BalasPadamCeria betul pentas itu.
BalasPadamBagus kerjasama guru pelatihpun ada.
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.