Diberi penghormatan berucap selaku Penyelaras Program NILAM sekolah 

Tarikh 26.11.2025 bersamaan hari Rabu adalah hari Majlis khas Anugerah Nilam peringkat sekolah diadakan di Dewan Terbuka SK.Penagatan, Keningau. Di rasmikan oleh Penolong Kanan 1 En.Mohamad Zahir Bin Baharom dengan dihadiri oleh komuniti sekolah murid dan staff sekolah yang julung kalinya diadakan.

Anugerah NILAM ini merangkumi kepada murid yang membaca terbanyak dan membuat peminjaman terbanyak di Pusat Sumber sepanjang tahun 2025.Anugerah NILAM diberi kepada murid berkedudukan nombor 1,2 dan 3 Tahap 1 dan Tahap 2. Anugerah khas NILAM AINS Kementerian Pendidikan Malaysia juga diberikan atas usaha yang gigih kepada murid yang sentiasa membuat rekod Nilam online melalui protal Delima menggunakan akaun moe.

 Anugerah Khas AINS NILAM  2025.

Rekod AINS NILAM KPM tahun 2025 telah pecah rekod apabila 3 orang murid adik beradik telah diberi pengiktirafan BINTANG oleh Kementerian Pendikan Malaysia. Murid tersebut ialah Anis Nabilah Binti Nasrul murid tahun 5 Bijak tahap 2, Abdul Rahmaan Bin Nasrul murid tahun 3 Bjiak tahap 1 dan yang ketiga Afia Arinah Binti Nasrul tahun 1 Bijak tahap 1. Pencapaian bintang adalah seperti berikut: 

Anis Nabilah ~ 2 ⭐⭐
Abdul Rahmaan ~ 1 ⭐
Afia Arinah ~ 1 ⭐

Syabas & Tahniah kepada murid ini serta kepada ibubapa mereka  yang pasti berusaha memberi galakan dan bimbingan. Teruskan usaha semoga menjana kecemerlangan lagi dimasa akan datang.

Persembahan Istemawa 

Persembahan membaca berantai sebuah cerita oleh murid Prasekolah yang dipimpin oleh Guru PraSekolah.
Persembahan Bicara Buku oleh gabungan murid tahun 4 dan tahun 5 dan murid tersebut ialah Daniel Rizki, Athirah dan Khaisah. 
Persembahan ketiga juga Bicara Buku oleh murid lelaki tahun 6 gabungan murid dari 6 Cerdik dan 6 Bijak yang disertai oleh Khaizah Shah, Daffi dan Farid Yusuf.

Dalam pemerhatian Etuza, semasa mereka membuat persembahan di atas pentas dengan irama lagu perlahan Membaca Gaya Wawasan dan lagu NILAM, semua murid dan guru yang menonton amat teruja hingga Dewan dalam keadaan tenang dan aman damai dengan mendengar kalimat kalimat Bicara Buku dari persembahan menarik ini. Ringkas saya katakan murid semua dalam keadaan tenang dan berdisiplin.

Doa dan ucapan perasmian oleh PK 1 

Banner Majlis Anugerah NILAM tahun 2025, SK. Penagatan, Keningau

Berbaju Melayu sempena Majlis Anugerah NILAM 2025

Acara makan makan yang seronok dengan makan kuih muih, buah dan rendang



Pengacara  Majlis Cikgu Ernawati



Barisan hadapan, PK 1, PK Hem dan PK KO Kurikulum dan Etuza GPM





Piala ( stand Medal) yang menjadi rebutan, sijil, alat tulis sebagai hadiah,

Bacaan Doa

Ucapan Perasmian Program NILAM.

Berucap dan tema ucapan adalah hal Membaca dan NILAM


Nangka isi keemasan, masak di pokok rendang




Aturcara yang


Persembahan Bicara Buku tahun 6BC

Ringkasan aturcara Anugerah NILAM 2025

Vedio ringkas persembahan Bicara Buku dar murid gabungan 
tahun 4 dan tahun 5