Majlis Anugerah Program NILAM Sekolah 2025 Merah.

Diberi penghormatan berucap selaku Penyelaras Program NILAM sekolah 

Tarikh 26.11.2025 bersamaan hari Rabu adalah hari Majlis khas Anugerah Nilam peringkat sekolah diadakan di Dewan Terbuka SK.Penagatan, Keningau. Di rasmikan oleh Penolong Kanan 1 En.Mohamad Zahir Bin Baharom dengan dihadiri oleh komuniti sekolah murid dan staff sekolah yang julung kalinya diadakan.

Anugerah NILAM ini merangkumi kepada murid yang membaca terbanyak dan membuat peminjaman terbanyak di Pusat Sumber sepanjang tahun 2025.Anugerah NILAM diberi kepada murid berkedudukan nombor 1,2 dan 3 Tahap 1 dan Tahap 2. Anugerah khas NILAM AINS Kementerian Pendidikan Malaysia juga diberikan atas usaha yang gigih kepada murid yang sentiasa membuat rekod Nilam online melalui protal Delima menggunakan akaun moe.

 Anugerah Khas AINS NILAM  2025.

Rekod AINS NILAM KPM tahun 2025 telah pecah rekod apabila 3 orang murid adik beradik telah diberi pengiktirafan BINTANG oleh Kementerian Pendikan Malaysia. Murid tersebut ialah Anis Nabilah Binti Nasrul murid tahun 5 Bijak tahap 2, Abdul Rahmaan Bin Nasrul murid tahun 3 Bjiak tahap 1 dan yang ketiga Afia Arinah Binti Nasrul tahun 1 Bijak tahap 1. Pencapaian bintang adalah seperti berikut: 

Anis Nabilah ~ 2 ⭐⭐
Abdul Rahmaan ~ 1 ⭐
Afia Arinah ~ 1 ⭐

Syabas & Tahniah kepada murid ini serta kepada ibubapa mereka  yang pasti berusaha memberi galakan dan bimbingan. Teruskan usaha semoga menjana kecemerlangan lagi dimasa akan datang.

Persembahan Istemawa 

Persembahan membaca berantai sebuah cerita oleh murid Prasekolah yang dipimpin oleh Guru PraSekolah.
Persembahan Bicara Buku oleh gabungan murid tahun 4 dan tahun 5 dan murid tersebut ialah Daniel Rizki, Athirah dan Khaisah. 
Persembahan ketiga juga Bicara Buku oleh murid lelaki tahun 6 gabungan murid dari 6 Cerdik dan 6 Bijak yang disertai oleh Khaizah Shah, Daffi dan Farid Yusuf.

Dalam pemerhatian Etuza, semasa mereka membuat persembahan di atas pentas dengan irama lagu perlahan Membaca Gaya Wawasan dan lagu NILAM, semua murid dan guru yang menonton amat teruja hingga Dewan dalam keadaan tenang dan aman damai dengan mendengar kalimat kalimat Bicara Buku dari persembahan menarik ini. Ringkas saya katakan murid semua dalam keadaan tenang dan berdisiplin.

Doa dan ucapan perasmian oleh PK 1 

Banner Majlis Anugerah NILAM tahun 2025, SK. Penagatan, Keningau

Berbaju Melayu sempena Majlis Anugerah NILAM 2025

Acara makan makan yang seronok dengan makan kuih muih, buah dan rendang



Pengacara  Majlis Cikgu Ernawati



Barisan hadapan, PK 1, PK Hem dan PK KO Kurikulum dan Etuza GPM





Piala ( stand Medal) yang menjadi rebutan, sijil, alat tulis sebagai hadiah,

Bacaan Doa

Ucapan Perasmian Program NILAM.

Berucap dan tema ucapan adalah hal Membaca dan NILAM


Nangka isi keemasan, masak di pokok rendang




Aturcara yang


Persembahan Bicara Buku tahun 6BC

Ringkasan aturcara Anugerah NILAM 2025

Vedio ringkas persembahan Bicara Buku dar murid gabungan 
tahun 4 dan tahun 5

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Semoga dgn adanya program macam ni akan menggalakkan lebih ramai lagi anak2 untuk rajin membaca! Anak2 saya suka membaca tapi malas nak merekod dalam nilam 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, sebagai suntikan agar terus bersemangat membaca

      Padam
  2. Meriahnya banyak hadiah & makanan. Semoga anak2 terus rajin membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya, meriah sekali murid ramai cemerlang membaca program NILAM.

      Padam
  3. Tahniah dik dapat bintang... anak² sy lebih prefer update rekod nilam guna buku, kalau guna sistem AINS tu lambat sikit diorang nk update... itulah follow je lah anak²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniahya anak rajin membaca, AINS online anytime kena juga log in ya..

      Padam
  4. tahniah utk smua murid2 yg menerima anugerah dlm program nilam

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah wak..rezeki mereka blot banyak hadiah tu

      Padam
  6. terbaik tuan penyelaras.. selayaknya menjadi penyelaras. tahniah para pemenang. porgram yang baik memupuk minat membaca di kalangan usia muda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ustaz, memang betul membaca jambatan ilmu..

      Padam
  7. tahniah anak2...tahniah juga buat cikgu penyelaras... terbaik

    BalasPadam
  8. terbaiklah!
    tahniah kepada semua pemenang.
    semoga tabiat suka membaca terus subur sampai bila-bila aminnnn

    BalasPadam
  9. tahniah cikgu n semua penerima anugerah nilam..........rajin membaca ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak PI..kita teruskan berkarya di blog ya

      Padam
  10. Wahhh terbaik la cikgu... meriah dan paling best memacam makanan yang sedap2 ada

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Rasa macam nak jadi budak sekolah lagi tapi tak nak exam gitu. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe seronok ja tengok murid dapat hadiah kan..Tak apa kita lalui hari hari kedewasaan kita ya Notie

      Padam
  12. comelnya anak2! tahniah pada semua yang dapat anugerah nilam. menggamit memori zaman sekolah lah. saya ambil sinopsis dari buku novel, lepastu tulis kat buku nilam semata-mata nak penuhkan je. hihi rasa keji pulak buat macam tu xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok anak murid, them happy banyak hadiah tu..teruskan mencatat ya ..

      Padam
  13. Adik-beradik terima hadiah.
    Tengok banyak hadiah yang disediakan.

    BalasPadam
  14. congrats to all winners! bagus program gini, terbaekk

    BalasPadam
  15. Waaah hebat, langsung diiktiraf dari menteri pendidikan Malaysia yaaa... Congrats untuk anak2 yg mendapat 🎉🎉🎉.

    BalasPadam
  16. Saya amazed dengan kategori pemenang. Trutama yg murid yang membaca terbanyak dan melakukan peminjaman terbanyak sepanjang 2025 , 😍😍. Kenapalah saat saya sekolah dulu tidak ada kompetisi begini. Saya bisa jadi pemenangan Krn paling sering meminjam buku dulu 😄

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.