Gambar berbicara, 1.11.2025.
Sabtu yang indah sekali. Paparan wall blog hari ini adalah berkisar di Haramain Mekah & Madinah. Kedua-dua kota ini merupakan pusat penting dalam Islam, masing-masing menempatkan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Mekah dan Madinah Kota Luar Biasa.
Tidak terduga akan berpijak di bumi Mekah dan Madinah, kota suci yang begitu tenang dan damai menyelimuti tubuh dalam beramal ibadah, tempat paling afdal berdoa, zikir dan bertasbiah serta membaca kalam al quran.Di sinilah tempatnya . Dan tiba-tiba tanpa di rancang, datang satu rasa dalam kalbu membuak bagaikan satu ledakan berapi dalam kalbu, hajat niat dan keinginan yang mendalam. Ya Allah apakan perasaan ini datang dalam hati atau satu rasa yang datang dari kata hati yang cuba memerangkap.
Pagi sebelum subuh menerpa perasaan ingin sekali ke tanah Mekah, bukan kerana ada yang memujuk, bukan kerana sahabat dan kawan-kawan lain sudah Umrah dan Haji, bukan kerana hendak tujukkan diri kita juga mampu ke Tanah Mekah dan Madinah, bukan sebegitu. Tapi panggilan itu benar-benar luar biasa yang sukar di bendung.
 |
Rombongan Umrah Pakej Agen Harmoni.Gambar kenangan terindah.
Suri Hati Seolah Tidak Dapat Menerima Kerana Tiada Perancangan Dari Awal.
Terpaksa mengkhabarkan niat yang membuak ini kepada Suri Hati ( Isteri ). Katanya perkara yang sukar dilakukan kerana tiada perancangan dan tindakan dari awal. Cuba meyakinkan dia, meminta agar memahami. Bila lagi jika bukan sekarang, cubalah memahami dan niat ini panggilan ini mungkin hikmah yang Allah sampaikan. Pergilah membersihkan hati yang ternoda, pergilah depan kabah dan sujudlah di dalam raudah di Masjid Nabawi. Semua itu berlegar dalam minda yang tidak pernah terlints dalam rantai fikiran sebelum ini, kerana kemampuan yang dirasakan jauh sekali mencukupi.
Niat Umrah Kali Pertama Allah Mudahkan Urusan.
Usaha pertama ialah kami menemui Hajah Santi yang tinggal di Kampung Limbawan, berjumpa dengan Hajah Santi di Masjid Ar- Rahim Keningau. Dia memberikan tips dan tatacara dan mendaftar dengan agen Harmoni Umrah. Alhamdulillah Allah lancarkan urusan kami dan terus membuat akad Umrah sebagai pemula iaitu RM 1000 ke akaun bank Harmoni Umrah. Dipendekkan cerita dan catatan ini, akhirnya tercapai hasrat Allah kabulkan Umrah pertama kami suami isteri. Semoga Umrah kami Umrah mabrul yang diterima Allah. Umrah pertama memang banyak kita kekok dalam keadaan agak kejutan di tanah para ambia.
Allah yang memandu memimpin jalan ini, atas izinya maka Umrah kami terlaksana akhirnya. Alhamdulillah. Gambar kali ini , Etuza sertakan berbagai gambar makanan sajian yang bagi Etuza makanan atau juadah yang istemewa kepada semua yang datang melakukan ibadah Umrah dari pelusuk Dunia.Saksikan gambar dalam wall ini. Salam mesra dari Etuza.
|

 |
| Mutawif & Mutawwifah |
Mutawif & Mutawwifah berbincang di lobi hotel Al - Safwa Towers bertaraf 5 bintang.
10 Ulasan
Alhamdulillah.
BalasPadamAllah sentiasa permudahkan urusan hamba-Nya yang ingin menjadi tetamu ke rumah-Nya. Semoga mendapat umrah yang mabrur.
InshaAllah..aamiin..
PadamSeronoknya tengok foto2 umrah tu
BalasPadamTerima kasih ya wak, sudi tengok gambar kenangan cuma..
Padamyg last tu nasi arab ayam mandy ke., hehe
BalasPadamYa kami makan satu talam 4 orang hehe..
PadamSeronoknya dapat menjadi tetamu Allah.. moga dapat berkunjung lagi ke tanah haramain insyaAllah. tengok pic hidangan tu betul-betul membuka selera. Cikgu try tak nasi mandy dhab ?
BalasPadamAamiin, inshaAllah ustaz. Mady Dhab? ala tak ada makan ni..makan dalam talam kami 4 orang ada tapi makanan ada ayam dan ikan ja..benar2 happy..masa tu..
PadamPakej mahal ni Cg, tengok makanan yg disajikan hebat² belaka hehe ...
BalasPadamAlhamdulillah bila sampai jemputan istimewa ni mmg sukar dan mustahil utk ditolak. Ianya jemputan dari-Nya, raja segala raja.
Boleh lah sesekali di tanah arab para ambia, makanan sungguh lazat tak terkata..lain benar makan di Arab di Mekah..tak tahu nak cakap apa, etuza hadam semua makanan alhamdulillah syukur nikmatnya
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.