| Supermarket baru EVERWIN di Keningau NOV 2025 |
Sabtu awal pagi hari ini 29.11.2025, kemaskinikan blog untuk julung kalinya sebagai penyumbang kepada infor sosial maya internet yang sentiasa mahukan infor terkini, sahih dan yang benar .
Supermarket baru EVERWIN di Keningau NOV 2025
Keningau kini, banyak kemajuan yang ketara di Bandar ini, atas keperihatinan pemimpin dan Majlis Daerah Keningau telah nampak pembangunan pesat di Keningau. Salah satu perubahan dan fenomena di Keningau Kini NOV 2025 telah terbina atau telah diubahsuai semula bangunan MELIMEWA dahulu di tukar kepada Spermarket EVERWIN yang telah beroperasi. Everwin Keningau ialah sebuah kedai serbaneka yang telah dibuka secara rasmi di Keningau. Ia mengadakan acara "soft opening" dari 13 hingga 16 November 2025. Jadul pemukaan EVERWIN ialah seperti berikut:-
- Nama: Everwin Keningau
- Acara: "Soft opening"
- Tarikh: 13 hingga 16 November 2025
- Waktu: 8 pagi hingga 9 malam.
Selamat membeli belah kepada masyarakat di Badar Keningau. EVERWIN salah satu tempat paling dekat membuat pembelian keperluan dapur dan peralatan lain. Buat masa ini harga ada yang tawarkan murah dan berpatutan. Cuma kekurangan EVERWIN ialah tiada lif untuk naik ke tingkat atas tetapi menggunakan tangga. Agak letih juga bagi yang berusia naik tangga ke atas. Selamat memangkah atau mengundi pada hari ini. Pilihan di tangan kita semua.
| Berpusu-pusu masuk ke EVERWIN ketika Etuza datang memantau dan membuat belian. |
| Jalan-jalan meninjau jualan di EVERWIN terjumpa pula dengan kawan sekelas semasa di Universiti dahulu.Ambil gambar kenangan kami di EVERWIN. |

14 Ulasan
Banyak barang juga. Harap berpanjangan beroperasi memberi khidmat kepada warga Keningau.
BalasPadamAda berbagai jualan.., Er\verwin ni dekat..potensi jadi tumpuan
PadamMacam2 ada dijual di situ. Senang semua under 1 roof.
BalasPadamBetul, stay one stop untuk beli cash andcarry lah gitu kan..lepas tu jimat tenaga
PadamMacam meriah barang-barangnya. Warna bangunan hijau kuning mengingatkan saya pada Negeri Kedah tak pasti kenapa😅
BalasPadamNegeri Kedah, pasti lagi hebat panorama kotaraya nya, Keningau satu Daerah kecil di Sabah
Padamtak pernah nampak nama Everwin ni kat semenanjung
BalasPadamMybe di Sabah sahaja
PadamAtau ada cuma juga tempat lain kan
PadamMudah untuk membeli belah jika ada 1 supermarket yg lengkap seperti ini. Semua bisa dibeli di 1 tempat saja. Apalagi jika sedang soft opening, biasanya banyak promo diberi
BalasPadamBetul, tepat sekali , tidak perlu ke tempat lain lagi ..jimat kan
Padambarang basah macam ayam daging ikan pun ada jual jg ya?
BalasPadamAda semua dijual kat sini..
Padamnampak kemas tersusun...kalau tkde lif, susah juga nak bawa turun barang2 yg dibeli di tkt atas..pelan2 melangkah..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.