Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang.

Hadiah dari Blogger Roziah ( Cie ) Hadiah Top Komentator

5/10/2025 bersamaan hari Rabu, kesibukan menjalani program perkemahan UBF peringkat sekolah. Tiada lagi ruang masa walau sedikit untuk jengok blog dan apatah lagi mencatat entry di wall blogspot.com. Akur dengan situasi ini kerana masa itu tidak akan pernah kembali melainkan akan bermula lagi esok dan esok untuk kita lalui kehidupan harian yang saling berbeza keadaan, urusan dan tempat kita menggunakan masa yang tidak pernah menoleh ke belakang.

Hadiah Sebagai Top Komentar Telah Diterima.

Alhamdulillah, hadiah dari Blog Cie  telah selamat sampai. Hadiah pelikat dan sejadah sebagai hadiah amat menyenangkan hati Etuza. Semoga Blogger Roziah atau Cie, dilimpahkan rezeki, diberi ganjaran pahala dan rezeki . Terimakasih atas pemberian hadiah yang sangat hebat ini.

Program Perkemahan UBF 2025.

Selepas UASA semester akhir tahun ini, diadakan pula  Program Perkemahan UBF peringat sekolah yang melibatkan murid tahun 4,5 dan tahun 6. Program ini sebenarnya mahu menerapkan nilai bekerjama, yakin, bermotivasi dan berdisiplin di kalangan murd selain menyediakan berbagai aktiviti yang menyeronokkkan. Cabaran utama yang selalunya dihadapi oleh peserta ialan aktivit kembara yang melakukan penerokaan ke hutan yang berdekatan. Program Perkemahan UBF ini memang aktiviti yang menguji bakat dan ketramapilan murid.Program ini berakhir pada hari esok Jumaat 07.10.2025.

Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang.

Apabila kita berada dalam situasi yang sibuk, maka aktiviti blogging akan terbatas, dan memang akan berlaku berhari-hari tidak berjaya updatedkan blog, walau hasrat untuk mengurus blog itu berkobar-kobar. Apa yang kita dapat buat ialah hanya membaca ulasan komen dari teman bloger dan membaca catatan teman blogger mana-mana yang sempat di klik.

Kemudian kita harus terima hakikat, bahawa apabila masa itu berlalu ke hadapan, tidak akan ada lagi waktu masa kembali semula untuk menunggu kita lakukan perkara yang belum kita siapkan. Tetapi masa terus berlalu tanpa menoleh lagi ke belakang. Justru kita adalah manusia yang telah kehilangan masa yang begitu berharga sekiranya kita tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.

Pergunakan masa emas itu dengan sebaik mungkin semaksima mungkin. Jadikan masa itu sebagai pemandu arah kehidupan agar apa juga urusan kehidupan ini dapat di lalui dan menjalankan apa juga aktiviti kehidupan yang membahagiakan kita. 

Bersama teman guru di sekolah

Semoga terjalin kasih sayang yang berpanjangan antara kami.Save gambar
adik yang telah membuat gambar ini.


Gerbang khemah utama Program Perkemahan UBF SK. Penagatan 2025.

Cili bara, hasil tuaian kali ke 3 kg 100 gram

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Bila dah hujung-hujung tahun mesti semua sekolah-sekolah busy ye cikgu. Terima kasih peringatan yang cikgu berikan. Semuga murah juga rezeki cie. Pemberian yang penuh bermakna

    BalasPadam
  2. Tahniah ya, Cikgu. Laju betul Cie kirim hadiah. Alhamdulillah, rejeki.
    Semoga dipermudahkan urusan cikgu, menguruskan perkhemahan itu, ya. Tak apa, boleh urus blog dan blogwalking bila tidak sibuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah terima hadiah tu..terbaik Blogger Roziah

      Padam
  3. ramai adik beradik cikgu, 8 orang. semoga ukhwah kekal terjalin sampai syurga :D
    tahniah dapat hadiah top commentator!

    BalasPadam
  4. hadiah tu sgtlah berguna lagi bermanfaat!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tahniah dapat menjadi Top Komentator blog Cie. Semoga bermanfaat hadiahnya tu.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Ha ..kena rajin komentar lah wak..semua ada potensi..teruskan usaha ya

      Padam
  7. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan tugasan hakiki, Cikgu tetap kemaskini blog

    Teruskan berkarya

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah juga utk hasil tuaian cili bara tu. Lumayan banyak, 3kg. Boleh dijual ya...
    Kerja hakiki perlu diutamakan dan diselesaikan dulu, baru seronok nak berblog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih pandangan pesanan..dah ada yang beli cili bara..alhamdulillah..

      Padam
  9. Assalamualaikum cikgu.. moga ceria di hari jumaat yang barakah ini.. tahniah dapat hadiah.. waw ranum dan mekar cili tu.. boleh jual tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Alhamdulillah, ada rezeki titipan dariNya ustaz..Sempat updated sahaja sebelum ke lokasi perkehemahan..

      Padam
  10. Alhamdulilah tahniah...
    Cuya pon dah kurang luangkan masa dengan blog. Banyak habiskan masa dengan tugasan hakiki. Bukan senang nak konsisten kan

    BalasPadam
  11. alhamdulillah dan tahniahhhh
    jauh sejadah dan kain pelekat tu 'terbang' ;-)
    dah boleh pakai time ramadan nanti

    BalasPadam
  12. Geram tengok cili yang dituai tuh. Kehidupan memang macam tuh kan cikgu. Sokmo busy dengan pelbagai urusan. Semoga dipermudahkan semua urusannya cikgu dan teman-teman seperjuangan

    BalasPadam
  13. alhamdulillah.tahniah cikgu. hadiah yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  14. Wahhhh cili tu nampak sangat segar.....

    BalasPadam
  15. Tahniah kerana berjaya menjadi oengomen utama di blog Cie.
    Banyaknya cili yang dituai.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.