| Hadiah dari Blogger Rozoiah ( Cie ) Hadiah Top Komentator 5/10/2025 bersamaan hari Rabu, kesibukan menjalani program perkemahan UBF peringkat sekolah. Tiada lagi ruang masa walau sedikit untuk jengok blog dan apatah lagi mencatat entry di wall blogspot.com. Akur dengan situasi ini kerana masa itu tidak akan pernah kembali melainkan akan bermula lagi esok dan esok untuk kita lalui kehidupan harian yang saling berbeza keadaan, urusan dan tempat kita menggunakan masa yang tidak pernah menoleh ke belakang. Hadiah Sebagai Top Komentar Telah Diterima. Alhamdulillah, hadiah dari Blog Cie telah selamat sampai. Hadiah pelikat dan sejadah sebagai hadiah amat menyenangkan hati Etuza. Semoga Blogger Roziah atau Cie, dilimpahkan rezeki, diberi ganjaran pahala dan rezeki . Terimakasih atas pemberian hadiah yang sangat hebat ini. Program Perkemahan UBF 2025. Selepas UASA semester akhir tahun ini, diadakan pula Program Perkemahan UBF peringat sekolah yang melibatkan murid tahun 4,5 dan tahun 6. Program ini sebenarnya mahu menerapkan nilai bekerjama, yakin, bermotivasi dan berdisiplin di kalangan murd selain menyediakan berbagai aktiviti yang menyeronokkkan. Cabaran utama yang selalunya dihadapi oleh peserta ialan aktivit kembara yang melakukan penerokaan ke hutan yang berdekatan. Program Perkemahan UBF ini memang aktiviti yang menguji bakat dan ketramapilan murid.Program ini berakhir pada hari esok Jumaat 07.10.2025. Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang. Apabila kita berada dalam situasi yang sibuk, maka aktiviti blogging akan terbatas, dan memang akan berlaku berhari-hari tidak berjaya updatedkan blog, walau hasrat untuk mengurus blog itu berkobar-kobar. Apa yang kita dapat buat ialah hanya membaca ulasan komen dari teman bloger dan membaca catatan teman blogger mana-mana yang sempat di klik. Kemudian kita harus terima hakikat, bahawa apabila masa itu berlalu ke hadapan, tidak akan ada lagi waktu masa kembali semula untuk menunggu kita lakukan perkara yang belum kita siapkan. Tetapi masa terus berlalu tanpa menoleh lagi ke belakang. Justru kita adalah manusia yang telah kehilangan masa yang begitu berharga sekiranya kita tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Pergunakan masa emas itu dengan sebaik mungkin semaksima mungkin. Jadikan masa itu sebagai pemandu arah kehidupan agar apa juga urusan kehidupan ini dapat di lalui dan menjalankan apa juga aktiviti kehidupan yang membahagiakan kita. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.