Review Service Penghantaran CITY-LINK, Keningau, Sabah & Happy Deepavali.



Shipping To East  Malaysia.

"Dengan pengalaman bertahun-tahun yang dipercayai serta rangkaian logistik yang luas di seluruh Labuan, Sabah, dan Sarawak, kami menjadikan penghantaran lebih cepat dan mudah berbanding sebelum ini. Perkhidmatan kami merangkumi kemudahan gudang, proses kastam yang lancar, dan sokongan penghantaran sepenuhnya—jadi anda boleh membuat penghantaran tanpa sebarang kerisauan."


Ucapan Istemewa Buat Rakyat Malaysia Happy 👉 Deepavali.

" Happy Deepavali yang merayakan Deepavali di mana juga berada di Malaysia. Etuza hendak mengucapkan sepecial ucapan hari Deepavali kepada Familly sahabat saya iaitu Syukur Nadiu Abdullah di Keningau. Semoga bahagia di Hari Deepavali bersama keluarga yang dicintai"
Pengalaman Menggunakan Service Penghantaran Syarikat CITY-LINK, Keningau, Sabah.

17/10/2025, Jumaat, Etuza membuat penghantaran bungkusan kepada blogger yang berjaya meneka bilangan telur dalam bekas putih dalam GIVEAWAY di laman blog Etuza. Blogger ini berjaya meneka dengan betul dan merupakan yang terpantas meneka dalam kesamaran. Hebat AbuIkhwan dan Blogger NA meneka. Tahniah sekali lagi.

Syarikat ABX Keningau.
Banyak ya, di Keningau perkhidmatan penghantaran dan penerimaan serahan barang kiriman, antaranya ABX, JNT, Pos Laju, GDEX  dan City-Link. Dan ada lagi yang Etuza tidak ingat. Kali ini Etuza diarahkan ke CITY-LINK oleh ABX kerana agen ini tidak menerima bungkusan kiriman yang ada kandungan makanan, seperti serbuk minuman 3in1. Agak kecewa Etuza kerana hal sebegini membuang masa bagi Etuza. Sudah berbaris Jammed kereta di Jalan Raya, apabila sampai tempat dituju, diarahkan ke tempat lain pula. Sebab itu kemarin dah menjelang Maghrib baru sampai di rumah. 

Alhamdulillah, sampai di agen Penghantaran Kiriman di CITY-Link pada masa paling happy kerana dalam City-Link taiada pelanggan lain, Hanya Etuza seorang dan amat selesa berurusan dengan pekerja di CITY-LINK Keningau di area barisan  Hotel Sento Keningau. Memberikan alamat dan no telefon Etuza dan menunggu pekerja siap membuat kerjanya tentang bungkusan kiriman Etuza. Katanya, dia ikut saja nama dan alamat yang diberikan dan nombor telefon yang diberi. Selesai membuat pembayaran kos penghantaran ke Kuantan Pahang dan ke Melaka, Etuza ucapkan terima kasih dan berlalu ke kereta.

Bergerak ke UTC Keningau pula, urusan Suri Hati untuk meminta sahkan salinan kad pengenalan. Lalu masa menunggu Suri Hati selesai di UTC, Etuza cek resit penghantaran barang ke Pahang dan ke Melaka. Ternyata pekerja dari CITY-Link Keningau telah tersilap satu hurup nama sepatutnya ABUIKHWAN, tetapi tertulis ABULIKHWAN. Apapun layanan dari pekerja CITY-LINK Keningau memang terbaik dan mesra kepada pelanggan.  Semoga sampai bungkusan kiriman dari Etuza kepada mereka berdua. Harap cepat sampai dan Blogger AbuIkhwan dan NA gembira mendapat hadiah dari saya addmin blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.

Suri hati ambil gambar sebelum ke CITY-LINK, Keningau.
 
Ini bungkusan, tak tahulah apa dalam kotak ni..jika dah terima, beri khabar berita ya.

Gambar kedai CITY-LINK di Keningau, Sabah.

Berhenti di bahu jalan di UTC, Keningau. Bangunan tinggi itu adalah Hotel Juta, Keningau.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. biasanya kos pos antara semenanjung dan sabah sarawak agak pricey jugakkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, kita kena rapi bungkusan..sebelum mereka terima, berdebar menanti..harap selamat, kerana kita ikhlas.

      Padam
  2. Servis City Link ni lebih murah dari poslaju ke? Saya biasanya guna perkhidmatan poslaju sebab dieorang boleh ambik bungkusan di rumah jadi tak payah susah-susah nak ke pejabat pos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pos Laju lagi murah, cuma saya nak cepat berurusan kemarin tu yang pergi ke City-Link..tak apa janji sampai dan barang kiriman selamat..

      Padam
  3. Apa la dalam bungkusan tu ye. Post kalau ada akaun easy parcel murah sikit boleh pilih courier mana yang sesuai dengan bajet kita. Masukkan alamat & berat barang terus dah boleh tau harga. Boleh print sendiri di rumah & just drop je barang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe samapi baru tahu..harap dua blogger ni sabar menanti..

      Padam
  4. Tahniah kepada pemenangnya. Cukup suka membaca gaya olahan bahasa penulisan disini sangat tersusun dan mudah difahami. Tidak seperti di blog saya penulisan ibu Aqil ni agak carca merba. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga tersilap ejaan ni, masih belajar penulisan di blog..Kadang kena ada SEO Friendly dengan guna key word

      Padam
  5. so far sy guna city link ni ok... tak ada masalah...

    BalasPadam
  6. pernah juga pos barang ke sibu guna poslaju.. moga dipermudah semua urusan

    BalasPadam
  7. saya jarang berurusan dgn city link ni. tapi kalau beli barang dari lazada, kadang parcel dihantar oleh city link

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.