Service Penghantaran Syarikat CITY-LINK, Keningau, Sabah & Happy Deepavali.



Shipping To East  Malaysia.

"Dengan pengalaman bertahun-tahun yang dipercayai serta rangkaian logistik yang luas di seluruh Labuan, Sabah, dan Sarawak, kami menjadikan penghantaran lebih cepat dan mudah berbanding sebelum ini. Perkhidmatan kami merangkumi kemudahan gudang, proses kastam yang lancar, dan sokongan penghantaran sepenuhnya—jadi anda boleh membuat penghantaran tanpa sebarang kerisauan."


Ucapan Istemewa Buat Rakyat Malaysia Happy 👉 Deepavali.

" Happy Deepavali yang merayakan Deepavali di mana juga berada di Malaysia. Etuza hendak mengucapkan sepecial ucapan hari Deepavali kepada Familly sahabat saya iaitu Syukur Nadiu Abdullah di Keningau. Semoga bahagia di Hari Deepavali bersama keluarga yang dicintai"
Pengalaman Menggunakan Service Penghantaran Syarikat CITY-LINK, Keningau, Sabah.

17/10/2025, Jumaat, Etuza membuat penghantaran bungkusan kepada blogger yang berjaya meneka bilangan telur dalam bekas putih dalam GIVEAWAY di laman blog Etuza. Blogger ini berjaya meneka dengan betul dan merupakan yang terpantas meneka dalam kesamaran. Hebat AbuIkhwan dan Blogger NA meneka. Tahniah sekali lagi.

Syarikat ABX Keningau.
Banyak ya, di Keningau perkhidmatan penghantaran dan penerimaan serahan barang kiriman, antaranya ABX, JNT, Pos Laju, GDEX  dan City-Link. Dan ada lagi yang Etuza tidak ingat. Kali ini Etuza diarahkan ke CITY-LINK oleh ABX kerana agen ini tidak menerima bungkusan kiriman yang ada kandungan makanan, seperti serbuk minuman 3in1. Agak kecewa Etuza kerana hal sebegini membuang masa bagi Etuza. Sudah berbaris Jammed kereta di Jalan Raya, apabila sampai tempat dituju, diarahkan ke tempat lain pula. Sebab itu kemarin dah menjelang Maghrib baru sampai di rumah. 

Alhamdulillah, sampai di agen Penghantaran Kiriman di CITY-Link pada masa paling happy kerana dalam City-Link taiada pelanggan lain, Hanya Etuza seorang dn amat selesa berurusan dengan pekerja di CITY-LINK Keningau di area barisan  Hotel Sento Keningau. Memberikan alamat dan no telefon Etuza dan menunggu pekerja siap membuat kerjanya tentang bungkusan kiriman Etuza. Katanya, dia ikut saja nama dan alamat yang diberikan dan nombor telefon yang diberi. Selesai membuat pembayaran kos penghantaran ke LKuantan Pahang dan ke Melaka, Etuza ucapkan terima kasih dan berlalu ke kereta.

Bergerak ke UTC Keningau pula, urusan Suri Hati untuk meminta sahkan salinan kad pengenalan. Lalu masa menunggu Suri Hati selesai di UTC, Etuza cek resit penghantaran barang ke Pahang dan ke Melaka. Ternyata pekerja dari CITY-Link Keningau telah tersilap satu hurup nama sepatutnya ABUIKHWAN, tetapi tertulis ABULIKHWAN. Apapun layanan dari pekerja CITY-LINK Keningau memang terbaik dan mesra kepada pelanggan.  Semoga sampai bungkusan kiriman dri Etuza kepada mereka berdua. Harp cepat sampai dan Blogger ABUIkhwan dan NA gembira mendapat hadiah dari saya addmin blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.

Suri hati ambil gambar sebelum ke CITY-LINK, Keningau.
 
Ini bungkusan, tak tahulah apa dalam kotak ni..jika dah terima bilah khabar berita ya.

Gambar kedai CITY-LINK di Keningau, Sabah.

Berhenti di bahu jalan di UTC, Keningau. Bangunan tinggi itu adalah Hotel Juta, Keningau.

Catat Ulasan

0 Ulasan