Siri 7 Throwback Gambar Ziarah Di Sekitar Madinah, Mengetuk Pintu Hati

Inilah hotel tempat kami menginap di Kota Madinah,Hotel bertaraf hampir 4 Bintang
Melihat gambar-gambar kiriman Saudara Julkifly, merenunginya bagaikan mengetuk pintu hati,mampukah lagi ke Tanah Suci Mekah dan di Madinah suatu masa.

Gambar di Madinah( "Haramain" ) Mengetuk Pintu Hati.

Melihat dan membaca di blog Blogger Anies paparan blog Blogger ini ialah dia dan team sedang Flight ke Arab Saudi untuk menunaikan Umrah. Boleh klik blog Anies. Lalu melihat gambar-gambar dalam album Google Play kiriman Julkifli. Masih tersimpan rupanya banyak gambar yang Saudara Julkifli kongsikan tempoh hari Umrah Safwah 28 Nov 2019.

Gambar-gambar semuanya menarik dan terang telah Mengetuk Pintu Hati Etuza untuk berniat hendak tunaikan Umrah lagi ke tanah suci Mekah. Semoga terkabul hasrat ini.Aammin. Telah lima tahun berlalu gambar Umrah Safwah masih tersimpan rapi lagi dan merasa terlalu bersyukur Etuza dan saudara yang lain diberi peluang oleh Allah untuk umrah masa itu. Umrah yang menjadi dambaan harapan ramai masyarakat Islam di seluruh Dunia. Umrah Safwah ini kami lakukan dengan keadaan suasana damai tenang dan penuh sarat dengan ukuhuwa silaturahim tanpa ada cabaran, dan kemudian sebaik kami balik ke Malaysia, tiba-tiba meledak Covid-19. Ramai rakyat Malaysia terkesan hingga mengakibatkan ramai yang meninggal dunia akibat serangan Covid-19.

Ziarah Sekitar Madinah, Masjid Nabawi Yang Tenang Persekitarannya. Bangunan Tinggi Mencakar Langit.

Sungguh damai dan tenang terasa berada di Madinah, bangunan tinggi-tinggi dan pada halaman Madinah ada beberapa masjid yang tidak digunakan pada tahun 2019. Berdindingkan bata  di cat kelabu, bentuk asal di kekalkan. Masa kami ziarah sekitar Madinah masjid dekat Majid Nabawi seperti  Masjid Al-Ghamamah Dan Masjid Abu Bakar yang terletak sebelah menyebelah di Madinah. Sangat cantik binaannya, walaupun agak kecil saiz binaannya.Masa itu masjid ini ditutup menjadikan kami tidak dapat melihat dalaman masjid ini.

Pada masa ini masjid dekat sekitar hampir dengan Masjid Nabawi kelihatan boleh masuk tengok dalaman dan boleh solat dalam masjid ini. Mungkin kerana Kerajaan di Madinah telah selesai membuat pembaikan. Masjid ini, mengimbau nama sorang pemimpin Islam masa zaman nabi iaitu Abu Bakar Assidiq. Masjid ini pada masa kami melawat sekitarnya kelihatan burung merpati amat banyak di dataran masjid ini tanpa berganjak. ramai pelawat di Madinah memberikan makanan kepada burung merpati kerana ada seorang pemuda menjual bungkusan makanan burung dalam plastik berharga satu rial.

Mutawif Menyampaikan Tazkirah, Mendengar Dengan Penuh Khyusuk.

Mutawif kami pada masa Umrah ini ialah Alfadil Ustaz Kiffly Bin Yasoi, berasal dari Keningau, Sabah. Lelaki berjubah hitam dan berkopiah corak putih hitam itu, dan gambarnya sering ke hadapan, tangan menunjuk ke arah satu tempat itulah dia mutawif kami. Seorang yang mudah tersenyum dan ceria. Dia memberikan Tazkirah ( Lupa tajuk ) semasa kami duduk berkumpul berehat dekat Masjid Abu Bakar. Semua jemaah Umrah mendengar dengan khyusuk tazkirah yang disampaikan. Semua itu membuat hati rindu, rindu kedamaian dan ibadah penuh lima waktu solat dan menziarahi tempat bersejarah sekitar Masjid Nabawi di Madinah.Kadang kala mutawif bergurau dalam dakwahnya, ramai ketawa dan terhibur seolah hilang rasa penat.

Umrah dan Haji.

Semua kita yang berfikiran dan beragama Islam sekiranya ada kemampuan hendak sangat tunaikan Umrah dan Haji. Haji merupakan Rukun Islam ke 5 yang wajib ditunaikan bagi yang berkemampuan. Pastilah menunaikan Haji mengambil masa hampir 2 bulan berada di Mekah dan Madinah. Pastilah juga ada banyak pengalaman dan sarat dengan ilmu pengetahuan tentang cara sebenar Program ibadah Haji. 

Rasanya begitu teringin hendak menunaikan ibadah Haji, namun mampukah atau jika mampu bilakah masanya dan pada tahun berapa.? Itu semua Allah yang lebih tahu, mari lah berserah dan berdoa agar kita juga suatu masa mampu menunaikan ibadah Haji. Klik SINI doa dalam blog, yang disajikan kepada umum doa doa agar cepat tunaikan Haji. InshaAllah semoga membantu. Throwback siri 7 gambar-gambar Umrah Safwa mengetuk pintu hati. Salam sayang semua, jumpa lagi.

1. Doa Pertama. Silakan klik SINI  Doa yang lainnya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُبَلِّغُنَا بِهَا حَجَّ بَيْتِكَ الْحَرَامِ، وَزِيَارَةَ حَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ عَلَيْهِ اَفْضَلُ الصَّلَاةِ وَالسَّلاَمِ، فِي صِحَّةٍ وَعَافِيَةٍ وَبُلُوْغِ الْمَرَامِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allahumma shalli ala sayyidina muhammadin shalatan tuballighuna biha hajja baitikal haram, wa ziyarata habibika muhammadin alaihi afdhalush shalati wassalam fi sihhatin wa ‘afiyah wa bulughil marami wa ala alihi wa sahbihi wa sallim.

Artinya:

Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Muhammad saw. dengan berkah shalawat yang dapat menyampaikan kami dengannya untuk berkunjung ke rumah-Mu yang mulia dan mengunjungi makam nabi-Mu.( Sumber BPKH~ Badan Pengelola Keuangan Haji)

Semoga Allah perkenankan lagi Umrah, semoga ada kesempatan atas izinNya.Aamiin.
Gambar ini kami mulai gerak ziarah sekitar Masjid Nabawi di Kota Madinah.
 
Seingat Etuza ini ketika menunggu bas di sekitar Kota Mekah, dimana kami akan bergerak ke Kota Madinah.

Mutawif memberikan arahan dan minta agar kami jemaah jalan berkelompok semasa
aktiviti ziarah sekitar Masjid Nabawi. Masa ini awal pagi dan agak sejuk.

Gambar depan Masjid Nabawi, menjadi kenangan terindah dalam kamus hidup ku..Damainya 
di Madinah, segar udara dan terasa tiada tekanan membaluti diri.



Seorang Mutawif dari suku Kadazan Dusun dari Keningau Sabah. Kometted memberikan tazkirah,ceria dan ada masa lawak pada dakwahnya.Dia lah Ustaz Kiffly Bin Yasoi.



Pintu masuk ke Masjid Nabawi. Pintu 15.

Saudara Julkifli candid, gambar tak tahu ni bila di ambil. Yang pasti berada di sekitar 
Kota Madinah.







"Laban" yang dimaksud adalah minuman atau pencuci mulut viral di Mekah yang disebut B'Laban. B'Laban adalah pencuci mulut yang kental, manis, dan menyegarkan yang menjadi favorit banyak jemaah umrah. 




                                                                                                                                                         


Melihat burung berterbangan di laman Masjid Nabawi, membuat hati rindu sangat hendak
lagi ke Kota Madinah, sebuah kota yang damai dan tenang dari tekanan kehidupan.






Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Allahuakbar rindunya tanah suci mekah dan Madinah. Saya sudah buat umrah tahun 2017 dan sekarang selalu berdoa semuga Allah jemput pula menunaikan haji tahun hadapan sebelum saya pencen. Semuga Allah makbulkan doa saya. Aamiin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, seronok tengok gambar-gambar di tanah suci, doakan kami juga ya cikgu

    BalasPadam
  3. Tenang sahaja melihat gambar PE di Tanah Suci.. Semoga akan sampai juga suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  4. haha terkejut tgk nama kena petik🤣🤣

    sy suka dengan ketenangan di madinah... jln nya rata, bersih dan nak ke mana2 dekat je...

    moga kita semua ada rezeki utk jumpa Rasulullah SAW sekali lg

    aminnn

    BalasPadam
  5. Moga kami juga dpt ke sana seawal yang boleh...insyaAllah

    BalasPadam
  6. semoga Allah izinkan kami kesana lagi

    BalasPadam
  7. alhamdulillah kembara di bumi Rasullullah beribadah umrah n ziarah

    BalasPadam
  8. Mudah-mudahan ada rezeki kita utk kembali ke tanah suci lagi Cg. Sy pun rindu pada Haramain 🥹

    BalasPadam
  9. cantik gambar di haramain.. jelas dan terang.. moga ada rezeki untuk ke sana lagi..

    BalasPadam
  10. Tanah suci tidak pernah sunyi dari kunjungan umat Islam dari seluruh dunia. Semoga terus makmur dengan pelbagai rezeki dari segenap penjuru.

    BalasPadam
  11. Moga ada rezeki kita semua utk repeat ke sana lagi insya Allah

    BalasPadam
  12. Semua yang pernah menunaikan Umrah dan Haji akan memberitahu 1 perkara yang sama 'rindu hendak kembali ke Makkah dan Madinah'. Semoga semuanya ada rezeki untuk dijemput kembali ke sana.

    BalasPadam
  13. cantiknya semua gambar2 ni! seronok baca pengalaman cikgu kesana

    BalasPadam
  14. Antara Mekkah dan Madinah, saya memang lebih sukaaaa sekali medinah. Rasa sejuk, bersih dan teratur kotanya. Memang rindu sangat nak kembali ke sana. Trakhir umroh saya 2018. Semoga ada rezeki bisa kesana lahh dengan anak2 juga

    BalasPadam
  15. Air Laban tu, kakak saya selalu beli semasa di sana, sebab menyenangkan buang air. 😊 Semoga ada rezeki untuk kita semua kembali ke sana, untuk tunaikan haji pula. Aminnn....

    BalasPadam
  16. Oh buat pada 2019! Ya Allah, dah lama tapi ingatan itu masih segar. Gambar-gambar memang cantik.
    Moga kita semua dapat melaksanakan haji pula. Amin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.