Cili Bara Benih Online Di Shopee Malaysia.

Cili bara beli benih dari Shopee online, kini hasilnya dipetik.

Cili Bara, hasil tuaian hari ini, Suri Hati membungkus dan minta dipromot kepada kawan-kawan.

Menarik Blog ini, kita berikan Support.Iqra / bacalah.
Teka mangga blogger :-Bantu blog agar ke udara 💁 Pemenang Jom Teka Berat Mangga Udang Lagi!.
Blogger Abu Ikhwan Ke Indonesia ( Baca Perkongsiannya) Klik 💁SINI.

Hari Ini, Masih Cuti Sempena Deepavali.

Hari ini, cuti lagi sempena Perayaan Deepavali tahun 2025. Etuza sekali lagi ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pembaca India yang merayakan hari bahagia Deepavali walau di mana juga berada. Begitu juga rakan blogger yang ada kacukan India. Masyarakat Malaysia kini telah ramai yang mix suku kaum melalui perkahwinan campur yang sejak dahulu berlaku.

Kesempatan awal pagi melawat zon tanaman Cili Bara Etuza dalam pasu dan poli bag. Kelihatan buah lada bara kemerah merahan semakin banyak dan cantik sekali buahnya agak panjang dan gebu. Tidak banyak yang rosak melainkan ada beberapa buah yang terbakar akibat panas matahari.

Benih Cili Bara Beli Di Shopee Online.

Benih biji cili bara ini anak Etuza beli di Shopee Online, dia membeli benih ( biji ) cili bara api ini, setelah melihat vedio tentang Sambal Nyet  Berapi dari Khairul Aming.Selain anak Etuza sering melihat proses penanaman Pokok Lada bara melalui UTUBE. Tanpa memberitahu Etuza dia membenihkan benih Cili Bara yang telah sampai dari Shopee. Etuza melihat benih cili bara yang di tanam oleh anak semuanya menjadi dalam kuantiti yang sangat banyak. Lalu kami sekeluarga menanam anak benih Cili Bara bersama di tanah, di bayung dan di pasu yang tidak digunakan lagi.

Hari ini, inilah hasil cili bara, tidak habis untuk dimakan dan digunakan. Hari ini suri hati telah menmbahkan cili bara dalam beberapa biji apabila menyediakan sambal mangga air yang dihiris halus, meletakkan cili bara pada sayur berasaskan pucuk keladi muda masak lemak cili bara.Antara ramuan yang ditambah pada sayur pucuk keladi muda ialah, udang kering dan ikan bilis manis. Dimasukkan santan kelapa dan cili bara. Masakan kampung yang lazat sajian kami hari ini 22/10/2025.

Terima Kasih Khairul Aming.

Anak mendapat sentuhan semangat untuk belajar membuat Sambal versi keluarga Etuza. Katanya hendak buat Sambal Cili Bara kerana bekalan cili bara kini di laman semakin banyak. Selain itu katanya hendak promot kepada peniaga mee goreng tepi jalan. Dan ternyata semua cili bara yang telah dimasukkan dalam plastik telah ditempah oleh kawan-kawanya. Alhamdulillah, berbudi kepada tanah tidak mengecewakan. 
Syukur kepadaNya, Dia lah yang memberi rezeki tanpa diduga. Kepada Khairul Aming, kami menghargai dan letak gambar dan link instagram Khairul Aming di blog Etuza. Jumpa lagi di lain catatan.

Carian di google Gambar Khairul Aming.
KLIK gambar Khairul Aming atau Klik Instagram Kairul Aming.







Sambal Nyet Berapi, produk Khairul Aming. Terbaik

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Wahhhh meriahnya hasil cili yang cikgu tanam. Merah Mak Ngah semuanya. Saya telah blogwalking di 2 blog yang cikgu sharekan dalam post ini. Terima kasih di atas perkongsiannya

    BalasPadam
  2. wow cilinya..alhamdulillah, meriah hasil..merah sungguh

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..menjadi sumber rezeki

    BalasPadam
  4. masyaAllah , berbudi pada tanah ... alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Assalmualaikum cikgu.. Wah nampak menjadi cili tu.. cantik kalernya merah menyala.. baja apa agaknya yang digunakan..

    BalasPadam
  6. wah boleh buat produk sambal nyet cikgu Etuza pula bahannya dah ada

    BalasPadam
  7. Betul lah orang cakap... apa saja ada di shopee...

    BalasPadam
  8. sambal nyet khairul aming tu sentiasa ada stok dlm peti sejuk di rumah saya...memang sentiasa beli bila habis, tp lama jugak tahan sebotol sbb mkn time teringin ajer, bkn mkn hari2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkenal dah sambal nyet KA ni MZ, first time makan anak oder hari tu..berselera anak-anak makan..sekarang ni buat sambal sendiri..

      Padam
  9. Tu dia hasil yg memberangsangkan.. merah menyala cili tu.. kita kalau tanam cili hidup segam mati tak nak hahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, syukur semuanya menjadi, dah dua kali tuaian, ramai suka beli..lada bara ni gebu gebu..

      Padam
  10. Uwaaaah subuuuurnya cabe rawit yang didapat 😍😍😍😍. Saya nih penyuka pedas bang. Jadi kalau makan tanpa sambal memang macam tak makan 🤣. Pasti sedaaap sambal yg dibuat dari cabe hasil kebun sendiri

    BalasPadam
  11. Cili bara ini saya biasa guna sebiji saja dalam masakan, sebab jenis tak tahan pedas. Banyaknya hasil tuaian cili di rumah Cikgu. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.