Cili Bara Benih Online Di Shopee Malaysia.

Cili bara beli benih dari Shopee online, kini hasilnya dipetik.

Cili Bara, hasil tuaian hari ini, Suri Hati membungkus dan minta dipromot kepada kawan-kawan.
Hari ini, cuti lagi

Hari ini, cuti lagi sempena Perayaan Deepavali tahun 2025. Etuza sekali lagi ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pembaca India yang merayakan hari bahagia Deepavali walau di mana juga berada. Begitu juga rakan blogger yang ada kacukan India. Masyarakat Malaysia kini telah ramai yang mix suku kaum melalui perkahwinan campur yang sejak dahulu berlaku.

Kesempatan awal pagi melawat zon tanaman Cili Bara Etuza dalam pasu dan poli bag. Kelihatan buah lada bara kemerah merahan semakin banyak dan cantik sekali buahnya agak panjang dan gebu. Tidak banyak yang rosak melainkan ada beberapa buah yang terbakar akibat panas matahari.

Benih Cili Bara Beli Di Shopee Online.

Benih biji cili bara ini anak Etuza beli di Shopee Online, dia membeli benih ( biji ) cili bara api ini, setelah melihat vedio tentang Sambal Nyet  Berapi dari Khairul Aming.Selain anak Etuza sering melihat proses penanaman Pokok Lada bara melalui UTUBE. Tanpa memberitahu Etuza dia membenihkan benih Cili Bara yang telah sampai dari Shopee. Etuza melihat benih cili bara yang di tanam oleh anak semuanya menjadi dalam kuantiti yang sangat banyak. Lalu kami sekeluarga menanam anak benih Cili Bara bersama di tanah, di bayung dan di pasu yang tidak digunakan lagi.

Hari ini, inilah hasil cili bara, tidak habis untuk dimakan dan digunakan. Hari ini suri hati telah menmbahkan cili bara dalam beberapa biji apabila menyediakan sambal mangga air yang dihiris halus, meletakkan cili bara pada sayur berasaskan pucuk keladi muda masak lemak cili bara.Antara ramuan yang ditambah pada sayur pucuk keladi muda ialah, udang kering dan ikan bilis manis. Dimasukkan santan kelapa dan cili bara. Masakan kampung yang lazat sajian kami hari ini 22/10/2025.

Terima Kasih Khairul Aming.

Anak mendapat sentuhan semangat untuk belajar membuat Sambal versi keluarga Etuza. Katanya hendak buat Sambal Cili Bara kerana bekalan cili bara kini di laman semakin banyak. Selain itu katanya hendak promot kepada peniaga mee goreng tepi jalan. Dan ternyata semua cili bara yang telah dimasukkan dalam plastik telah ditempah oleh kawan-kawanya. Alhamdulillah, berbudi kepada tanah tidak mengecewakan. 
Syukur kepadaNya, Dia lah yang memberi rezeki tanpa diduga. Kepada Khairul Aming, kami menghargai dan letak gambar dan link instagram Khairul Aming di blog Etuza. Jumpa lagi di lain catatan.

Carian di google Gambar Khairul Aming.
KLIK gambar Khairul Aming atau Klik Instagram Kairul Aming.







Sambal Nyet Berapi, produk Khairul Aming. Terbaik

Catat Ulasan

0 Ulasan