Widget Top Komentar Perlu Ada Di Dalam Paparan Blog Anda.

 


Puas membuat kajian dan belajar ikut tutorial pasang widget TOP KOMENTAR.

Hari ini, Ahad 21.09.2025, terdetik hati hendak memasang widget top komentar. Ini ilham apabila melihat agak ramai teman blogger yang drop komen di blog Etuza. Itu menunjukkan mereka ikhlas membaca tiap catatan di wall blog Pesona Etuza ini. Ya, sebagai menghargai mereka, maka terfikir hendak melihat komen terbanyak. Mungkin ada manfaatnya selagi selalu di laman blogspot.com. Bagi yang sudah sepi memeriahkan bloggging ini, tidak apa masih terlalu ramai yang masih ada sebagai teman sembang dalam ruang komentar.

Gagal Memperolehi Widget Top Komentar.

Nampaknya hingga kini belum Etuza berjaya mendapatkan kod yang betul-betul benar hingga akan terbit imej kawan-kawan yang selalu drop komentar. ChatGPT juga sudah Etuza mengadu, akan tetapi belum berjaya. Minta kepada blogger yang ada kemahiran dan ilmu cara mudah letak Widget Top Komentar, bantulah Etuza, Etuza akan menghargai anda sehingga bila-bila, atau dengan kata yang lebih bermakna akan Etuza ingat nama blogger itu hingga ke titik akhir kehidupanku. InshaAllah. 

Terima kasih kepada blogger MrHanafi blogger dari Sarawak kerana sudi menegur Etuza mengenai kesilapan ejaan. Etuza sangat hargai dan bersyukur atas teguran yang membuat Etuza akan berhati-hati membuat catatan akan datang.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Saya pun nak pasang, tapi tak reti.. dah pernah try code dari chatgpt tapi tak jadi juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, samalah kita dah cuba chatGPT tak berjaya..Pasti boleh kita teruskan usaha ya..

      Padam
  2. Kalau masih tak berjaya minta lagi coding dengan chatgpt nanti dia akan bantu. Cie dulu berpuluh kali pasang & ubah semuanya chatgpt bantu bagi code sampai berjaya pasang.

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya pasang widget Top Komentator.
    Dulu macam senang saja nak pasang tapi sekarang agak sukar mungkin aplikasi sudah berubah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.