Unik & Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah.

 

Iguana hidup dipamerkan semana Fama Fiest baru-baru ini di Kenuingau

Pameran Unik Dari Taman Taman Sabah.

Fama Festival, di Dataran padang Bandar Keningau baru-baru ini selama tiga  hari bersamaan 29, 30 dan 31 Ogos menjadi viral di Keningau dan juga Negeri Sabah di Bawah Bayu, apabila berjaya diadakan dengan jayanya. Pameran dianjurkan dengan kerjasama pihak FAMA Daerah Keningau,  termasuk Jabatan Peladang Daerah Keningau, Jabatan Taman Taman Sabah, para penggiat perniagaan dan sebagainya. 

Taman Taman Sabah datang mempamerkan haiwan hidup seperti ular, iguan, ayam serama, tikus belanda dan pameran bintang sebenar yang diawet. Lokasi pameran ini menjadi tumpuan ramai, terutama ibubapa yang datang bersama anak anak mereka ke Fama Fest ini. Etuza tidak terkecuali datang menyakiskan pameran dan sangat tertarik dengan gaya dan aksi Ayam Serama memberikan hiburan kepada semua pengunjung yang datang. 

Ayam Seramah Menjadi Tumpuan.

Ayam Serama bertubuh kecil molek, kelihatan seperti patung bernyawa meliuk lentuk kan leher dan kepala mendongak hingga cecah belakang, sambil berbunyi begitu menarik hingga dikerumuni kanak-kanak.Ayam Serama juga kelihatan berdiri tegak tidak bergoyang seolah berdiri tegak seorang parajurit. Hebatnya Ayam Serama ini apabila harga jualan mencecah RM446.00 dan telah pun dibeli beberapa ekor. Etuza melihat Ayam Serama ini seperti burung, berjalan tegak dengan ekor yang kembang ke atas. Unik sungguh cipatan Allah ini. Subahanallah.

Infor Dari Pegawai Taman Taman Sabah.

1. Semua pameran yang di awet di larang untuk menyentuh kerana bulu haiwan seperti kucing hutan dan lainnya di letakkan bahan pengawet dikhuatiri ada racun yang merosakkan kulit tapak tangan jika disentuh.

2. Semua haiwan yang diawet seperti kucing sebenar, kucing hutan, anak harimau, ular dan rama-rama adalah haiwan yang sebenar.

3. Bagaimana haiwan ini diambil lalu diawet?. Katanya, haiwan seperti kucing di langgar kereta di hantar ke Jabatan TamanTaman Sabah lalu diawet. Begitu juga dengan ular ada yang mati di jalan raya mereka ambil adan awetkan. 

4. Pameran ini dilakukan untuk memeberi kesedaran kepada masyarakat bahawa haiwan kecil seperti spesis rama-rama, kalajangking dan burung harus diketahui oleh golongan kanak-kanak sama ada mengetahui infor haiwan ini merbahaya atau tidak.

5, Mewujudkan kasih sayang dan mengasihi haiwan yang boleh dijinakkan seperti ayam serama,ular dan iguana.Hanya dengan memberi makanan kepada haiwan ini, haiwan ini tidak akan menganggu sesiapa yang melihatnya, malah boleh dipegang dan dibelai.

Makanan Kudapan dan Cicipan RM10.00 Tiga Plastik.

Baiklah hanya itu informasi yang dapat disampaikan. Saksikan berbagai pameran yang diadakan termasuk pameran unik Pokok Renek yang dibonzaikan, pameran makanan dan sebagainya. Unik nya makanan yang sesuai untuk kudapan dan cicipan ini dijual dengan harga RM10.00 untuk tiga plastik. Iaitu makanan seperti koropok pisang, lekor,kuih kering yang berbagai jenis. Ada juga makanan seperti amplang yang terkenal di Sabah, ikan bilis manis dan pelbagai lagi.Hebat pameran ini di Fama Fest Dataran Keningau, Sabah.

Telur Ayam Penelur.

Terakhir sekali gambar telur ayam. Dihantar kepada seseorang tetapi  hanya diminta diletakkan di luar pondok sekuriti. Sekuriti yang menjaga telur sementara waktu, diucapkan jutaan terima kasih.Jumpa lagi, salam kasih sayang.Selamat membaca.


Pelbagai jenis kucing dan kucing hutan diawet.Kelihatan amat menarik.

Terdapat juga burung yang diawetkan oleh Jabatan  Taman Taman Sabah.

Pelbagai haiwan, ular, tupai yang telah diawet dipamerkan.

Burung Puyuh..ini dipamer dan dijual

Ayam Serama bertubuh kecil molek.Dijual RM446.00

Saksikan Vedio Ayam Serama di Fama Festival Keningau, Sabah.

Tikus hidup

Pelbagai spesis haiwan, menarik perhatian ramai orang berkunjujg.

Rama-rama






Pokok Bonzai


Pelbagai jenis makanan sesuai untuk kudapan dan cicipan.

Beli RM10.00 dapat tiga plastik makanan ini.

Telur ayam~ Cod, menanti tuannya datang ambil.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Menarik jugak pameran dan karnival sebegini. Dapat la tengok lebih dekat haiwan2. Dapat juga beli barang2 jualan.

    BalasPadam
  2. saya suka berkunjung ke pameran yang macam ni.. pendekata kalau dah pi berjamlah dari satu both ke both yang lain,

    BalasPadam
  3. Wiiiiiih mahal juga si ayam Serama ya bang 😍.

    Agak tenang hati saya saat baca hewan2 yg diawetkan memang Krn tertabrak , bukan s ngaja dibunuh. Krn ada banyak juga orang2 yg tega membunuh mahkluk lainnya, hanya utk mengawetkan atau mengambil sesuatu dari tubuh hewan. Hanya untuk ego yg seperti itu 😞.

    BalasPadam
  4. pameran FAMA pelbagainya fauna Sabah menguja pandang

    BalasPadam
  5. Salam Hari isnin cikgu etuza, siap ada yang diawetkan. Cantik Ayam serama tapi mahal kalau nak beli 😅

    BalasPadam
  6. Program yang menarik. mana-mana pengunjung terutama kanak-kanak dapat melihat secara dekat semua haiwan yang ada. Kalau saya.. saya pun teruja..

    BalasPadam
  7. comelnya kucing hutan. tak dapat jumpa depan, dapat jumpa versi yang diawet pun tak apalah

    BalasPadam
  8. jadi hewan hewan yang diawetkan ini hewan yang sudah mati dan dimanfaatkan ya pak etuza? syukurlah berarti tidak membunuh secara langsung.

    terlepas dari itu hewan hewannya sangat eksotis, apalagi burung burung nya.

    suasananya sangat mirip di indonesia 😂

    BalasPadam
  9. Bagusnya pameran macam ini.. Ada haiwan yang baru pertama kali kita tengok.. Memang bagus untuk pengetahuan umum selain beriadah bersama keluarga..

    BalasPadam
  10. Seram pulak tengok haiwan yang diawetkan tu. Kalau serangga dah biasa tengok. Bagus juga ada pameran macam ni. Dapat tahu lebih lagi tentang haiwan tersebut. Ada yang rare tak pernah tengok lagi.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.