Iguana hidup dipamerkan semana Fama Fiest baru-baru ini di Kenuingau
Pameran Unik Dari Taman Taman Sabah.
Fama Festival, di Dataran padang Bandar Keningau baru-baru ini selama tiga hari bersamaan 29, 30 dan 31 Ogos menjadi viral di Keningau dan juga Negeri Sabah di Bawah Bayu, apabila berjaya diadakan dengan jayanya. Pameran dianjurkan dengan kerjasama pihak FAMA Daerah Keningau, termasuk Jabatan Peladang Daerah Keningau, Jabatan Taman Taman Sabah, para penggiat perniagaan dan sebagainya.
Taman Taman Sabah datang mempamerkan haiwan hidup seperti ular, iguan, ayam serama, tikus belanda dan pameran bintang sebenar yang diawet. Lokasi pameran ini menjadi tumpuan ramai, terutama ibubapa yang datang bersama anak anak mereka ke Fama Fest ini. Etuza tidak terkecuali datang menyakiskan pameran dan sangat tertarik dengan gaya dan aksi Ayam Serama memberikan hiburan kepada semua pengunjung yang datang.
Ayam Seramah Menjadi Tumpuan.
Ayam Serama bertubuh kecil molek, kelihatan seperti patung bernyawa meliuk lentuk kan leher dan kepala mendongak hingga cecah belakang, sambil berbunyi begitu menarik hingga dikerumuni kanak-kanak.Ayam Serama juga kelihatan berdiri tegak tidak bergoyang seolah berdiri tegak seorang parajurit. Hebatnya Ayam Serama ini apabila harga jualan mencecah RM446.00 dan telah pun dibeli beberapa ekor. Etuza melihat Ayam Serama ini seperti burung, berjalan tegak dengan ekor yang kembang ke atas. Unik sungguh cipatan Allah ini. Subahanallah.
Infor Dari Pegawai Taman Taman Sabah.
1. Semua pameran yang di awet di larang untuk menyentuh kerana bulu haiwan seperti kucing hutan dan lainnya di letakkan bahan pengawet dikhuatiri ada racun yang merosakkan kulit tapak tangan jika disentuh.
2. Semua haiwan yang diawet seperti kucing sebenar, kucing hutan, anak harimau, ular dan rama-rama adalah haiwan yang sebenar.
3. Bagaimana haiwan ini diambil lalu diawet?. Katanya, haiwan seperti kucing di langgar kereta di hantar ke Jabatan TamanTaman Sabah lalu diawet. Begitu juga dengan ular ada yang mati di jalan raya mereka ambil adan awetkan.
4. Pameran ini dilakukan untuk memeberi kesedaran kepada masyarakat bahawa haiwan kecil seperti spesis rama-rama, kalajangking dan burung harus diketahui oleh golongan kanak-kanak sama ada mengetahui infor haiwan ini merbahaya atau tidak.
5, Mewujudkan kasih sayang dan mengasihi haiwan yang boleh dijinakkan seperti ayam serama,ular dan iguana.Hanya dengan memberi makanan kepada haiwan ini, haiwan ini tidak akan menganggu sesiapa yang melihatnya, malah boleh dipegang dan dibelai.
Makanan Kudapan dan Cicipan RM10.00 Tiga Plastik.
Baiklah hanya itu informasi yang dapat disampaikan. Saksikan berbagai pameran yang diadakan termasuk pameran unik Pokok Renek yang dibonzaikan, pameran makanan dan sebagainya. Unik nya makanan yang sesuai untuk kudapan dan cicipan ini dijual dengan harga RM10.00 untuk tiga plastik. Iaitu makanan seperti koropok pisang, lekor,kuih kering yang berbagai jenis. Ada juga makanan seperti amplang yang terkenal di Sabah, ikan bilis manis dan pelbagai lagi.Hebat pameran ini di Fama Fest Dataran Keningau, Sabah.
Telur Ayam Penelur.
Terakhir sekali gambar telur ayam. Dihantar kepada seseorang tetapi hanya diminta diletakkan di luar pondok sekuriti. Sekuriti yang menjaga telur sementara waktu, diucapkan jutaan terima kasih.Jumpa lagi, salam kasih sayang.Selamat membaca.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.