Syukur Atas Kesempatan Ke Lahad Datu, Sabah.
Puji dan Syukur ke hadrat Allah, kerana keluarga etuza sampai di Lahad Datu, Sabah pada 7hb Dis ~ 9hb Dis 2012. Satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana inilah pertama kali ke Lahad Datu secara ramai-ramai bersama keluarga. Etuza tidak dapat membayangkan keadaan di Lahad Datu masa itu, ekoran tahun 2012 baru berkelapangan apabila anak buah ( anak perempuan adik Ibu kami) menjemput kami ke majlis perkahwinannya dengan lelaki kelahiran Lahad Datu.
Siri 1 Throwback sila KLIK SINI.
Kami singgah di Kampung Luanti Baru, membasahkan tekak.
Suasana sebuah kedai makan di Kampung Luanti Baru, masih
kawasan Ranau, Sabah menuju jalan darat ke Lahad Datu.
Ramai singgah makan di kedai makan ini, dan tiada pilihan
tempat lain, melainkan tempat ini sahaja.
Anak-anak Etuza dan anak buah bergambar bersama sebaik
sampai di destinasi Lahad Datu, Sabah.
Kawasan Rumah pengantin lelaki.
Masa ke Lahad Datu, ibu dan ayah Etuza masih sihat dan turut
bersama kami ke Lahad Datu, Sabah. Warna baju hijau pucuk pisang
adalah pengantin lelaki bernama Azmil.
Gambar ini kami sekeluarga, kak min, ipar zul, ayah dan ibu
bergambar di luar rumah tempat kami tinggal sementara
di Lahad Datu, Sabah.
Catatan Caca Merbah, Point Perjalanan Ke Lahad Datu.
( Banyak kelemahan Berblog 2012~ Kelihatan belum matang berblog tahun 2012, Etuza copy original dari blog Pesona Etuza 1 )
Terus saja membaca cerita etuza, penat ni baru semalam sampai di Keningau.Terus kepada point-point penting perjalanan ke Lahad Datu.
- Gambar 1, itu view depan Kampung Luanti Baru di Daerah Ranau, etuza ambil gambar ni ketika melalui kampung ini menuju ke Lahad Datu, Sabah pada 7hb Disember 2012. Dan di Kampung Luanti Baru, Ranau ini terdapat satu sungai yang di TAGAL serta menarik dengan ikan2 jinak yang datang mengerumuni seolah mengurut seluruh badan kita semasa kita berendam dalam air sungai Tagal Luanti ini.
- Gambar ini ketika rehat perjalanan selama 20 minit di Pekan Telupid. Kami sekeluarga berhenti di sini untuk makan tengahari. Kalau nak tahu sedap juadah di sini, pelbagai lauk pauk, sesak tau. Ramainya yang makan di sini. Maklumlah dah jam 12.00 tengahhari, bertolak jam 7.30 pagi.
- Beberapa anak buah, anak kakak etuza, sempat pose selepas menjamu selera. Nampak tak suasana tu....
- 5 anak etuza dan 5 anak kakak etuza, ini di Kampung Binuang Lahad Datu, kami dah sampai sebenarnya di tempat di tuju, rumah saudara kami di Lahad Datu, ada perkahwinan nanti pada 8hb Disember 2012 di Masjid besar Lahad Datu, kata mereka.
- Lelaki tersenyum berbaju t hijau tulah namanya Azmil tapi terkenal dengan gelaran Ameng di kampung ni, dialah yang jemput kami di bandar Lahad Datu, dan di rumah Pakcik Abdullah nanti kami menginap untuk 2 hari 2 malam.
- Inilah depan rumah pakcik Abdullah tempat kami menginap di Lahad Datu, dalam gambar ini ada ayah, mak, kakak dan wife etuza serta pakcik Abdullah dan isterinya. Pakcik Abdullah ni ada 2 isteri, isteri keduanya di Daerah Keningau, Sabah.
Untuk perkongsian pengalaman percutian family etuza seterusnya teruskan bersama etuza di blog Pesona Etuza ini, pasti ada sesuatu yang menarik untuk diketahui. Salam 1 blogger dan terima kasih kerana setia bersama Pesona Etuza.
@hakcipta etuza.
6 Ulasan
Lahad datu ini tempat tinggal blogger kak Amie kan yaa? Teringin juga kesana bang.
BalasPadamSaya ada target harus bisa eksplor Sabah Sarawak. Juga visit beberapa kota di sana. Selama ini tiap ke Malaysia asyik ke semenanjung saja blm pernah singgah ke Sabah Sarawak
Iya dia di Lahad Datu rasanya tu, blogger food terkenal di Malaysia..
PadamUncle belum pernah sampai Lahad Datu....
BalasPadamTahniah Sdra Etuza, sampai Ke Lahad Datu. Tkasih atas perkongsian Sdra. Amat menarik hati saya
BalasPadamgambar2 lama menggamit memori!
BalasPadamSINGGAH SINI JAP..:)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.