Siri 1 Throwback. Misi Ke Osaka Jepun - Bagaikan Bermimpi & Mimpi Ini Nyata.

Throwback Siri 1. Di Osaka, Jepun ( 2014 )

Kenangan ini sungguh manis dalam kehidupan ku, entah bila lagi dapat peluang ke Jepun. Sebuah negara yang maju di Dunia ini. Justru Etuza abadikan lagi kenangan ini menerusi THROWBACK ( Imbas Kembali ) di blog ini. Diharap generasi Etuza merasa gembira dan bahagia melihat ayah mereka ini pernah ada kenangan di Osaka, Jepun. Catatan asal sila Klik DI SINI

Tetapi mohon maaf cara penulisan di wall blog masa itu tidak matang dan kelihatan santai sekali dengan tampilan yang comot caca merbah. Please, maafkan Etuza. Ini blog yang kini menjadi kenang kenangan ku. Sudah menjadi arkib Google.

5 Gambar Bercerita. Rindu Sekali Hendak Bertemu Mereka Dalam Gambar.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi. Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun. Bukan mudah dapat peluang ini.

Ini kenangan etuza dan kawan-kawan,sedang menunggu flight ke Osaka Jepun pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami berada di Lapangan Terbang KLIA

Bergerak ke ruang menunggu,saat ini terasa berdebar kerana menaiki pesawat ke Osaka Jepun menggunakan  Kapal Terbang Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam sampai di sana, berdebar Etuza tidak nafikan debaran itu. Ya Allah selamatkan kami mendarat ke destinasi.


Gambar kami ini sedang mengusung bagasi, dan antara yang bersama saya ialah Masrof dan isterinya Sukarni  dari Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus dari Tambunan Sabah. 


Ini duit Jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang berbeza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang 30 lebih  Yen di Osaka Jepun.


Gambar saya ni sebenarnya sudah berada dalam Bas Pelancongan di Osaka Jepun. Masa ini, ada  lebam macam ruam panas di bibir bawah Etuza, saya nak sembunyikan tetapi tidak dapat, terpaksa tebalkan wajah malu. Betul betul malu, mungkin ada makanan yang buat bibir Etuza lebam berair. 

Bermakna kami semua yang seramai 45 orang telah selamat mendarat di Kansai Osaka Jepun iaitu lapangan terbang di Negara Jepun. Ketika kami sampai menunjukkan jam 8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014. Saya melihat memang banyak beza  panorama di Jepun, sejuk dan bangunan  memenuhi ruang di sana-sini. Pada pengamatan awal saya keadaan jalan raya amat teratur. 

Pemandu pelancong team kami ada menyatakan agak kurang kemalangan yang berlaku kerana sistem pembentung  atau sempadan pada tiap ruang jalan raya di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja sampai di Osaka Jepun. Bagaikan mimpi, tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan serta sangat manis dalam hidup etuza. 

Best tak Trowback ini.Terima kasih turut membaca hingga habis.
Hakcipta@etuza

Catat Ulasan

0 Ulasan